Friday, March 7, 2008

Dorg tanye "Adakah PAS berjuang utk org Melayu/hak Melayu"?

From: Shahmuzir Nordzahir
To: "XXXXX" <XXXXX@citi.com>
Sent: Friday, March 7, 2008 6:33:24
Subject: Re: [harakahdaily] LATIHAN MENGUNDI & SEMAKAN DAFTAR PEMILIH, PUSAT & SALURAN MENGUNDI
wa 'alaikumus salam wa rahmatullah. ..

Maaf sebab lambat balas pertanyaan saudari.

PAS memperjuangkan nilai2 ISLAM. Dan nilai2 ISLAM adalah bersifat sejagat yang menjaga kesejahteraan mana2 kumpulan manusia. Tujuan syariah (maqasid syariah) yang menjaga keperluan asas insani pasti takkan dilekakan oleh kumpulan yang memperjuangkan ISLAM. Kesejahteraan ISLAM adalah untuk semua, dan tidak dibataskan hanya kepada mana2 kumpulan manusia.

Apabila kita menumpukan kepada sesuatu kaum atau pihak sahaja, maka perjuangan itu adalah perjuangan yang sempit dan bersifat sementara. Dan keadilan pastinya tak dapat ditegakkan, kerana masing2 mempunyai kecenderungan untuk menaikkan bangsa masing2. Kisah bagaimana Khalifah kerajaan ISLAM, iaitu saidina Ali ra diadili di mahkamah kerana menuntut baju perang miliknya yang dicuri oleh si Yahudi mungkin boleh dijadikan contoh bagaimana keadilan ISLAM melangkaui bangsa dan agama manusia. Saidina Ali r.a kalah di dalam kes tersebut kerana kekurangan bukti. Namun, akhirnya si Yahudi itu memulangkan semula baju perang tersebut kepada saidina Ali r.a, kerana terpesona dengan keindahan akhlaq pemimpin ISLAM yang mulia itu.

Jika si muslim tidak boleh menerima keadilan sejagat anjuran ISLAM, maka keimanan seseorang itu perlu diperbaiki. Usah risau, ISLAM pasti membawa sejahtera. Dan sempena PRU-12 ini, pilihlah barisan kepimpinan yang AMANAH, TAQWA, BERIMAN, TELUS dan BERJIWA RAKYAT untuk menterjemahkan mesej ISLAM ke tengah masyarakat. Pasti kemakmuran negara akan bertambah baik.

ISLAM juga menjaga hak yang telah dimeterai. Sekiranya Melayu, Cina, India dan lain2 bangsa telah menyetujui 'kontrak sosial' pada awal penubuhan Malaysia, maka hak-hak ini pasti akan dijaga serapi mungkin. Hak keistimewaan Melayu yang telah dipersetujui akan tetap diperjuangkan oleh kepimpinan yang berteraskan ISLAM (PAS) kerana ISLAM mengiktiraf perjanjian yang telah dimeterai, selagi tidak menafikan hak2 asasi kumpulan manusia yang lain. Apatah lagi, kebanyakan kepimpinan PAS adalah Melayu ISLAM. Pastinya, hak2 Melayu tidak dipandang remeh oleh mereka.

Yang cantiknya ialah PAS tidak memperjuangkan agenda bangsa yang sempit. Tetapi memperjuangkan nilai2 yang sejagat berteraskan ISLAM. InsyaALLAH, pasti semua bangsa akan rasa selesa dan selamat dengan agenda ini. Tiada sesiapa yang akan tertindas dengan agenda ini. Bukan sahaja Melayu, malah nasib & status bangsa2 lain turut akan dijaga. Malah haiwan dan persekitaran turut sejahtera. ISLAM untuk semua. PAS untuk semua.

Mudah2an penjelasan ringkas ini berupaya memberi sedikit kefahaman kepada saudari, insyaALLAH. Dan teruskanlah memberi kefahaman tentang ISLAM ini kepada semua. Kasihanilah mereka. Empatilah. Kerana mungkin mereka kekurangan info akibat kecelaruan maklumat media perdana dan senario masyarakat semasa yang semakin jauh dari 'tali' ALLAH.

Mudah2an ALLAH mengurniakan hidayah dan taufiq kepada kita semua, amin.

Ukhwah fillah,

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR

http://blog. 360.yahoo. com/shahmuzir

SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS Sdn Bhd
h/p no : 019 - 382 6408


----- Original Message ----
From: "XXXXX" <XXXXX@citi.com>
To: Shahmuzir Nordzahir
Sent: Tuesday, March 4, 2008 13:58:03
Subject: RE: [harakahdaily] LATIHAN MENGUNDI & SEMAKAN DAFTAR PEMILIH, PUSAT & SALURAN MENGUNDI

Salam Brother,
Boleh tolong sy.
Macam mane sy nak jawab pd kawan2 yg ragu2 ttg PAS.
Dorg tanye;"Adakah PAS berjuang utk org Melayu/hak Melayu"?
Nak jawab caner ek?
tak pandai laa..dorg tgk dlm manifesto..takde bende tu..atau ader ke?sy terlepas pandang.
Salam.dan Terimakasih.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: