Wednesday, March 19, 2008

BN tenat 'dirawat' dlm ICU, BA mesti putuskan talihayatnya!

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

BN tenat 'dirawat' dlm ICU, BA mesti putuskan talihayatnya!
Posted on Sunday, March 16 @ 01:07:37 MYT by greenboc
Pendapat Oleh Yaasin

"a
Masih terngiang di telinga kata-kata Najib untuk Kelantan: 'Kelantan' mesti dirawat dengan beri kemenangan kepada BN. Realiti sekarang berlaku selepas PRU 12 ialah BN sebenarnya yang sedang dirawat. Rawat bukan sebarang rawat, BN sedang diletak dalam ICU. Pernafasannya begitu kritikal. Riak gelombang jantungnya begitu lemah. Ia hanya dibantu oleh alat-alat pernafasan luar sekarang.

Dengan kata lain, kalau alat-alat pernafasan lain itu dibuka, tentu jasad BN itu terus mati. Dan inilah sebenarnya yang sedang berlaku kepada BN sekarang. Majoriti Pak Lah jatuh merudum walaupun lawannya hanya seorang ustaz. Gergasi besar seperti Samy Vellu terhumban ke dalam gaung, Zainudin Maidin yang begitu sombong juga jatuh seperti jatuh dari antena TV RTM, Aziz Shamsudin dikalahkan seperti dalam satu konspirasi dan begitulah seterusnya. Najib yang menang besar di Pekan pun dengarnya meminta bantuan talihayat dari bukan rakyat asal sendiri. Entah mana-mana diimpotnya.

Pendek kata BN begitu tenat. Justru tidak pelik saban malam TV menyiarkan sokongan-sokongan dari pelbagai pihak terhadap 'kepimpinan ' Pak Lah, supaya talihayat Pak Lah dan BN terus hidup walaupun sebenarnya denyutan nadinya hanya menunggu masa tamat.

Pada pandangan saya, BA mesti mengambil peluang sekarang dengan mengasak sungguh-sungguh kepada Pak Lah dan BN supaya terus tumbang. Ibarat peninju yang sudah melukakan pesaingnya, tidak memberi ruang lalu menumbuk kencang dengan memberikan KO kepada pesaingnya.

Bagaimana caranya? Terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS, PKR dan DAP melakukannya dalam ruang lingkup demokrasi yg dibenarkan, tetapi jika peluang tidak digunakan sekarang, saya bimbang BN bangkit balik sedangkan rakyat sudah memberikan kredit cukup tinggi kepada BA.

rantisi_jr"


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: