Thursday, March 20, 2008

DEB: Apa UMNO Buat Pulau Pinang? / PKR invites Umno for talks on NEP

(Pimpinan BA, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)

SANGGAHTOKSAGO. COM

DEB: Apa UMNO Buat Bersama GERAKAN Bantu Melayu Pulau Pinang?

Umno Pulau Pinang sering dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab menghancurkan DEB di pulau itu.

By PENARIK BECA

GEROMBALAN muka tak malu tiba-tiba menjadi hero memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tunjuk perasaan tiba-tiba menjadi budaya Umno, walaupun sebelum ini mereka mendakwa demonstrasi jalanan bukan budaya Malaysia.

Umno Pulau Pinang sering dituduh sebagai pihak yang bertanggungjawab menghancurkan DEB di pulau itu.

Sejak berpuluh-puluh tahun berkongsi kuasa dengan Gerakan di Pulau Pinang, apa yang Umno buat untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu Pulau Pinang dan perlaksanaan DEB di pulau itu?

Selain menjerit-jerit seperti terkena sawan, apa yang Umno buat? Melayu Tanjung Tokong hendak mendapat
kawasan warisan pun puas merayu-rayu, puas dicengkam kehampaan.

Padahal, kawasan warisan bagaikan muzium. Siapa yang di waktu siang menjerit-jerit seperti pelacur ketakutan kononnya memperjuangkan hak-hak Melayu dan di waktu malamnya berlutut di hadapan tauke-tauke besar untuk merundingkan harga projek-projek yang hendak dijual dan dikhianati?

Di Selangor, Malaysiakini melaporkan:
Meanwhile, about 100 people believed to be Umno members and supporters held a protest march in Shah Alam against the new PKR-led Selangor government.Marching from the Shah Alam state mosque to the state government building a couple of hundred meters away, they carried placards and banners denouncing PKR and its allegedly ‘anti-Malay’ allies, reported Chinese daily Sin Chew’s online portal.Among the banners, one said: ‘New Selangor government: Puppets of DAP’. Another said ‘With the abolition of the NEP, Malays will be refugees on their own land’.

Woi! Adakah ketika DEB tidak dihapuskan, Melayu tidak menjadi pelarian di tanah air sendiri?

Di
Kampung Berembang, bukankah Melayu yang menyokong Umno menjadi pelarian di bumi sendiri?

Tunjuk-tunjuk perasaan itu hanya membuktikan kamu semua tidak puas-puas menipu rakyat. Kamu tetap menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan.

Lebih malang lagi, ketika Umno kini bagaikan gajah berkaki plastik (ungkapan Allahyarham Tun Ghafar Baba terhadap Umno di penghujung usianya), ada pula beberapa anasir tidak bertanggungjawab yang baru-baru ini dipilih kerana gelombang kebangkitan kuasa rakyat tiba-tiba berunding dengan Perdana Menteri dan Timbalannya.

Ada yang sehingga keperingkat main-main telefon dengan Timbalan Perdana Menteri.

Ketika Abdullah dituntut supaya
berundur oleh ahli-ahli Umno sendiri, penjahat-penjahat tersebut berunding dengan orang yang memerangi kebangkitan rakyat itu.

Penjahat-penjahat yang hendak memberi nafas dan nyawa baru kepada Abdullah dengan rancangan kerjasama mereka itu tidak peduli sedikitpun penderitaan Aleyasak Hamid,
cucu Pak Yazid yang mengalami kecederaan serius di kaki sehingga pecah tempurung lututnya akibat dipijak dengan kuat oleh lima pegawai polis sewaktu keadaan tidak terkawal di persekitaran stesen LRT Masjid Jamek pada 10 November 2007 lalu.

Mereka yang terkorban di Memali tak payah cakaplah. Langsung mereka tak ingat.

Kononnya atas kepentingan Melayu Islam. Yang melacurkan qaidah fiqh pula membising-bisingkan irtikab akhafu ad-dharurain atau memilih yang lebih ringan.

Bentangkan qaidah fiqh kamu itu di hadapan Allah s.w.t. di Hari Akhirat kelak! Biar Allah menentukan. Irtikab akhafu ad-dharurain atau mengkhianati amanah dan kepercayaan rakyat.





Global Media Channel
PKR invites Umno for talks on NEP


Written by The Star
Monday, 17 March 2008
PENANG : PKR has invited Penang Umno to thrash out their concerns over the New Economic Policy (NEP) in a dialogue session, Penang PKR chief Datuk Zahrain Mohamed Hashim said.

He said this was a better option than holding street protests, which only confused the public.

He was speaking to reporters after joining Pantai Jerejak assemblyman Sim Tze Tzin and Batu Maung assemblyman Abdul Malik Kassim in a walkabout to thank voters at the Bayan Baru market yesterday.

Zahrain admitted that Chief Minister Lim Guan Eng could have been hasty to announce that the state would be run free of the NEP.

However, he said, Lim had good intentions in wanting to run a clean and transparent government.

“If the protesters had read our manifesto which includes a National Economic Agenda, they will see that everyone's interest will be safeguarded equally,” he said.

Meanwhile, Sabah Progressive Party president Datuk Yong Teck Lee said he was puzzled why the NEP was still an issue when it had been replaced by the National Development Policy.

He questioned why politicians on both sides of the political divide in Penang were still harping on the policy when it had already expired in the 1990s.

He said the DAP-led Penang government's “so called cancellation of the NEP” was completely redundant because it no longer existed and it was equally disappointing that Penang Umno was still harping on a non-existent policy.

“We are now busy with new concepts like development corridors, Agenda Baru and Islam Hadhari.

“It is no wonder that some politicians both from ruling and opposition have lost focus on which policy to talk about,” he said.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: