Wednesday, March 12, 2008

Ekonomi berasaskan merit, daya saing

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Ekonomi berasaskan merit, daya saing
Mar 11, 08 3:55pm
Agenda Ekonomi Malaysia yang menjadi tonggak janji-janji pilihanraya PKR boleh dilaksanakan di peringkat negeri untuk mengurangkan dasar-dasar afirmatif berasaskan kaum dan mula melaksanakan sistem meritokrasi dan lebih berdaya saing, kata penasihat umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini akan meningkat segera pelaburan asing, menambahbaik perolehan cukai negeri dan mempromosikan keadilan dan kesamaan pendapatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau, yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, menambah "kita akan menunaikan janji kita untuk melindungi masyarakat dari setiap kaum daripada terus terpinggir."

Kejayaan besar barisan pembangkang pada 8 Mac lalu telah mengejutkan, bukan sahaja di negara ini tetapi di peringkat serantau.

Menurutnya, selarasan jangka pendek dan kemerosotan nilai ringgit dijangka berlaku tetapi ia tidak akan berterusan kecuali jika Barisan Nasional memilih untuk meneruskan "dasar menghukum", dan menahan peruntukan pembangunan dan komitmennya kepada kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

"Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan BN bahawa tindakan seumpama itu akan memisahkan lagi kedudukan mereka dengan rakyat," tambah Anwar.

Jelas, katanya, agenda ekonomi PKR mendapat mandat besar dari rakyat apabila mereka keluar mengundi Sabtu lepas yang menyaksi pertambahan kerusi parlimen yang dimenangi pembangkang.

Pada keseluruhannya, pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan sekali gus menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat. BN memperolehi 140 kerusi parlimen.

Kadar inflasi

Beliau berkata, pembangkang memenangi 50 peratus kerusi di Semenanjung, selepas satu dekad menyaksikan salah urus ekonomi, kadar inflasi yang tidak dikawal dan merosotkan daya saing dengan negara-negara jiran Malaysia.

Bagaimanapun, Anwar yakin, bawah kepimpinan baru di lima negeri yang dikuasai pembangkang, "kita akan mula melaksanakan dasar-dasar bagi memastikan ekonomi Malaysia yang kukuh dan bertenaga".

Mengenai masa depan, Anwar berkata, kerajaan campuran di lima kerajaan negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan - menyediakan persekitaran perniagaan yang mesra, dasar-dasar pasaran bebas, menarik pelaburan asing dan meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam bidang perniagaan.

Sehubungan itu, katanya, kelima-lima negeri ini akan berdialog dengan pelabur asing di negeri-negeri tersebut untuk mengekalkan keyakinan mereka dalam tempoh peralihan pentadbiran ini.

Anwar berkata ia juga bertujuan mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diberikan perhatian oleh lima kerajaan negeri tersebut dalam mempertingkat operasi dan prestasi mereka di Malaysia.

Katanya, dasar-dasar kerajaan negeri yang baru itu tidak akan bertolak ansur terhadap gejala rasuah yang akan memberi impak besar dalam mengurangkan kos urus niaga dan membina keyakinan dalam perniagaan kecil dan sederhana.

"Kita juga merancang untuk memisahkan kakitangan kerajaan daripada mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan dan, oleh itu, mengurangkan peluang berlakunya kronisme dan urusan dalaman, yang melanda pentadbiran sekarang," kata Anwar lagi.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: