Monday, March 24, 2008

BN Terengganu Derhaka Sultan

"mr nobody" yahuu_mailer@yahoo.com.my

Adakah ini tajuk yang sesuai untuk merujuk kepada kemelut perlantikan MB Terengganu oleh pihak Istana yang ditentang oleh BN/UMNO Terengganu? Mereka mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah MB baru malah ada yang sanggup meletak jawatan jika Idris Jusoh tidak dilantik MB.
Atau "BN Terengganu Menghina Sultan"? seperti yang ditujukan kepada Lim Kit Siang yang menyeru anggota DAP memulau perlantikan MB Perak baru2 ini?
Ataukah "BN Terengganu Biadap" seperti laporan Utusan Malaysia terhadap DAP berkaitan DEB?
Apapun tajuk perkara ini ia menunjukkan BN/UMNO kini sudah berani untuk mepertikaikan malah menentang institusi diraja. Jika sebelum ini mereka begitu lantang menyalahkan pembangkang malah ada yang berdemonstrasi menuntut DAP meminta maaf kepada Sultan Perak, kini ia terkena atas batang hidung mereka sendiri.
Di mana suara2 yang mengagungkan institusi diraja selama ini sebagai penyelamat ketuanan Melayu? Di mana pula demonstrasi menuntut pihak yang menghina Sultan menarik balik perkataan dan meminta maaf?
Tidak malukah mereka terhadap tindak-tanduk kebudak-budakan mereka? Tidak malukah mereka terhadap kaum bukan melayu yang sedang memerhatikan mereka merperlekehkan Sultan mereka sendiri?
Apapun bagi saya memang jelas sekarang ini pemimpin2 UMNO/BN sekarang tidak lagi boleh disamakan dengan pemimpin2 masa lalu...

Malaysia 2008 General ElectionGet the latest election news now and LIVE results on March 8



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: