Monday, March 24, 2008

Fajar "Terengganu Baru" sedang menyingsing? / Bakal MB terlucut keahlian Umno

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

Roslan SMS Corner
Fajar "Terengganu Baru" sedang menyingsing?

Saya pasti yang tersenyum lebar mengikuti krisis perlembagaan di Terengganu, yang tidak nampak jalan penyelesaiannya sehingga hari ini itu adalah Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Saya pernah secara berseloroh berkata kepada beliau, susah-susah Tuan Guru sahaja angkat sumpah sebagai MB.

Pagi tadi kita mendengar ADUN Kijal (BN-Umno) Datuk Ahmad Said telah diberikan watikah sebagai MB baru oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja. Walaubagaimanapun Ahmad Said kemungkinan besar tidak dapat mengangkat sumpah oleh kerana beliau malam tadi telah dipecat dari Umno oleh Umno Negeri dan kehadirannya di istana pagi tadi tidak mendapat sokongan baki 21 ADUN BN (termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri Idris Jusoh).

Menurut Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, ADUN-ADUN BN akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said sekiranya Dewan bersidang nanti.

Nampaknya krisis ini telah mengakibatkan ADUN Kijal itu kehilangan statusnya sebagai ahli Umno. Beliau dipecat dari partinya semata-mata kerana mahu meredakan suasana dan merapatkan kembali hubungan dengan istana. Tidakkah ini menjadikan Ahmad Said sebagai "Wira" Negeri Terengganu yang baru?

Memang rakyat telah menbuat keputusan pada 8 Mac lalu, dan keputusan rakyat menunjukkan yang BN menang 24 kerusi manakala PAS 8. Tetapi parti yang memiliki majoriti dalam dewan perlu mendapat perkenan Tuanku Sultan untuk melantik seorang dari kalangan mereka untuk menjadi MB dan seterusnya membentuk kerajaan. Disinilah terletaknya peranan istana sebagaimana yang dinyatakan oleh perlembagaan. Istana tidak berhak mengambil mereka dari kalangan yang tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan, tetapi istana berhak memilih dari kalangan yang memiliki majoriti dan tidak terikat dengan pimpinan tertentu sahaja.
Jelasnya istana iktiraf kemenangan BN tetapi tidak berkenan dengan Idris Jusoh sebagai MB.

Sudah pastilah istana memiliki 1,001 alasan untuk menolak Idris. Jalan tengah dalam hal ini sudah pastilah untuk pihak yang menang berkompromi dan memilih calon lain sebagaimana di Perlis, kecualilah keputusan Tuanku itu dipertikaikan dan Umno/BN sudah enggan menerimanya, bersedia menyembah durhaka kepada Raja!

Masalahnya kuku Idris lebih mencengkam dari Shahidan di Perlis. Sehingga kini nampaknya wakil-wakil Umno/BN tidak bersedia memisahkan diri mereka dari Idris. lalu berlarutanlah masalah.

Pemecatan Ahmad Said adalah satu tindakan yang keterlaluan, dan ianya menuntut rakyat Terengganu agar bangkit mernuntut keadilan. Jika beginilah sikap Umno, maka Ahmad Said perlu bertindak kerana beliau disenangi istana. Saya pasti jika ketokohannya menyerlah, Ahmad Said boleh meyakinkan rakan-rakannya yang lain untuk turut bersama beliau, risikonya mereka juga mungkin dipecat, tetapi yang pentingnya Raja, rakyat dan negeri selamat dan terbela.

Jika 7 atau lebih ADUN Umno/BN bersama Ahmad Said beliau boleh membentuk kerajaan dengan bantuan PAS. Segalanya tidak mustahil pasca PRU 12 ini! Mungkin Ahmad Said boleh membentuk satu "barisan bebas" dan blok ini menawarkan kerjsama dengan PAS lalu memohon perkenan Tuanku untuk membentuk kerajaan. Saya yakin dengan perkembangan terbaru ini bukan hanya Tuanku akan memberi restu malah rakyat pun akan menyokong.

Kalau benar rekod Idris buruk, membimbang dan mengecewakan Tuanku, demi Terengganu yang baru dan makmur, rakyat perlu bersatu dan bernaung di bawah Tuanku Sultan dan MB yang baru. Sama-samalah kita ikuti perkembangan yang semakin menarik ini.





Malaysiakini
Bakal MB terlucut keahlian Umno
Mar 23, 08 10:35am
kemaskini 11:30am Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.


Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.



Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

Arahan larangan tersebut dikeluarkan oleh Umno dan BN melalui setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malam tadi, beberapa jam selepas pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, Ahmad tidak berhak berbuat demikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

Tengku Adnan mengingatkan Ahmad bahawa Adun itu akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Surat rasmi

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.

Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN - tidak termasuk Idris - telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.


Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.


Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.

Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.


Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: "Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri".


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: