Tuesday, March 4, 2008

Debat manifesto, PAS menanti jawapan Umno / Debate between Chegubard and Son In Law

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Debat manifesto, PAS menanti jawapan Umno
Roy Rasul
Mon | Mar 03, 08 | 5:49:05 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - PAS sehingga hari ini masih tertanya-tanya dan menunggu respons daripada Umno berhubung debat manifesto PAS.
Setiausaha Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir berkata, pada Jumaat, 29 Februari lalu, PAS mengisytihar Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa bersedia berdebat dengan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak berkenaan manifesto PAS.

"Esok (Selasa) dari subuh hingga Isyak kita aturkan untuk Timbalan Presiden PAS dan lusa (Rabu) untuk Presiden PAS iaitu dari Subuh hingga Isyak dan di mana-mana tempat yang mereka putuskan" katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12, di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat maklum balas daripada Umno.

Katanya, PAS berharap Umno tidak berdolak-dalik dan mencari alasan setelah menggunakan media massa untuk menyerang manifesto PAS tanpa memberi peluang untuk mereka memberi penjelasan.

"Keengganan Umno untuk menyahut cabaran kami membukti betapa mantap dan benarnya manifesto PAS yang menepati kemahuan dan kehendak rakyat," katanya.

Pada Jumaat lepas Ustaz Abdul Hadi dan Nasharuddin menyatakan kesediaan mereka berdebat dengan Abdullah dan Najib mengenai manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan' . - mks



Blackinkorea

Debate between Chegubard and Son In Law

Parti Mahasiswa Negara (PMN) will organized a debate between Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard and Khairy Jamaluddin a.k.a Son In Law on 5th March 2008 at Padang Majlis Daerah Rembau, 8.00 pm.

The debate will focus on local and national issues.
All are invited to come. For more information, please call Azizi at +6012-3696-474.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: