Saturday, March 22, 2008

Biodata Nizar MB Perak

"Annette Ferrar" anifer47@yahoo.co.uk

Nizar: Jurutera yang boleh berbahasa Inggeris, Cina
dan Tamil

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir
Panjang dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51,
dipilih sebagai Menteri Besar Perak padahal DAP
mempunyai lebih ramai Adun (18) dan PKR juga mempunyai
lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS hanya ada
enam sahaja.
Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor
utamanya adalah kerana dia paling layak di kalangan
sembilan wakil rakyat Melayu dan beragama Islam yang
ada di kalangan Adun DAP, PKR dan PAS yang membentuk
kerajaan bersama itu.

PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam. DAP
tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan
beragama Islam. Menjadi syarat kepada MB Perak
(sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya)
adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak
boleh mengubah syarat ini.

Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang
Menteri Besar yang boleh memberikan khutbah Jumaat
bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap empat
bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17
Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar,
kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah
Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah
Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau
mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City
College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk,
England
.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains
Kejuruteraan Mekanikal
dari University Of Aston di
Brimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa
agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian
bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA
- Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa
projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2
& 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES,
Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul
Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan
bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR,
Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan
pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau
merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di
luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa
projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham,
United Kingdom
, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok
Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar
dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan
PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan
Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang
Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di
peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan
Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS
Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi
tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat.
Antaranya beliau memberikan kuliah dan majlis ilmu di
masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi
pelajar
dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan
khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili
PAS dalam program program kaum bukan Islam serta
terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan
Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil
perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat.
Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah
Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan
hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang
ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti
Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak
yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di
beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul
Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah
bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah
kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang
menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan
masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul.

"Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah
dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan
beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar
beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi
agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas
di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya
Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri
beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid
dan suara-surau. malah beliau sendiri mampu
mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan
bintang kurban.

Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris juga
boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar
yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir,
berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh
membaca khutbah jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih
Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang
tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan
keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: