Wednesday, March 19, 2008

Desak PM undur: Mukhriz terlepas

"wanconex wanconex" wanconex@gmail.com

Desak PM undur: Mukhriz terlepas
Muda Mohd Noor | Mar 18, 08 6:53pm
kemaskini 9:20pm Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir, yang mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak dikenakan sebarang tindakan ketika mesyuarat pergerakan itu hari ini.

hishammuddin hussein 03Di sidang akhbar selepas mesyuarat, ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri dan juga presiden Umno.

"Kita serah kepada perdana menteri untuk menyelesaikan isu Mukhriz," katanya.

Dalam mesyuarat itu, tambahnya, Mukhriz memaklumkan surat itu memang ditulis olehnya dan diutus secara peribadi kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan salinannya dikirim kepada semua empat pemimpin atasan parti.

"(Mukhriz kata) beliau tidak membocorkan surat itu kepada umum," kata Hishammuddin.

Katanya, mulai sekarang Pemuda Umno tidak boleh lagi memandang rendah pada parti-parti pembangkang kerana mereka boleh mencatat kemenangan tanpa disangka-sangka.

Beliau juga memaklumkan Pemuda menubuhkan satu kumpulan khas untuk mengkaji perkembangan di lima negeri yang jatuh ke tangan PKR, DAP dan PAS, serta cuba mengatasi kelemahan untuk merampasnya kembali.

Mesyuarat pertama exco Pemuda Umno selepas pilihanraya umum 8 Mac turut menerima laporan prestasi calon-calon pergerakan itu di semua negeri, tambah Hishammuddin.

mukhriz mahathirSementara itu Mukhriz memberitahu media, beliau tetap dengan pendiriannya seperti tercatat dalam suratnya.

"Saya mendapat banyak panggilan telefon dan mesej SMS yang menyatakan pendirian yang sama," katanya.

"Kita mahu parti jadi lebih relevan dan diterima semula oleh orang ramai," tambahnya.

Anak bongsu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun menegaskan beliau tidak mengetahui pihak-pihak yang membocorkan suratnya kepada umum.

Surat bertarikh 12 Mac itu mula beredar di internet sehari selepas itu.

abdullah ahmad badawi pak lah 110907Melalui surat itu, Mukhriz mengulangi gesaan bapanya agar Abdullah melepaskan jawatan perdana menteri sebagai menerima tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran BN.

"Hanya dengan peletakan jawatan Perdana Menteri dan presiden Umno oleh Datuk Seri sendiri dapat pemulihan Umno, BN dan negara dilakukan dengan jaya," kata Mukhriz dalam suratnya.

Salinan surat itu diserahkan kepada timbalan Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak, dua naib presidennya Datuk Wira Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga setiausaha agung Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Mengulas desakan tersebut, Abdullah minggu lepas menyerahkan isu Mukhriz itu kepada Pemuda Umno.

Ditemui media selepas mesyuarat Pemuda tadi, Mukhriz juga berkata beliau kini gembira kerana sudah wujud ruang bersuara dalam Pemuda Umno.

"Pemuda (Umno) perlu ada satu ruang untuk membolehkan ahli dan orang ramai meluahkan perasaan mereka terhadap parti," katanya.

"Perkara ini saya nyatakan kepada Datuk Seri Hishammuddin dan exco-exco yang hadir."

Probable Source: Malaysiakini

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: