Thursday, March 6, 2008

Bersih ramalkan PRU-12 paling kotor dalam sejarah

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Selepas membaca berita dibawah,aku macam ada satu perasan tak baik...terfikir aku sejenak..... .asalnya penggunaan dakwat kekal diluluskan oleh SPR,dan tiba-tiba arahan dibatalkan dengan alasan-alasan "bodoh".tak mustahil saat-saat akhir nanti penggunaan peti lutsinar juga ditarik-balik dengan alasan-alasan "bodoh" jugak......
buatlah sesuka hati...kamu yang memegang amanah rakyat,kamu yang akan dibicarakan disana nanti...aku dah bersedia untuk terus ditipu oleh SPR...tapi bersediakah "mereka" untuk sesi temuduga diakhirat nanti?Allahua"lam...

Bersih ramalkan PRU-12 paling kotor dalam sejarah
Roy Rasul
Wed | Mar 05, 08 | 8:35:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pilihan raya umum ke 12 pada 8 March ini bakal menjadi satu pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara.

Ahli Jawatankuasa Bersih Sivarasa Rasiah berkata demikian, ekoran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian nanti.

Katanya, dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini, pembatalan penggunaan dakwat kekal boleh membantu pengundi hantu beroperasi dengan lebih mudah.

"Kemenangan Kerusi-kerusi yang kritikal seperti di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perak mungkin akan ditentukan oleh pengundi hantu," katanya.

Sehubungan itu katanya, Bersih menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen tandatangan seluruh rakyat Malaysia supaya satu Suruhanjaya Diraja Pembaikan Pilihan Raya ditubuhkan selepas pilihan raya ini.

Kempen itu juga dianjurkan secara online melalui http://www.petition online.com/ RCER2008/, katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Bersih yang mewakili PAS, Sabki Yusof berkata, pembatalan tersebut membuktikan wujudnya satu perancangan penipuan dalam proses pilihan raya ini di mana pada hari mengundi nanti wujudnya pengundi-pengundi yang dibenarkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kerana itulah dibatalkan penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundi berulang.

"Apabila membatalkan penggunaan dakwat ini membuktikan bahawa SPR memberi ruang seluasnya kepada perancangan untuk membenarkan pengundi mengundi beberapa kali di atas nama pengundi dalam daftar pemilih tertentu.

"Kita kemukakan banyak bukti di mana nama setengah pengundi itu didaftarkan tanpa proses nombor pendaftaran yang betul di mana setengahnya itu dipindah nama daripada negeri-negeri tertentu," katanya.

Sebagai contoh katanya nama yang boleh mengundi sebagai pengundi pos juga mengundi sebagai pengundi awam.

Terdapat juga katanya nama yang sebelum itu mengundi di tempat lain tiba-tiba didaftarkan dan dipindahkan di Terengganu dan di negeri lain yang jauh.

Katanya lagi, nama-nama yang sebelum ini tidak pernah memohon untuk mendaftar mengundi didaftarkan mengundi.

"Saya menerima aduan dari kawan di Dubai bahawa beliau yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi tetapi namanya didaftarkan sebagai pengundi di Marang, Terengganu.

"Ini menunjukkan ada satu usaha untuk mendaftarkan pengundi-pengundi yang ada potensi untuk tidak mengundi," katanya.

Beliau berkata, pengundi-pengundi yang tidak pernah keluar mengundi sebelum ini dikenal pasti sebagai pengundi 'lesap' di mana mereka berdaftar tetapi tidak pernah keluar mengundi.

Ini katanya, dikenal pasti dan menjadi sasaran untuk pengundi-pengundi hantu mengundi bagi pihak mereka.

Sehubungan itu, katanya beliau percaya, pembatalan berkenaan memudahkan lagi operasi bagi pengundi hantu mengundi bagi nama-nama yang tentunya tidak keluar mengundi.

Turut sama dalam sidang media tersebut ialah, Teresa Kok (DAP), Yap Swee Seng (Suaram), Faizal Mustafa (KeADILan) dan lain-lain. - mns


--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: