Tuesday, March 25, 2008

Biarlah adil - surat kepada Utusan Malaysia

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Biarlah adil - surat kepada Utusan Malaysia
Posted on Monday, March 24 @ 20:31:34 MYT by SongkokPutih
Coretan @ Luahan Oleh penamenulis

" Pilihanraya telah berlalu dua minggu. Pelbagai peristiwa telah berlaku dan dilaporkan dalam media arus perdana dan juga media alternatif. Sebagai pembaca yang prihatin yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa, saya ingin memberi sedikit komen terhadap laporan-laporan dan ulasan yang telah dipaparkan dalam Utusan khas.

Saya sentiasa mengikuti laporan yang yang diberikan oleh Utusan, tetapi saya sangat kecewa kerana laporan ini adalah berat sebelah, malah tidak memberi kupasan yang bermutu dan juga pendapat ramai. Malah jika diteliti, kupasan yang diberikan oleh sidang pengarang adalah berat sebelah dan cuma mencerminkan pandangan peribadi yang lebih kepada pro kepada satu parti atau sebelah pihak.

Sebagai media yang bebas, laporan sewajarnya bebas dan mencermin pandangan dari pelbagai sudut. Contoh kupasan yang tidak adil adalah tentang DEB, kita harus sedar bahawa DEB sudah lama tamat, dan tidak seharusnya menjadi isu sekarang. Lagipun, semua rakyat yang memerlukan bantuan wajar dibantu, bukan tertakluk kepada sesuatu bangsa. Kita harus sedar bahawa kemiskinan masih wujud dalam semua kaum, bukan hanya bangsa Melayu, tetapi juga Cina, India dan kaum minoriti yang lain. Sebagai rakyat Malaysia, semua rakyat yang memerlukan bantuan wajar diberi bantuan.
Beberapa hari yang lepas, apabila penasihat DAP ingin memulau Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak, tindakan ini disifatkan sebagai kurang ajar dan derkaha. Tapi sayangnya, Adun Umno Terengganu pula tidak disifatkan kurang ajar dan derhaka apabila ingin memulaukan perlantikan Menteri Besar Terengganu. Ini telah mewujudkan laporan yang boleh dikirakan sebagai double standard.

Malah, beberapa siri demonstrasi yang yang dilakukan oleh UMNO Pulau Pinang dan Perak tidak disifatkan sebagai haram. Malah, media sebelum ini menyatakan bahawa demonstrasi adalah bukan budaya kita dalam menyatakan sesuatu perkara. Persoalan saya, kenapa selepas pilihanraya, demonstrasi pula dibenarkan? Adakah ini telah menjadi budaya kita pada masa kini.

Saya berharap agar Sidang Pengarang lebih bertanggungjawab agar Utusan Malaysia tidak dipandang enteng dan dipulau oleh rakyat.
Pembaca Setia

p/s saya harap agar pendapat ini disiarkan supaya menunjukan UM adalah tidak double standard. Pendapat ini juga dforwardkan ke media alternatif.


--

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: