Wednesday, March 19, 2008

AWAS! BN Sedang Pasang Jerangkap Samar – Dr. Aziz Bari

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

AWAS! BN Sedang Pasang Jerangkap Samar – Dr. Aziz Bari
Posted on Tuesday, March 18 @ 11:51:00 MYT by greenboc
Artikel
Oleh Tazmizi Mohd Jam


aAKHBAR web malaysiakini. com jam 11.30 pagi tadi melaporkan tentang keharusan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Barisan Rakyat mengengkari kontrak dan perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Laporan itu memetik pendapat Profesor Dr Abdul Aziz Bari (foto) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Akbar web yang sama kemudian melaporkan, sekitar jam 6.30 petang, bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengkaji perjanjian dan komitmen yang dibuat oleh Kerajaan BN sebelum ia jatuh pada pilihan raya 8 Mac lalu.


Berdasarkan perkembangan ini, saya menghubungi Profesor Undang-undang UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari untuk mendapatkan penjelasan.



Beliau menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri itu perlu berhati-hati dan tidak terus memberi komitmen kerana meskipun dari segi undang-undang mereka terikat dengan komitmen kerajaan yang lalu ia terpulang sama ada komitmen itu sah atau tidak.


“Jika ada kecacatan undang-undang maka kerajaan yang ada sekarang tidak perlu mematuhi perjanjian atau komitmen itu,” tegas Dr. Abdul Aziz lagi.


Beliau menyambung, “banyak aspek yang perlu dilihat. Ini termasuk sama ada kontrak, perjanjian atau MoU itu dibuat selepas dewan dibubarkan dan kerajaan itu hanyalah kerajaan sementara yang tidak boleh membuat komitmen yang besar”.


Sekiranya ini wujud kerajaan negeri berkenaan boleh memilih untuk tidak menghormati perjanjian berkenaan.


“Dan sekiranya pihak berkenaan tidak puas hati mereka boleh membawa kes mereka ke mahkamah,” jelasnya.


Dr. Abdul Aziz menambah ketika PAS mengambilalih Kelantan selepas pilihan raya 1990, negeri itu dilanda hutang sekitar RM700 juta.


“Itulah yang dilakukan oleh Umno selepas ia memerintah Kelantan selama 12 tahun mulai 1978,” katanya.


Bagaimanapun, kerajaan PAS berjaya membayar hutang itu tanpa menjejaskan perbelanjaan mengurus seperti membayar gaji, elaun dan lain-lain.


“Dan sekarang ia tinggal RM11 juta yang merupakan bunga hutang berkenaan. Yang lucunya Tan Sri Muhyiddin Yasin mendakwa Kelantan hampir bangkrap sedangkan Johor masih mempunyai hutang lebih RM800 juta dengan Kerajaan Pusat”, ujar Dr. Abdul Aziz lagi.


Profesor Undang-undang UIAM itu juga mengingatkan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan bahawa pegawai-pegawai Persekutuan yang menduduki EXCO negeri secara ad hoc dan ini mungkin boleh menimbulkan masalah.


“Di Kelantan dan Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Bagaimanapun di Pulau Pinang, Selangor dan Perak mereka adalah pegawai Persekutuan dari perkhidmatan PTD,” jelas beliau lagi.


Beliau mengingatkan pegawai-pegawai ini, seperti yang berlaku di Kelantan, setia kepada arahan pihak Persekutuan dan mungkin boleh menyebabkan kerajaan negeri bermasalah.


“Apa pun di semua negeri, termasuk Kelantan dan Kedah, YB Penasihat Undang-undang Negeri adalah pegawai-pegawai dari Kamar Peguam Negara,” katanya.


Bagaimanapun, Dr. Abdul Aziz menegaskan adalah tidak salah jika kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mendapatka


Kadang-kadang, dedah beliau, pegawai-pegawai ini tidak berkualiti dan memberi nasihat yang tidak betul.


Saya ajukan soalan, kalau begitu bagaimana negeri-negeri ini hendak menangani masalah itu?


Dr. Abdul Aziz menjawab, “Sebab itulah saya banyak kali menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan supaya masalah-masalah ini dapat ditangani”.


Profesor Undang-undang UIAM itu menegaskan tanpa kerajaan Barisan Rakyat di peringkat Pusat, agenda perubahan dan fajar baru yang diwar-warkan oleh Anwar akan tinggal slogan yang akan disabotaj oleh BN melalui
struktur pentadbiran mereka.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: