Saturday, March 22, 2008

Beberapa majlis ilmu dan majlis sempena MaulidurRasul

"Dunya" reliefburden@yahoo.com.sg

Jumaat, 21 Mac 2008.. selepas solat Maghrib
Tajuk: Islam RasuluLlah SAW
Lokasi: Masjid Negeri Selangor Shah Alam
Penceramah: Dato' Hasan Din al Hafiz
------------ --------- --------- -------
Jumaat, 21 Mac 2008.
Maulid dan ceramah selepas solat maghrib
Penceramah: al Muhaddith Syaikh Dr.Mahmud Said Mamduh Al Husaini & Syeikh Fuad Al Maliki
Lokasi: Anjung Rahmat ABIM, Gombak Selangor
------------ --------- --------- --------- --
MAJLIS HADITH SEMPENA MAULID NABI S.A.W :

TARIKH :
22 MAC 2008 ( SABTU - bermula 3.00 ptg )
TEMPAT :
MADRASAH AL HASANIAH
KG BUKIT SEMBILAN,
KM 35 JALAN SEREMBAN-TAMPIN
71350 K0TA NEGERI SEMBILAN


Dengan nikmat Allah swt , pada tahun ini Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) menyambut secara besar-besaran majlis Maulid Rasul Teragung, Sayyiduna Muhammad saw dengan menghidupkan konsep penghayatan Hadith Nabi. Bagi menjayakan majlis kelahiran insan terbaik Nabi Muhammad saw Penasihat YSNS, Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki berusaha mempersembahkan majlis terbaik dengan berbesar hati menjemput gurunya, seorang pakar hadith pada zaman ini, al Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini bagi memberikan pengisian yang terbaik dalam majlis tersebut. Semoga kehadiran beliau lebih memberkati dan melimpahkan fuyudhat ke dalam majlis yang akan dilangsungkan.

Dalam majlis ini, beliau akan membaca kitab hadith karangan Mufti Syafi’i di Makkah al Mukarramah, al Imam al Allamah al Musnid Syeikh Muhammad Said Sunbul al Makki (wafat 1175 H) yang bertajuk al Awail al Sunbuliyyah, yang mengandungi 43 buah hadith terawal dari 43 buah kitab hadith, dan seterusnya berkenan untuk mengijazahkannya. Menjadi tradisi di Makkah al Mukarramah kitab ini dibaca dan mula-mula diijazahkan sebelum pembacaan dan pengijazahan kitab-kitab yang lain.

Beliau juga berkenan untuk mengijazahkan hadith Musalsal Memakai Tasbih yang dikenali dengan Musalsal Munawalah al Subhah. Semoga kaum Muslimin dan Muslimin tidak melepaskan peluang keemasan mengutip segala kebaikan, nafahat dan barakat demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.

TENTATIF SAMBUTAN :

3.00 ptg :
Pembacaan dan Pengijazahan Hadith dari kitab al Awail al Sunbuliyyah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

4.23 ptg :
Solat Asar
Pengijazahan Hadith Musalsal bi al Subhah
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

6.30 mlm : Minum Petang

7.24 mlm :
Solat Maghrib
Bacaan Maulid al Daiba’ei

8.32 mlm :
Solat Isya’
Ceramah Maulid Nabi SAW
Oleh : al ‘Allamah al Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al Husaini

10.00 mlm : Makan malam dan bersurai


PENGENALAN RINGKAS :
AL ALLAMAH AL MUHADDITH DR. MAHMUD SAID MAMDUH AL HUSAINI

Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh. Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:

1. Syeikh Muhammad Isa ibn Yasin al Fadani.

2. Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari

3. Sayyid Abdul Aziz ibn al Siddiq al Ghumari

4. Syeikh Ismail Uthman Zain al Makki

5. Syeikh Abdullah Sa’id al Lahji

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan telah berjaya menulis lebih dari 30 buah kitab. Di antara karyanya yang terpenting ialah:

1. Tasynif al Asma’ bi Syuyukh al Ijazah wa al Sama’

2. Wusul al Tahani bi Ithbat Sunniyyah al Subhah wa al Rad ‘ala al Albani

3. Tanbih al Muslim fi Difa’ ‘an Sohih Muslim

4. Raf’u al Minarah bi Takhrij Ahadith al Tawassul wa al Ziarah

5. Al Ta’rif bi Auham man Qassama al Sunnah ila Sohih wa Dhaif (6 jilid).

Kitab ini menunjukkan kepakaran beliau yang tinggi dalam bidang hadith.

6. Al Ihtifal bi Ma’rifah al Ruwah al Thiqaat allazi laisu fi Tahzib al Kamal (4 jilid)

7. Kafsy al Sutur ‘amma Usykila min Ahkam al Qubur

8. Ghayah al Tabjil wa Tark al Qat’ fi al Tafdhil

Ketika belajar dengan Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, beliau menjadi murid istimewa gurunya itu. Apabila mengajar, Syeikh Yaasin al Fadani pasti akan menyuruh beliau duduk di sebelah kanannya. Atas kepercayaan gurunya itu, beliau telah dilantik menjadi khalifahnya di Mesir.

Keintelektualannya terutamanya dalam bidang hadith mendapat perhatian dan pujian dari ramai ulama’ besar dunia Islam. Seorang ulama’ yang tidak asing dalam dunia Islam, Sayyid Abdullah al Siddiq al Ghumari menyatakan bahawa Syeikh Mahmud Said Mamduh telah menyelam dalam lautan hadith melalui jalan ahli hadith.

Bahkan, ramai di kalangan ulama’ mutakhirin yang sentiasa menasihati murid-murid mereka supaya membaca kitab penulisan beliau. Di antara mereka ialah Habib Umar ibn Salim al Hafiz. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki sering menjadikan kitab beliau sebagai rujukan kerana kepakarannya dalam bidang hadith.

Beliau juga dianggap sebagai seorang mutafannin pada zaman ini kerana penguasaan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kitabnya menjadi hujjah pada zaman ini. Sebagai seorang yang meletakkan dirinya sebagai khadam hadith Nabi saw dan ahli bait, beliau amat mencintai dan kuat mempertahankan ahli bait Rasulullah saw.
------------ --------- --------- -----
Majlis Maulid Rasul s.a.w 1429H
19 – 21 Rabiul Awal 1429
27 - 29 Mac 2008
Tarikh Masa Aturcara
Khamis 27 Mac 2008
Lepas Maghrib
  • Yassin & Ratib Al-Haddad
Lepas Isyak
  • Ratib Al-Attas & Khataman Dalailul Khairat
Jumaat 28 Mac 2008 9:00 - 12:30 tgh :
  • Perasmian Majlis Meraikan Warga Emas, Ibu Tunggal & Anak Yatim sempena sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Yayasan Al-Jenderami oleh Ybhg Datuk Faizah bt Mohd Tahir (Ketua Setiausaha Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
  • Bacaan Maulid Barzanji (Muslimat sahaja)
  • Tausiyyah oleh Ustazah Hjh Safiah bt Hj Yusuf
Lepas Maghrib
  • Hol Masyaikh Al-Jenderami : Yassin & Tahlil
Lepas Isyak
  • Bacaan Maulid A'zzab
  • Tausiyyah oleh penceramah jemputan
Sabtu 29 Mac 2008
8:00 pagi
  • Bacaan Maulid Burdah dan Qasidah
9:00 pagi
  • Perasmian sambutan Maulidur Rasul s.a.w. 1429 anjuran Yayasan Al-Jenderami bertemakan : "Ke arah mendaulahkan Majlis Maulidur Rasul s.a.w."
  • Kata Aluan oleh Pengerusi Ahli Lembaga YAJ
  • Ucaptama & Perasmian oleh Sohibus Samahah YB Dato’ Sheikh Hj Mohd. Murtadza bin Sheikh Ahmad, Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus
10:00 - 12:00 tgh
  • Seminar 1
  • Sejarah sambutan Maulid
  • Hukum & dalil mengadakan Majlis Maulid
  • Sejarah penulisan Kitab-kitab Maulid & pembacaannya
  • Kelebihan Majlis Maulid
  • Sessi Soal Jawab
    oleh Sheikh Hj. Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki Ar-Rembawi
2:00 - 4:00 ptg
  • Seminar 2
  • “Signifikan Majlis Maulid dan pembacaan kitab Maulid di dalam perkembangan ilmu Tarekah dan metode dakwah Islam masakini”
  • Panel :
    i. Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Al Maliki
    ii. Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
6:15 petang
  • Perarakan Maulidir Rasul 1429
6:45 petang
  • Bacaan Ratib Al-Attas
Selepas Maghrib
  • Bacaan Al-Quran, Qasidah & Tausiyyah
Selepas Isyak
  • Bacaan Maulid Simthudduror (Al-Habsyi) & Tausiyyah
  • Jamuan Malam

    Penceramah jemputan :
    i. Al-Habib Dato’ Syed Umar b Syed Abd.Kadir Al-’Aidrus
    ii. Al-Mukarram As-Sheikh Al-Habib Hassan bin Muhammad b Salim Al-Attas
    iii.As-Sheikh As-Sayyid Afeefuddin b Sayyid Abd.Qadir Mansuruddin Al-Gaylani
  • Nota :
    Sepanjang majlis selama 2 hari itu akan diadakan
    - Pameran sejarah Maulid, gambar majlis maulid seluruh dunia
    - Tayangan VCD Maulid
    - Jualan Kitab Maulid
    - Persembahan qasidah dan hadrah
    - Jualan Barangan Islam


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: