Monday, March 10, 2008

BN - Yang Di Kejar Tak dapat, Di Kendong Jatuh Berciciran

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

BN - Yang Di Kejar Tak dapat, Di Kendong Jatuh Berciciran
Posted on Sunday, March 09 @ 23:10:56 MYT by SongkokPutih
Coretan @ Luahan Oleh tunasharapan1

" BEGITULAH gambaran nasib malang yang menimpa Barisan Nasional dengan berlalunya keputusan penuh Pilihanraya Umum Ke-12 kira-kira jam 4:00 pagi tadi. . Ketika merasmikan Pelancaran Restoran Pen Mutiara di Pulau Pinang sehari sebelum hari mengundi, Abdullah berkata Barisan Nasional adalah pelaksana pembangunan negara, semua pembangunan yang berlaku di dalam negara bukan rancangan pembangkang, mereka tidak fikir semua itu, pembangkang hanya gemar menabur janji-janji kosong. Dan dalam nada penuh keyakinan Abdullah menegaskan untuk menyaingi Barisan Nasional, pembangkang sanggup menabur pelbagai janji yang jika dilaksanakan akan memberi kesan buruk kepada ekonomi.


Pada awal pagi 9 Mac, berbeza dengan sehari sebelumnya, Abdullah Badawi bagaikan tidak punyai kekuatan nada untuk mengeluarkan suara dalam sidang akhbar ringkas pabila mengetahui yang ke-gah-an BN akhirnya roboh bagai tak bersendi. Ketika ditanya wartawan kemungkinan dengan kehilangan banyak kerusi Parlimen BN oleh parti-parti pembangkang serta peningkatan mendadak kemenangan parti-parti PKR, PAS dan DAP menunjukkan isyarat yang rakyat mahukan beliau berundur, Abdullah berkata, ' Saya tidak fikir begitu'. 'Apa yang pengundi mahukan ialah supaya parti-parti dalam BN bekerja lebih keras lagi'.

Dan besok, Abdullah bakal mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana menteri untuk penggal yang kedua. Walaupun pada siangnya, Tun Dr Mahathir yang cukup kecewa dengan pencapaian BN dalam PRU-12 kali ini, menyarankan sudah tiba masanya Abdullah memikirkan untuk berundur dari jawatannya. Sebagai bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang lama berjuang dalam UMNO, Dr Mahathir tentu sekali cukup kesal dengan 'kemusnahan' sokongan terhadap BN dalam sekelip masa sahaja di bawah pimpinan Abdullah Badawi.

Sebenarnya, kemenangan besar BN dalam pilihanraya UMUM ke-11 pada tahun 2004 menjadikannya seperti kacang lupakan kulit. Mungkin akibat terlalu bangga dengan kejayaan itu, BN telah lupa bahawa apabila telah berada di puncak, tidak mungkin lagi ia bisa untuk terus mendaki kerana setiap yang berada di puncak akan menunggu masa untuk jatuh ke bawah. Namun rasmi manusia selalu begitu, bila berada di atas, tidak suka untuk memandang ke bawah. Hanya yang berada di bawah sahaja sering mendongak-dongakkan wajah memandang ke atas.

Dengan kuasa yang ada, BN terlalu rakus untuk mengambil tanpa redha negeri KELANTAN yang pada sedianya berada di bawah pemerintahan ulama yang bukan sahaja suci dari dosa rasuah, malah antara negeri yang terlalu kecil kejadian jenayahnya. BN telah membuat perkiraan yang besar dan angkuh apabila belumpun berlangsung pertandingan dalam PRU-12, telahpun menamakan bakal menteri besarnya sendiri. Sedangkan kira-kira 11 tahun nan lalu tanpa rasa berdosa BN sendiri telah menderhakai Rajanya sendiri dengan melantik Sultan Yang Baru di Negeri Sekebun Serendah Bunga Itu. Malah paling menjijikan dan sungguh tidak beradab, BN telah siap sedia dengan kain-kain rentang seluruh negeri Kelantan dengan Kata-Kata " Hari-Hari Terakhir Pemerintahan PAS Di Kelantan". dalam kempen-kempen sebelum hari mengundi 8 Mac.

BN Telah lupa dengan KUASA TUHAN. ALLAH TAALAlah yang maha berkuasa mengatasi segala kuasa di dunia. DIA boleh memberikan kuasa pemerintahan kepada siapa sahaja yang diukehendaki- Nya. Walaupun BN berfikir bahawa ia mempunyai cengkaman kuasa yang cukup kuat dan tak mungkin dapat digugatkan hatta oleh sesiapapun, tetapi kehendak ALLAH pasti mengatasi segalanya dengan hanya IA berkata 'KUN' maka jadilah ia.

KINI BN bukan sahaja tewas dalam hasrat dan nafsu besarnya untuk berkuasa di KELANTAN, malah telah hilang kekuasaanya di KEDAH, PERAK, SELANGOR, PULAU PINANG dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dan yang pasti, selepas ini tidaklah semudah yang diucapkan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN jika barisan kabinet yang bakal dibentuk nanti tidak ada bezanya dengan perangai menteri-menteri dalam kabinet yang lalu. Sementelah pula dasar Abdullah dalam menerajui negara seolah-olah seperti dalam pemerintahan dinasti sebuah keluarga. Bukankah Abdullah selalu berkata, " Saya Perdana Menteri", orang lain jangan cuba untuk mengkritik walaupun Dr Mahathir Mohamad sekalipun. Beratus-ratus ribu rakyat telah turun untuk menunjukkan protes mereka sejak sebelum pilihanraya lagi bermula daripada himpunan BERSIH, peguam-peguam yang mempertikaian ketelusan bidang kehakiman dan juga HINDRAF tidak dihiraukan lagsung oleh Abdullah. Malah menteri-menterinya sendiri berkata bahawa kumpulan-kumpulan tersebut adalah manifestasi daripada sekumpulan kecil golongan yang kecewa untuk membuat kacau dan menimbulkan rusuhan dalam negara. Abdullah juga tidak pernah mendengar suara kakitangan awam dalam soal pemberian bonus pada tahun 2007 dengan alasan sudahpun memberikan kenaikan gaji terbesar dalam sejarah. Banyak dolak-dalik dalam soal bonus ini sejak dari bulan September 2007 hinggalah Februari 2008, sedangkan kakitangan-kakitang an awam amat berharap kerajaan setidak-tidaknya menghulurkah honorium RM 2,000.00 bagi meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak akibat dari kos pembayaran yuran yang mengelirukan sedangkan dikatakan pendidikan percuma.

Dan dalam keangkuhan dan kesombongan dari mendengar permintaan rakyat terbanyak itu, Abdullah bersama kerajaan BN pimpinannya begitu rakus dengan tipu muslihat SPR menghantar 'bala-bala' tenteranya ke pantai timur bertujuan untuk merampas Kelantan dari Kerajaan Pas. Dengan angkuh pula Abdullah berkata, tidak ada pembangunan langsung yang pernah dilakukan oleh PAS selama 18 tahun memerintah Kelantan.

Dan kerana keangkuhan itulah, Tuhan telah menunjukkan kifaratnya buat BN yang terlalu suka meninggi diri. Bukan sahaja calonnya Awang Adek terpaksa berputih mata dan melupakan terus hasratnya untuk menjadi menteri besar Kelantan, malah pencapaian BN dalam PRU ke-12 ini bagaikan kisah anjing dengan bayang-bayang.

Di Dalam Semak Ada Duri
Ayam Kuning Membuat Sarang
Orang Tamak Selalu Rugi
Bagai Anjing Dengan Bayang--Bayang

Aduhai BN, Yang Di Kejar Tak Dapat, Yang Di Kendong Jatuh Berciciran.


--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: