Monday, March 3, 2008

Bohong lagi, Lah?!!

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Penarik Beca

Bohong lagi, Lah?!!

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, "tidak salah mendedahkan keburukan-keburukan " parti lawan.

Untuk memudahkan perkara itu difahami, ambil contoh dua kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan pertama dilaporkan oleh Utusan Malaysia 5 April 2007.

Akhbar itu melaporkan, Perdana Menteri mengarahkan semua wakil rakyat Barisan Nasional membuat pengisytiharan harta. Beliau menegaskan, pengisytiharan perlu dibuat meliputi harta-harta yang dimiliki oleh wakil rakyat serta ahli keluarga masing-masing.

Kenyataan yang kedua pula dilaporkan oleh akhbar yang sama pada 30 November 2006.

Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.

��Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,�� katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah.

Perdana Menteri berkata, begitu juga dengan anak-anak dan menantunya, mereka tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka.

Adakah kita akan mendapat pahala jika kita mendiamkan sahaja dua kenyataan Perdana Menteri yang bertentangan itu? Dan, adakah kita akan berdosa dan disiksa api neraka jika kita mengumpat di hadapan rakyat Malaysia tentang dua kenyataan berlawanan Perdana Menteri mereka?

Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata: "Buat apa kita nak ikut...tak pernah (kita buat begitu).

"Tengoklah apa yang saya cakap selama ini, tak kan saya pi (pergi) maki hamun, pi mengata orang. Kita hormat pada orang lain yang tidak sama dengan kita, mesti ada kesopanan dalam hubungan sesama manusia".


Sedapnya lidah tak bertulang berkata-kata. Bagaimana pula laporan Berita Harian 11 Ogos 2006 bertajuk "Pak Lah tak layan sikap macam iblis"?

Berdosakah kalau diceritakan bahawa pemerhati dan penganalisis politik menganggap kenyataan Abdullah itu ditujukan kepada bekas ketuanya, Tun Dr Mahathir Mohamad?

Jika tidak, mengapa bekas Perdana Menteri menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggilnya beruk dan iblis.

"Itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru," kata Dr Mahathir.

Menuduh orang lain iblis bukan maki hamun? Bukan mengata orang? Tambah Lah! Tambah!

Tambah lagi koleksi pembohongan dengan memuji-muji diri kononnya "tak kan saya pi (pergi) maki hamun, pi mengata orang".

Bernama juga melaporkan Perdana Menteri mendakwa tentang "pertumbuhan ekonomi yang kukuh, 6.3 peratus pada 2007, iaitu kadar tertinggi sejak pilihan raya umum 2004, hasil daripada amalan perbelanjaan domestik yang ampuh dan peningkatan jumlah pelaburan".

Jangan mudah percaya. Dr Mahathir pernah berkata: "Everybody says things have slowed. Of course, the figures that are trotted out says that everything is fine, but figures can hide a lot of things".

Dalam berita bertajuk "Jangan biar pembangkang jadikan negara sebagai bahan eksperimen," Bernama juga melaporkan, Perdana Menteri menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan rayuan pembangkang yang meminta mereka diberikan peluang selama satu penggal untuk memerintah negara.

Beliau berkata soal memilih kerajaan bukan merupakan satu perkara yang boleh dijadikan bahan eksperimen atau percubaan kerana jika tersalah pilih rakyat yang akan merana.

Kalau eksperimen berbahaya, bagaimana pula tindakan mempersembahkan kedaulatan negara kepada Singapura?

New Straits Times (NST) 2 Mei 2006 melaporkan Dr Mahathir berkata: ""If you surrender your sovereignty to Singapore ... I think this is a half-past-six country which has no guts".

Orang yang mengangkat Abdullah sebagai Perdana Menteri itu juga berkata: "I promised not to interfere in politics and I have not said anything about many things done which were wrong.

"But this is the limit - to surrender your sovereignty to Singapore as if you are scared of them".

Kalau eksperimen berbahaya, bagaimana pula Perdana Menteri yang jual negara?

Dalam sidang media selepas ucapannya di Universiti Teknologi Petronas, ketika wartawan bertanya adakah Perdana Menteri sekarang diberi tempoh yang lebih panjang, Dr Mahathir mengingatkan: "Itu terpulanglah pada rakyatlah�kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun�kita kena ambil tindakan awal sikit".

Kata-kata "Perdana Menteri yang menjual negeri" itu jelas ditujukan kepada Abdullah kerana selepas itu Dr Mahathir terus menyambung jawapannya dengan berkata: "Kalau dia ada buat perancangan yang kita tidak tahu ia akan berjaya atau tidak, seperti perancangan SJER di Johor, pendapatnya tersendiri�tak dak siapa pengaruh dia�tapi tunggulah lima tahun lagi".

Mengenai SJER (South Johore Economic Region) yang juga dipanggil Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Dr Mahathir menyatakan: "Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pula menyatakan Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Akta IRDA 664 diwujudkan untuk memudahcarakan pengwujudan WPI.

Supaya anda benar-benar kenal siapakah Abdullah Ahmad Badawi dan adakah beliau boleh dipercayai, sila lihat laporan-laporan di bawah:

Kononnya bimbang banjir di Johor

Tetapi...




Gambar kenangan: Perdana Menteri bersedap-sedap dengan nasi kandar di Perth ketika banjir besar melanda Johor dan beberapa negeri Januari lalu (Ihsan: Malaysiakini)

Puteri_Nasi-WA550_20070102.jpg
Ihsan: Jeff Ooi

Semalam, PM juga mengingatkan, rakyat tidak harus mempertaruhkan masa depan mereka kerana tempoh lima tahun itu merupakan satu jangka waktu yang panjang.

Ingat kata-kata Dr Mahathir, "kalaulah kita dapat seorang Perdana Menteri yang menjual negeri ini, adakah kita nak tunggu lima tahun�kita kena ambil tindakan awal sikit!"

Other blogs updates (updates blog-blog Bahasa Melayu lain di sidebar blog ini)
Berita-berita terkini di bawah
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: