Tuesday, March 25, 2008

Dollah, Najib, Deris patut dilucut kemelayuan kerana berani menderhaka

"dato sri" projek.00@gmail.com

UMNO derhaka..... sekarang tersepit.... ..terus mahukan Idris Jusoh Natang sebagai MB T'ganu, yang mungkin menyebabkan pilihanraya negeri diadakan sekali lagi setelah segala sifat kemelayuan mereka terlondeh dalam mengejar pangkat dan kuasa dan harta....... atau terima si Ahmad sebagai MB tanpa banyak songel dan telan balik segala air liur dan kahak yang telah diludah..... .
------------ --------- --------- -------


Dollah, Najib, Deris patut dilucut kemelayuan kerana berani menderhaka
Posted on Monday, March 24 @ 21:33:54 EST by reformis

Pendapat

Oleh Ketua Perusuh

SEJAK zaman berzaman adat budaya orang melayu berakar umbikan sopan santun, budi bahasa dan sembah hormat. Orang melayu tidak sesekali mendurhaka kepada Sultan dan Rajanya.
Malah walaupun Jebat menyanggah perintah Sultan dan kononnya mendurhaka, namun tindakan yang dilakukan oleh Jebat sejajar dengan peribahasa "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".

Kini episod pendurhakaan orang melayu berlaku kembali setelah 700 tahun, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pendurhaka tersebut hanyalah kerana mereka ingin "Beraja Di Mata, Bersultan Di Hati".
Malah tindakan pendurhakaan mereka berpunca daripada sikap ingin menguasai kuasa Sultan dan Raja serta kalau boleh biarlah Sultan dan Raja tunduk kepada perintah mereka.

Pantang anak Melayu mendurhaka kepada Sultan atau Rajanya. Kalau mendurhaka biasanya mayat mereka ini tidak akan timbul jika dicampakkan kedalam sungai atas sebab daulat Sultan atau Raja.
Anak Melayu biasanya menjunjung hormat titah diraja dan akan mematuhi setiap arahan diraja.



UMNO (United Malay National Organization) kini sedang berusaha menunjukkan kedurhakaan mereka terhadap titah diraja. Malah sedia untuk mengambil tindakan membantah dan memboikot titah diraja.
Inilah watak-watak Melayu yang terhasil daripada cucu cicit Pateh Karma Wijaya atau Raja Mendeliar.

Mereka ini tidak wajar digelar cucu cicit Raja Haji, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Cik Siti Wan Kembang, Raja Ong Maha Perita Daria, Sultan Mahmud, Mat Kilau atau sebagainya.
Malah mereka (Ahli dan penyokong UMNO) tidak wajar berbangga dengan keturunan Melayu mereka. Sekali mereka mendurhaka, maka hilanglah susur galur keturunan Melayu yang mereka miliki.
Mereka (Ahli dan Penyokong UMNO) kini wajar digelar orang terbuang ataupun orang asing dan bukannya orang Melayu.

Orang Melayu kalau menderhaka kepada Rajanya, maka layaklah mereka dibuang negara (diusir) ataupun kalau berdegil dihukum bunuh sahaja kerana sudah membelot kepada Raja.
Oleh itu Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Idris Jusuh, Rosul Wahid dan sebagainya (ahli dan penyokong UMNO) tidak layak bergelar orang Melayu. Malah taraf bumiputera mereka juga wajar ditarik balik.

Untuk kesekian kalinya, semua Ahli dan Penyokong UMNO sewajarnya dibuang susur galur keturunan Melayu. Tindakan durhaka mereka kepada Sultan dan Raja tidak dapat orang-orang Melayu ampunkan.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: