Monday, March 10, 2008

Berita sempena PRU dari Utusan Malaysia

"Dunya" reliefburden@yahoo.com.sg

link alternative anda

malaysiakini. jtwebsystems. com
malaysiakini. silenteve. net

http://pru12. pas.org.my/

Barisan Nasional hilang majoriti dua per tiga

KUALA LUMPUR 9 Mac � Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tetapi gagal mempertahankan majoriti dua per tiga.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mengumumkan pembentukan kerajaan oleh BN setelah parti itu berjaya memperoleh majoriti mudah.
Sehingga pukul 3 pagi ini, BN mendapat 134 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah BN hilang majoriti dua per tiga pada pilihan raya umum.
Untuk mendapatkan majoriti dua per tiga, parti itu perlu memenangi sekurang-kurangnya 148 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum kali inii.
Namun pakatan BA berjaya memenangi 75 kerusi Parlimen iaitu DAP 26 kerusi, PKR (28) dan Pas (21).
Jumlah 75 kerusi itu cukup untuk menafikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat.
Pada tahun 2004, BN memenangi 199 daripada 219 kerusi yang dipertandingkan iaitu kejayaan paling besar pernah dicatatkan oleh parti itu.
Untuk pilihan raya kali ini, jumlah kerusi Parlimen bertambah tiga kerusi ekoran persempadanan semula kawasan di Sarawak.
Parti-parti yang bertanding perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi mendapatkan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan sekurang-kurangnya 148 kerusi untuk majoriti dua per tiga.

DAP, PKR setuju tubuh kerajaan negeri di Pulau Pinang

09/03/2008 7:14am
PULAU PINANG 9 Mac � DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memenangi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-12, mengumumkan awal pagi ini persetujuan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana parti itu memenangi jumlah kerusi terbanyak iaitu kesemua 19 kerusi yang ditandinginya, maka beliau akan menjadi Ketua Menteri.
PKR memenangi sembilan daripada 16 kerusi DUN yang ditandinginya, manakala PAS mengekalkan kerusi DUN kawasan Permatang Pasir dan kalah empat kerusi lain.
�DAP ingin mengumumkan bahawa kami akan membentuk kerajaan baru Pulau Pinang dengan kerjasama dan secara gabungan dengan PKR, sebuah kerajaan bagi semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan kaum lain.
�Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak akan memerintah secara bersendirian, tapi bersama-sama dengan PKR. Kami juga berharap wakil rakyat PAS yang dipilih dapat membantu kerajaan ini,� katanya pada sidang akhbar bersama dengan PKR di sini.
PKR diwakili pemimpinnya di negeri ini Datuk Zahrain Hashim, yang memenangi kerusi Parlimen Bayan Baru setelah mengalahkan calon BN Ooi Siew Kim.
Lim, yang memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi DUN kawasan Air Putih, berkata DAP berasa rendah hati dengan sokongan yang diberi oleh pengundi hingga membolehkannya memenangi kerusi Parlimen dan negeri serta berikrar tidak akan mengecewakan rakyat Pulau Pinang.
Kata Lim, kemenangan itu bukan milik DAP dan PKR, tetapi milik rakyat Pulau Pinang seluruhnya.
Beliau berkata DAP juga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan calonnya dan berharap mereka akan memainkan peranan secara serius sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan membina.
Kata Lim, parti itu mengucapkan terima kasih kepada anggota dan penyokongnya kerana telah memberi sokongan hebat hingga membolehkan DAP menubuhkan kerajaan negeri setelah berusaha selama 41 tahun.
Kata Lim parti itu berikrar akan berlaku adil dan tidak menindas mana-mana pihak serta membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Beliau berkata parti itu juga berikrar akan membentuk sebuah kerajaan perpaduan, yang berasaskan kecintaan terhadap demokrasi dan menghormati hak asasi manusia, kesaksamaan dalam politik serta keadilan sosial.
�Kami mahu membuka lembaran baru dan menggesa semua pihak supaya menghormati hasrat rakyat Pulau Pinang untuk membina sebuah Pulau Pinang yang dinamik serta memenuhi cita-cita dan harapan kami agar Pulau Pinang sentiasa berada di hadapan,� katanya.
Sementara itu, Zahrain yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, berkata parti itu bersedia bekerjasama dengan DAP bagi menubuhkan kerajaan baru dan menerima Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Salleh Man pula berkata walaupun kerajaan baru Pulau Pinang akan diketuai DAP, parti itu akan memberi kerjasama penuh kepadanya dan berharap wakilnya akan diberi peluang menyandang jawatan exco yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama Islam.� BERNAMA

Wan Azizah beri laluan kepada Anwar

09/03/2008 7:18am
PERMATANG PAUH 9 Mac � Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata beliau akan memberikan kerusi itu kepada suaminya yang juga penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
�Namun, kami akan bertemu kepimpinan PKR dulu,� katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya kawasan itu di sini hari ini.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Pirdaus Ismail dengan 13,388 undi majoriti.
Dr Wan Azizah yang memenangi keusi itu sejak dua penggal lepas, mengumpul 30,338 undi manakala Pirdaus memperoleh 16,950 undi.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada beliau akan akan melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.
� LAGI UPDATE 1 NURUL-KOSONG 2 KUALA LUMPUR Di Kuala Lumpur, anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang menang kerusi Parlimen Lembah Pantai sebelum itu mengelak menjawab soalan sama ada beliau akan mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada bapanya yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil alih.
�Keputusan ini adalah kemenangan saya dan saya rasa anda wajar memberi saya peluang untuk meraikan kemenangan ini dan merancang masa depan penyokong saya,� katanya kepada pemberita selepas pengumuman rasmi kemenangan beliau pada pukul 2.20 pagi di Kompleks Sukan Bangsar di sini, di mana beliau dikerumuni 5,000 hingga 7,000 penyokongnya.
Beberapa hari sebelum pilihan raya, Nurul Izzah memberitahu sebuah akhbar harian ekonomi tempatan bahawa beliau bukan proksi bapanya.
Anwar layak bertanding pada pertengahan April.
Dr Wan Aziza Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada penamaan calon berkata beliau akan memberi laluan kepada suaminya, jika menang.
Nurul Izzah yang berbaju kurung oren berbunga dan bertudung ungu, berkata:
�Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya dan semua orang yang telah bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.� �Penduduk di Lembah Pantai memilih perubahan,� kata Nurul, yang diiringi suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.
�Dan saya yakin kami berjaya melepasi segala kesinisian. Kami sudah membuktikan kami mampu lakukannya. Seperti yang saya katakan dulu dalam perjuangan ini, kami mahu menang dan sudah pasti saya sangat berbangga dengan pengundi Lembah Pantai.� Shahrizat yang turut berada di dewan itu kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah dan berpesan supaya beliau meneruskan usaha menjaga penduduk Lembah Pantai.
Menurutnya beliau berat hati melepaskan Lembah Pantai kerana telah bersungguh-sungguh menjaga kawasan itu.
�Penduduk Lembah Pantai penting buat saya. Bagi saya sendiri, saya gembira kerana sepanjang 12 tahun di sana, Lembah Pantai sudah berubah, daripada kawasan mundur kepada sebahagian daripada bandar raya metropolitan hari ini.- Bernama

Kayveas terima kekalahan dengan hati terbuka

09/03/2008 5:23am
TAIPING 9 Mac � Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas yang tewas di kerusi Parlimen Taiping berkata, beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
�Ini adalah keputusan penduduk Taiping. Saya nampak ini bukan sahaja berlaku di Taiping tapi turut terjadi di seluruh negara,� katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen itu di Wisma Perbandaran Taiping.
Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) yang bertanding bagi mempertahankan kerusi itu tewas kepada Ketua Pemuda (DAP), Nga Kor Ming dengan majoriti 11,298 undi. Kayveas memperoleh 16,800 undi manakala calon DAP itu mendapat 28,098 undi. - Bernama

Pas mahu berkongsi kuasa dengan PKR

09/03/2008 7:12am
ALOR STAR 9 Mac � PAS Kedah akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas pakatan parti-parti pembangkang berjaya menawan Kedah dengan memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ini.
Pesuruhjaya PAS negeri Azizan Abdul Razak berkata bagaimanapun kerajaan campuran itu tidak melibatkan DAP.
�Kita kerajaan campuran dengan PKR sahaja. DAP...jika dia tidak mahu duduk dalam kerajaan, dia jadi pembangkang lah. Tapi pembangkang yang rapat dengan PKR. Tapi kita (PAS) hanya dengan PKR,� katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi PKR negeri Zamri Yusuf di Kompleks Pas di Kota Sarang Semut di sini malam tadi.
PAS memenangi 16 kerusi DUN iaitu Ayer Hitam, Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundur, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Pantai Merdeka, Kupang, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Bandar Baharu, dan Tanjung Dawai.
PKR menang empat kerusi DUN iaitu Bakar Arang, Sidam, Lunas, Kulim manakala DAP memenangi satu kerusi di DUN Kota Darul Aman.
Azizan berkata pihaknya berterima kasih kepada masyarakat yang memberi kepercayaan kepada parti pembangkang untuk menerajui negeri ini buat kali pertama.
�Kita berharap kita dapat kotakan apa yang dijanjikan kepada rakyat iaitu
�Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua,� kata beliau.
Mengenai pelantikan menteri besar yang baru, Azizan berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Sultan Abdul Halim esok untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan dan segala keputusan bergantung kepada baginda.
Mengenai kemenangan besar PKR dan PAS, Azizan berkata kejayaan itu merupakan pencapaian yang baik walaupun parti itu menghadapi masalah teknikal pada peringkat awal.
Beliau berkata, kemenangan itu masih belum mencapai sasaran mereka kerana mensasarkan lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN.
Ditanya jangkaan penerimaan masyarakat kepada kepimpinan pembangkang, Azizan mengambil contoh Kelantan yang masih boleh �survive� walaupun hak mereka dari kerajaan pusat dinafikan.
Sementara itu Zamri berkata mereka akan berbincang mengenai pelantikan menteri besar.
PKR akan membariskan lima Ahli Dewan Undangan Negerinya dalam Exco negeri tidak lama lagi apabila kerajaan campuran dengan PAS dibentuk.
� BERNAMA

TPM kecewa peratusan keluar mengundi rendah

PEKAN 8 Mac � Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan peratusan keluar mengundi yang kurang memberangsangkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya difahamkan bahawa hanya 60 peratus daripada 10.9 juta pengundi di seluruh negara keluar mengundi.
Bagaimanapun, kata beliau, peratusan pengundi yang keluar mengundi di Parlimen Pekan dikatakan tinggi berbanding pilihan raya lalu.
��Peratusan keluar mengundi di seluruh negara dilihat kurang memberangsangkan,� katanya kepada pemberita di kediamannya di sini hari ini.
Pusat-pusat pengundian di seluruh negara ditutup pada pukul 5 petang ini dengan kira-kira 60 peratus daripada 10.9 juta pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Najib bagaimanapun, berpuas hati dengan proses perjalanan pilihan raya yang dianggap lancar walaupun berlaku satu dua insiden yang tidak diingini di Terengganu.
Mengulas kejadian bot yang membawa kertas undi terbalik di Sungai Rajang di Sarawak pagi ini, Najib berkata, insiden itu merupakan satu kemalangan dan di luar kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurutnya, SPR terpaksa menggunakan pengangkutan air untuk membawa kertas undi kerana kosnya lebih murah berbanding penggunaan helikopter.
��Ada sesetengah tempat, tidak ekonomik dan praktikal menggunakan helikopter terutama di kawasan yang mempunyai pengundi yang tidak ramai,� jelasnya

Gerakan tewas hampir di semua kerusi

09/03/2008 4:59am
KUALA LUMPUR 9 Mac � Gerakan mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah sejak memimpin Kerajaan Pulau Pinang mulai 1969.
Pemangku Presiden Gerakan yang juga ketua menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut kecundang, sekaligus menghancurkan harapannya untuk menganggotai kerajaan pusat. Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr. P. Ramasamy daripada DAP.
Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) � Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).
Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak.
Pada pilihan raya 2004, Gerakan memenangi 10 daripada 12 kerusi Parlimen dan 30 daripada 31 kerusi DUN. - Bernama


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: