Saturday, March 29, 2008

Boikot gagal : Pertemuan MB Perak dengan ketua kampung berjalan lancar.

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Wednesday, March 26 @ 10:09:54 MYT by greenboc
Berita Oleh cina-islam

"a
IPOH 25 Mac
- Kenyataan akhbar oleh Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) yang dikatakan akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan Barisan Rakyat (BR) ternyata gagal. Kehadiran sebahagian besar ketua-ketua kampung sekaligus menafikan kenyataan Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said yang berkata kononnya ketetapan diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang sabtu lepas dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah bagi memboikot program kerajaan negeri.


Pihak yang "boikot" tersebut turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru kelmarin .


Pada pertemuan sulung tersebut ditegaskan kerajaan negeri akan memberi hak kepada rakyat untuk memilih ketua kampung masing-masing bagi memastikan pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara telus. Menteri Besar Perak, Ir. Mohmammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat di sesebuah kawasan lebih berhak memilih kerana mengenali dan memahami calon yang dirasakan sesuai menjadi ketua.


''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," katanya.


Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua-Ketua Kampung Perak di sini hari ini.


Mohammad Nizar yang turut mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kampung itu berkata, kerajaan negeri juga menyeru agar rakyat tidak berdendam sesama sendiri kerana ia dilarang agama dan adat ketimuran.

http://idhamlim. blogspot. com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: