Sunday, March 16, 2008

BERAPA NEGERI DIBAWAH PEMERINTAHAN BN BUAT PAK LAH PENING

"dsjkamarul" dsjkamarul@gmail.com

MB T'ganu terus jadi misteri
Malaysiakini
Mar 15, 08 2:37pm

kemaskini 7:48pm Kedudukan menteri besar Terengganu kini masih lagi misteri apabila tiada sebarang tindakan atau tanda-tanda calon yang layak dilantik - malah kini kelihatan wujud "ketegangan" antara BN dengan istana.

Ia seolah-olah sedang mengulangi fenomena pelantikan menteri besar Perlis semalam apabila istana memilih calonnya sendiri Datuk Mat Isa Sabu, dengan mengetepikan calon parti pemerintah, pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim yang disokong Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Walaupun kedua-dua dimenangi BN dengan majoriti besar tetapi pelantikan ketua kerajaan negeri menjadi masalah.

BN mengekalkan 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 8 Mac lalu.

Pagi tadi pertemuan antara semua wakil rakyat BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu yang dijadual di sebuah hotel tiba-tiba dibatalkan.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Idris Jusoh awal-awal lagi tidak diundang ke pertemuan ini, antaranya dikatakan akan membincangkan pelantikan menteri besar.

Pertemuan itu dilaporkan dibatalkan melalui mesej SMS kepada 23 wakil rakyat terbabit kira-kira jam 9 pagi tadi, hanya dua jam sebelum ia diadakan.

Ia dibatalkan tanpa alasan yang jelas, dilaporkan atas arahan pihak istana sendiri.

Menurut satu sumber yang dipetik Bernama, pertemuan itu tidak pasti sama ada akan diadakan semula akan datang.

Pembatalan di saat-saat akhir ini sekali gus memanjangkan lagi spekulasi bahawa Idris tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.

Istana dikatakan mempunyai calon lain tetapi Malaysiakini beberapa hari lalu difahamkan, bahawa Umno negeri cuba mempertahankan Idris sebagai ketua kerajaan.

Hari ini 20 wakil rakyat BN dilaporkan bertemu Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada Idris.

Dalam pertemuan dengan Abdullah, lapor laman web New Straits Times, Idris dan calon-calon yang disebut menggantikannya tidak hadir.

Wakil Kijal Datuk Ahmad Said dan wakil Ajil Datuk Rosol Wahid, kedua-duanya exco pada penggal lalu, tidak kelihatan. Dua nama ini paling sering disebut-sebut mengambil alih kerajaan Terengganu.

Adun Chukai, Datuk Mohd Awang Tera, yang menyatakan pendiriannya dan Umno negeri untuk meneruskan khidmat Idris turut kelihatan dalam pertemuan dengan Abdullah.

Keputusan pertemuan itu, setakat ini, belum jelas.

Misteri menteri besar Terengganu mula merebak kepada umum selepas majlis angkat sumpah Idris yang dijadual di Istana Maziah awal minggu ini ditangguhkan secara mendadak dan hingga kini tarikh itu belum ditetapkan.

Idris memegang jawatan tersebut sejak 2004 selepas BN menang besar dengan merampas negeri



Source: Malaysiakini
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: