Saturday, March 15, 2008

Awas provokasi hasut Melayu / PAS sokong KM dan TKM baru Pulau Pinang

"Tegak Iman" tegakiman@yahoo.com

Awas provokasi hasut Melayu Pulau Pinang demonstrasi
Annuar Ismail
Fri | Mar 14, 08 | 10:59:53 am MYT
Parti KeADILan Rakyat Bahagian Bayan Baru pada 13 Mac 2008 telah menerima laporan umum berhubung satu hebahan secara sulit menghasut orang Melayu/Islam berdemonstrasi menentang kerajaan baru Pulau Pinang di Komtar, Pulau Pinang pada 14 Mac 2008.

Pihak KeADILan dan gabungannya bertegas tidak akan terlibat perhimpunan ini dan ia dipercayai didalangi oleh pihak-pihak pembangkang untuk negeri ini.

Pihak parti bahagian ini dimaklumkan juga kehilangan bendera-bendara KeADILan yang diletakan di beberapa tempat dan jalan-jalan sekitar bahagian ini.

Sehubungan itu, kami bimbang bendera-bendera kami akan disalah gunakan untuk tujuan yang dimaksudkan.

Suatu laporan polis berkenaannya telah dibuat di Balai Polis Sungai Nibong, Bayan Baru pada 11.00 malam, 13 Mac 2008 oleh Ketua Penerangan KeADILan Bayan Baru, Annuar Ismail bersama-sama jawatankuasa bahagian. Turut hadir adalah ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.

KeADILan meminta semua pihak tidak terlibat usaha jahat yang telah dilakukan dengan menimbulkan ketegangan kaum dengan tujuan menimbulan keadaan cemas dalam negara akibat dihimpit kekalahan teruk parti-parti pembangkang negeri ini.

ANNUAR ISMAIL
Ketua Penerangan Bahagian Parti KeADILan Rakyat Bayan Baru - mr

Mohd Sabri Said
Fri | Mar 14, 08 | 10:32:25 am MYT
PULAU PINANG, 14 Mac (Hrkh) - PAS Pulau Pinang menyokong penuh perlantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, Timbalannya, Mohd Fairuz Khairudin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan Profesor Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri ke-2.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, PAS juga bersedia bekerjasama dengan kerajaan baru pimpinan DAP semata-mata mahukan pembangunan dan pembelaan terhadap masyarakat Islam tetap terpelihara.

Bagi PAS apa yang sesuai dilaksanakan oleh kepimpinan baru itu nanti biarlah memberi impak kebaikan kepada semua rakyat serta jauh berbeza daripada layanan Barisan Nasional (BN) selama ini.

"PAS ucap syabas kepada kepimpinan baru dan bertekad akan bekerjasama untuk menjayakan hasrat kerajaan untuk masa depan rakyat," ujarnya ketika dihubungi. - mns


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: