Tuesday, March 25, 2008

Bernama: 23 Terengganu BN Assemblymen May Resign If Ahmad Said Is Made MB

"dato sri" projek.00@gmail.com

memandangkan MB Terengganu yang baru dah memulakan tugas hari ini, wajarlah 23 ADUN Terengganu yang sebelum ini mengugut untuk lepaskan kerusi masing-masing berbuat demikian.... ..takkan cakap/ugut tapi tak berani buat.....takde telor ler....atau takde otak sebab cakap benda bodoh...
Rujuk kepada perlembagaan negeri Terengganu oleh seorang kenalan peguam.....sultan atau pemangku mempunyai hak penuh dalam memilih MB, dan tidak terikat kepada apa jua soal sokongan dari pihak lain yang hanyalah diambil-kira sekadar untuk pertimbangan sahaja.
Selain dari isu-isu luaran seperti pembaziran wang negeri, memang sebelum ini sudah ada angin bertiup bahwa MB si Derih Jusoh ni jenis tidak menghormati pihak istana.....mungkin ini sebabnya pihak istana tidak mahu dia jadi MB lagi. Dan sikap Derih sekarang ni dengan kumpulan sepanduk samsengnya, mungkin terbawa-bawa dari zaman kanak-kanak dimana ayahnya seorang pesalah yang dibuang daerah (cerita penuh di : http://www.tranungk ite.net/v7/ modules.php? name=News&file=article&sid=8061) Jika inilah sebab, Dollah sepatutnya menggunakan budi bicaranya untuk bertolak-ansur dengan pihak istana dengan cara terhormat, bukannya turut sama biadap terhadap Sultan Terengganu dan Yang di-Pertuan Agong.
......bukan apa, rakyat yakin pihak istana ada sebab yang munasabah untuk tidak mahu Idris Jusoh sebagai MB semula....tetapi hairan kenapa Pak Lah bermati-matian tidak mahu beri pilihan lain dari kepada pihak istana sedangkan ada 23 ADUN lain dari kalangan UMNO sendiri yang boleh dicadangkan. ..
.....bukannya tokoh-tokoh UMNO pula tunjuk sifat derhaka
(takkan nak double standard kata DAP Lim Kit Siang saja yg derhaka....at least dia dah segera minta maaf secara terbuka)
------------ --------- --
Bukan Deris, Tapi Dolah Yang Keras Kepala
Posted on Tuesday, March 25 @ 13:03:50 MYT by greenboc

Analisis Isu Oleh benzaini

"Kemelut perlantikan Menteri besar Terengganu nampaknya telah menjadi satu krisis perlembagaan. Isu yang pada mulanya hanya merupakan perselisihan di antara Deris Jusoh dengan Istana telah melarat dan mengheret PM Dolah Badawi serta Kerajaan Malaysia sama. Beliau begitu tegas memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Deris. Orang faham kalau sebagai Presiden UMNO beliau berkeras hendakkan Deris menjadi Meneteri Besar. Akan tetapi, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kemudiannya melibatkan pula Peguam Negara, yang mengeluarkan pelbagai kenyataan, "melobi" untuk Deris dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu, orang mula mempersoalkan rasionalnya.


Kenapa Deris begitu penting bagi Pak Lah sehingga mengatasi kepentingan perhubungan yang baik di antara seorang Menteri Besar dengan Istana Terengganu dan perhubungan beliau dengan DYMM Yang di-Pertuan Agong? Jelas sekali Pak Lah tidak memikirkan kepentingan rakyat Terengganu dalam hal ini. Dengan berkeras inginkan Deris Jusoh yang tidak direstui oleh Istana Terengganu menjadi Menteri Besar, apakah Pak Lah ingin melihat pentadbiran negeri Terengganu menjadi kucar kacir dan tergencat yang akan menyebabkan rakyat menanggung kesannya. Sejarah pentadbiran negeri-negeri di Malaysia telah menyerlahkan keadaan ini, di Pahang, di Selangor, di Johor dan di Kelantan semasa kekuasaan UMNO-BN.

Dalam hal ini, nampaknya bukan Deris saja yang keras kepala, tetapi Pak Lah lebih keras kepalanya! Adalah dipercayai bahawa Deris tidak akan berkeras untuk menjadi Menteri Besar Terengganu setelah pembatalan majlis angkat sumpah oleh Istana sekiranya beliau tidak mendapt sokongan Pak Lah. Dengan hanya sepatah kata daripada beliau, Deris akan akur dengan pilihan Istana. Akan tetapi, sebaliknya, dengan sokongan Pak Lah, Deris telah memaksa adun-adun Terengganu, dipercayai dengan pelbagai ugutan dicampur dengan pelbagai umpan, supaya memberikan "taat setia" mereka kepada Deris sahaja dan tidak kepada orang lain, hatta kepada Sultan. Bukan itu sahaja, Pak Lah telah menggunakan Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri dalam usahanya melobi untuk Deris.

Dalam usaha mengenakan tekanan keatas Istana Terengganu, Peguam Negara telah menyerlahkan kecelaruannya. Dalam kenyataan awal yang diterbitkannya, beliau menyatakan bahawa dalam kes Terengganu, Sultan Terengganu yang telah dipilih sebagai Yang DiPertuan Agong, berdasarkan Perlembagaan Malaysia, tidak lagi boleh mencampuri hal ehwal pentadbiran negeri Terengganu, termasuk perkara yang berkaitan
dengan perlantikan Menteri Besar. Urusan pentadbiran negeri Terengganu yang ada kaitan dengan Istana hendaklah dirujuk kepada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR). Dan itulah nampaknya yang berlaku di Terengganu. MPPR, dan bukan Sultan (Yanag DiPertuan Agong), yang telah membuat keputusan melantik ADUN Kijal, Mat Said, sebagai Menteri Besar. Akan tetapi, dalam kenyataan terakhirnya, Peguam Negara menyatakan yang beliau akan mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong untuk menerangkan kedudukan undang-undang dalam hal ini, seolah-olah "menuduh" baginda memainkan peranan dalam isu perlantikan Menteri Besar.

Adalah dipercayai bahawa Istana atau MPPR mempunyai sebab yang sangat kuat untuk tidak menerima Deris Jusoh sebagai Meneteri Besar bagi negeri Terengganu. Apalah kepentingan MPPR dan Istana untuk berbuat demikian sewenang-wenagnya? Satu sebab paling utama kenapa Istana tidak dapat menerima Deris ialah "*****iness"nya yang melampaui batas. Bagaimana Istana boleh menerima seorang yang tidak menghormati tata susila dan adat istiadat dalam berkomunikasi dengan Istana? Sebab-sebab lain yang dikemukakan menambahkan lagi kemurkaan Istana terhadap Deris. Perlantikan Mat Said sebagai Menteri Besar oleh MPPR bukanlah sangat kerana beliau merupakan yang terbaik. Akan tetapi, beliaulah satu-satunya adun yang berani menerima risiko dan mengatakan "tidak" kepada Deris. Agak sukar untuk mendapat seorang adun atau ADR (Ahli Dewan Rakyat) UMNO di Terengganu atau di negeri-negeri lain yang tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Mat Said sendiri tidaklah lebih baik daripada Deris Jusoh dalam hal ini. Malah mulutnya lebih bisa daripada mulut Deris dari segi maki hamun dalam Dewan Undangan. Akan tetapi, dalam hubungan dengan Istana, Mat Said dipercayai tidaklah se"cokcy" Deris.

Bagaimana Mat said akan dapat membentuk kerajaannya, itu terserahlah kepada kebijaksanaannya. Dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk melihat beliau akan berjaya berbuat demikian. 22 adun BN-UNMO Terengganu nampaknya masih kekal dengan tekad mereka menyokong Deris dan bukan Mat Said. Mat Said pula akan dibuang daripada UMNO sekiranya beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Kalau mengikut UMNO Terengganu, Mat Said sudah tidak menjadi ahli UMNO lagi. Akan tetapi, Mat Said, sebelum dan selepas mengadap DYMM Yang di-Pertuan Agong (Sultan Terengganu), nampaknya yakin akan dapat sokongan daripada adun-adun UMNO. Rayuan oleh Rasol Wahid agar Pak Lah dan Deris mengadap Sultan mungkin menuju ke arah apa yang diharapkan oleh Mat Said.

Dalam hubungan ini, PAS hendaklah mengambil sikap yang lebih berhati-hati. Mendengar cakapnya, Mat Said adalah seorang ahli UMNO sampai ke tulang sumsum. PAS jangan cepat melatah, menari mengikut gendang paluan Mat Said lantas masuk ke dalam perangkap. PAS perlu memikirkan kepentingan rakyat Terengganu, bukan sahaja untuk tempoh terdekat, tetapi juga untuk jangka panjang. PAS jangan terjadi seperti kata pepatah laksana orang yang "melepaskan anjing tersepit di celah pagar" atau menjadi seperti tebu, "habis manis, sepah dibuang". Adalah diyakini dan dipercayai, pimpinan PAS lebih bijak dalam menghadapi kemelut perlantikan Menteri Besar Terengganu kali ini. Walau pun PAS boleh dan wajar berdiri di belakang Istana dalam kemelut ini, tetapi perlu juga disedari bahawa perlantikan Mat said sebagai Menteri besar oleh MPPR hanyalah kerana itulah pilihan terbaik yang ada demi kebaikan pentadbiran negeri Terengganu dan rakyatnya. Rakyat mempunyai pilihan yang lebih baik daripada itu. Wa Allah a'lam.

...//benzaini. blogspot. com
------------ -----

http://www.bernama. com/bernama/ v3/news_lite. php?id=322248

23 Terengganu BN Assemblymen May Resign If Ahmad Said Is Made MB

March 24, 2008 01:57 AM

KUALA LUMPUR, March 24 (Bernama) -- The 23 Barisan Nasional (BN) assemblymen in Terengganu who are against Kijal assemblyman Datuk Ahmad Said being appointed the state's Menteri Besar may resign if the latter is sworn-in to the post.

Terengganu Umno liasion secretary Datuk Rosol Wahid in a press conference here Sunday night, said this might happen as his appointment did not get their support.

He said all 23 of them stood solidly behind former Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh to be appointed to the post.

"All of us, except for Ahmad Said have stated our unequivocal support for Idris based on the decision made by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for him to be appointed the Menteri Besar of Terengganu. It means no other candidate has been proposed for the post," he said.

According to him, there is no reason why Idris should not be chosen as he had done a fine job in administering the state the last four years.

"What happened this morning in Istana Tetamu did not have our agreement and this is different from the case of Perlis. Ahmad Said is alone in this matter," he said.

Sunday morning (March 23), Ahmad Said received his appointment letter to be the Menteri Besar from the head of the Terengganu Regency Advisory Council.

Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman witnessed by two other members of the council, namely Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail and former Federal Court judge, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

The closed-door ceremony was also attended by six members of the Terengganu royal household, State Secretary Datuk Mokhtar Nong, State Legal Advisor Mohamad Sekeri Mamat and Terengganu police chief, Datuk Ayub Yaakob.

Commenting on a remarks by Terengganu Umno deputy liasion chief Datuk Tengku Putera Tengku Awang that most of the Umno divisions in the state supported Ahmad's appointment, Rosol said some of those named had denied it.

"I met the Prime Minister and Deputy Prime Minister earlier and two or three division heads denied what was said by Tengku Putera.

"With me were Kuala Terengganu Umno chief Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Kuala Nerus Umno chief Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri and Setiu Umno chief, Datuk Mohd Jidin Shafiee," he said.

Asked if their (the 23 assemblymen's) action could be seen as challenging the monarchy, Rosol said this did not arise as they were merely following the party's and federal constitution and the wishes of the party president, apart from being in line with the state constitution.

"Sunday morning before the letter of appointment was issued to Ahmad, we had gone to the palace to present two letters and a memorandum to the latter although we were not allowed in," he said.

He said copies of the letter warning Ahmad not to accept the appointment were also given to Raja Tengku Baderulzaman.

Among others the letters stated that Ahmad Said's Umno membership would automatically become null and void if accepted the appointment, he said. Umno's Supreme Council is expected to deliberate the matter on Thursday. Ahmad's swearing-in date has yet to be fixed. -- BERNAMA

____



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: