Tuesday, March 11, 2008

Barisan Rakyat Jangan Mendabik Dada, Dengarkan Ini Bicara

Noor@lion.com.my

Barisan Rakyat Jangan Mendabik Dada,
Dengarkan Ini Bicara -
Selepas Piliharaya Umum ke 12 Berakhir

Saya menyeru kita pihak Barisan Rakyat bijak menjaga tingkah laku kita.
Biar kita menang dengan rasa wibawa tanpa mendabik dada. Kita kena bekerja
lebih kuat sehingga PRU 13. Buktikan bahawa negeri-negeri lain yang
dimenangi kita sedamai dan seteguh kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Kepada kaum Cina, India dan kaum-kaum lain, marilah kita terjemahkan
kesemuafakatan bersama kaum Melayu kepada semua di atas kapal-kapal baru
kita. Pastikan kapal kita tidak karam biarpun ombak bergelora. Marilah kita
buktikan bahawa barisan kita lebih akrab dan lebih erat dalam mewujudkan
sinar baru kepada negara Malaysia yang kita cintai.

Kepada para pemimpin, tidak kira Barisan Nasional atau Barisan Rakyat,
kekuatan yang lebih seimbang di dalam dewan rakyat boleh dipergunakan untuk
membataskan diri dari bersikap sambil lewa dan mengenepikan amanah. BN
adalah cerminan BR dan BR adalah cerminan BN. Beradulah dengan profesional
dan kebenaran ke arah Malaysia yang Gemilang, Cemerlang dan Terbilang.

Pemimpin-pemimpin kami, bersama-samalah menanam iltizam dan tekad untuk
menjalankan amanah rakyat dengan perjuangan sebenar yang pastinya akan
disambut dengan linangan airmata kesyukuran kami, rakyat Malaysia.

Kepada Rakyat Terengganu, hamba menyeru agar kita sama-sama berani berubah
seperti rakyat di negeri lain. Jika rakyat negeri lain berani berubah
mengapa kita rakyat Terengganu harus masih menyimpan rasa bimbang dan ragu.
Luaskan lagi penerimaan diri ke atas apa yang bakal dibuktikan oleh Barisan
Rakyat di negeri-negeri yang telah berjaya dimenanginya.

Renungilah dan fikirkanlah apa yang terlintas di dalam benak Nik Aziz
tatkala titisan airmatanya gugur kala berdoa.

Ayuh semua rakyat Terengganu sambutlah tangan Barisan Rakyat di PRU 13 !
Kami bukan ingin bermusuhan sesama kita tapi kami ingin kita bersama dengan
keredhaan-Nya.

RAKYAT MALAYSIA ! Sambutlah cabaran kami, berani untuk berubah. Buktikan
kita semua BERANI BERUBAH dengan memberi peluang kepada Barisan Rakyat di
PRU 13 !

Ikhlas dari :
Seorang penyokong kerdil Barisan Rakyat

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: