Wednesday, March 5, 2008

Awasi penipuan BN dan SPR / PEMIMPIN BESAR UMNO SEMAKIN GENTAR

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)



Awasi penipuan BN dan SPR pada hari mengundi 8 Mac ini
Roy Rasul
Mon | Mar 03, 08 | 6:02:08 pm MYT
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercayai sedang merancang penipuan besar-besaran bagi merampas Kelantan daripada PAS dalam pilihan raya pada 8 Mac ini.

PAS dalam sidang media hariannya di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini, mendedahkan perancangan jahat tersebut berasaskan kepada tindak-tanduk jentera BN dan fakta-fakta yang diperolehi.

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada egensi-egensi kerajaan tertentu bagi membolehkan mereka melaksanakan operasinya.

Katanya, perkara tersebut dapat dilihat melalui modus operandi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan BN.

Pertamanya beliau mendakwa, sepanjang tempoh pendaftaran daftar pemilih, BN dengan kerjasama SPR membuat operasi bagi memboleh wujudnya 'pengundi terancang' di Kelantan.

Antaranya beliau berkata ialah kategori pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi tentera dan polis yang berdaftar sebagai pengundi pos dan diwujudkan dalam pendaftaran pengundi awam menggunakan kad pengenalan awam.

"PAS bersedia mengemukakan bukti wujudnya pengundi yang mempunyai pendaftaran sebagai pengundi pos dan pengundi awam dalam masa yang sama," katanya sambil disokong Setiausaha Pemuda PAS, Sabki Yusof.

Selain itu katanya, pengundi yang dipindahkan ke Kelantan tanpa pengetahuan atau didaftarkan tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalannya di Kelantan.

Katanya, kebiasaannya pengundi kategori ini biasanya tidak bersedia untuk mengundi kerana mereka berada di luar Kelantan.

Seterusnya beliau mendakwa, semasa musim pilihan raya, BN akan menggerakkan jenteranya untuk mengumpulkan 'pengundi-pengundi upahan' dari luar Kelantan dikerahkan ke Kelantan.

"Untuk menggerakkan usaha ini, BN biasanya berselindung di sebalik operasi kempen balik mengundi seperti yang dijalankan sekarang iaitu 'pakat kelik ngundi'.

Malah dakwanya, PAS difahamkan BN sanggup membayar upah sebanyak RM300 sehingga RM600 setiap orang yang turun mengundi ke Kelantan.

Tawaran tersebut katanya, dikemukakan kepada sesiapa saja yang berminta tanpa perlu memastikan sama ada orang itu pengundi kelantan atau tidak.

Operasi seperti itu dakwanya, dilaksanakan BN untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004 lalu.

Umpamanya beliau berkata, berlakunya pertambahan jumlah pengundi dalam daftar pemilih Terengganu yang luar biasa sejak tahun 2000 hingga 2004.

Bahkan katanya, PAS menerima maklumat perjalanan-perjalan an yang akan membawa pengundi-pengundi upahan (pengundi hantu) di seluruh negara termasuk daripada beberapa universiti tempatan.

Katanya, di atas semangat pertahankan demokrasi, PAS akan melakukan apa saja tindakan bagi menghalang pengundi-pengundi hantu daripada masuk ke Kelantan dan Terengganu.

Sehubungan itu katanya, PAS mencabar SPR, BN dan semua pihak yang dikaitkan di dalam dakwaan tersebut untuk mengakui atau menafikan dakwaan tersebut dan PAS bersedia untuk mengemukakan mana-mana bukti seperti yang dinyatakan dan bersedia untuk memberi pendedahan.

"PAS akan menghantar sesalinan aduan dan pendedahan ini kepada SPR serta pihak-pihak terbabit dan PAS akan mengulangi pendedahan itu sepanjang baki kempen pilihan raya sehingga pihak-pihak yang terbabit menjelaskan kedudukan masing-masing, " tegasnya. - mr



Din Merican

PEMIMPIN BESAR UMNO SEMAKIN GENTAR

Gelombang undi menyebelahi parti-parti luar kerajaan, iaitu KeADILan, PAS dan DAP semakin besar. Di merata tempat sambutan yang diberikan oleh rakyat sangat-sangat menggalakkan. Mereka berharap dan percaya parti-parti ini akan memenangi jauh lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen dari yang lalu.
Cili Api rasa untuk menang dan terus berkuasa memang sulitlah, terutama sekali dengan segala penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO-BN yang terus memperalatkan SPR dan media. Tetapi manalah tahu. Semua ini di tangan rakyat. Dengan sokongan mereka dan izin Allah macam-macam boleh berlaku.

Pembohongan besar-besaran dilakukan terutama oleh TV dan akhbar-akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris yang dikuasai parti atau nomini parti-parti komponen BN. Mereka mendakwa hampir separuh ruang akhbar dan masa TV diberi kepada parti-parti lawan. Bohong! Cili Api cabar supaya TV pembohong ini memberikan 5 minit saja pada jam 2 pagi untuk tiap-tiap pemimpin parti lawan menerangkan manifesto parti mereka.

Ruang dan masa tersebut ialah untuk melaporkan kritikan dan kutukan mereka terhadap pemimpin dan parti-parti yang mencabar UMNO-BN. Sebab mereka takut KeADILan menang, mereka tidak memberi liputan untuknya. Sebab bimbang akan pengaruh Anwar, mereka mengharamkan siaran ucapan, aktiviti serta Anwar dan Wan Azizah, terutama sekali melalui TV. Bahkan mereka mahu peralat media untuk menghentam memfitnah pribadi Anwar.

Namu begitu pengaruh KeADILan beserta PAS dan DAP berambah kuat. Sambutan yang diberi rakyat kepada Anwar semakin besar. Sehingga sekarang ini ada pemimpin UMNO dan �pengulas politik� murahan yang memberi amaran jikalau parti-parti bukan kerajaan yang dipimpin Anwar menang, maka purak peranda akan berlaku.

Jadi mereka sudah mulai gabra parti-parti yang bekerjasama di bawah pimpinan Anwar mungkin menang dan berkuasa. Ini bukannya dakwaan dari parti-parti bukan kerjaan. Ini semata-mata cerminan rasa cemas pemimpin-pemimpin besar UMNO-BN.

Jadi selain membohong dan menipu mereka semakin bertambah menyogok semua golongan rakyat dengan wang, pangkat dan janji-jani projek serta kontrak. Cili Api kira ini tidak akan memberi kesan sangat, sebab ramai rakyat sudah arif benar dengan segala taktik kotor pilihanraya yang berulang-ulang kali digunakan oleh para pemimpin UMNO-BN untuk terus berkuasa supaya boleh terus pula merompak kekayaan negara.
undikeadilan1.jpg
UNDI PAS




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: