Tuesday, March 11, 2008

Apakah FOMCA Barua BN?

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Apakah FOMCA Barua BN?
Tarikh : Friday, March 07 @ 20:52:21 MYT
Topik : Maklumat


Oleh Y.K.

 Salam Sejahtera..
Saya rasa terpanggil untuk mengemukakan beberapa persoalan berhubung komen-komen Dato' N. Marimuthu, Presiden FOMCA semasa rancangan Wanita Hari Ini di TV3 yang disiarkan pada hari ini, 6hb Mac 2008. Secara jelas, beliau kelihatan seperti seorang agen Barisan Nasional dan bukan sebagai seorang yang boleh diberi kepercayaan mempertahankan hak-hak pengguna.


Beliau antara lain menyatakan bahawa kenaikan harga petrol adalah perlu dalam keadaan kerajaan terpaksa menanggung bebanan subsidi yang hampir sekali ganda dari harga yang ditawarkan pada masa ini. Sambil membandingkan harga petrol di Malaysia dengan Singapura, Indonesia dan Thailand yang bunyinya senada dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, beliau bersetuju bahawa kenaikan petrol terpaksa dilakukan kerana kenaikan komoditi yang sama turut berlaku di pasaran antarabangsa.

Apakah Dato' N.Marimuthu tidak mengetahui bahawa kesemua negara yang dijadikan perbandingan dalam isu harga petrol ini bukan merupakan negara pengeluar minyak. Malah negara-negara tersebut terpaksa mengimport minyak bagi memenuhi permintaan dari rakyat. Berlainan senarionya di Malaysia yang merupakan sebuah negara pengeluar minyak dan sangat wajar menawarkan harga minyak yang munasabah berserta subsidi. Malah kenaikan harga minyak/petrol ini sebenarnya hanya akan meningkatkan lagi keuntungan selepas cukai Petronas sepertimana yang dicatatkan oleh Petronas sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Kalau betul Dato' Marimuthu pakar seperti didakwa dalam temubual tersebut, sepatutnya beliau membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga minyak di Brunei, Emeriah Arab Bersatu, Kuwait dan sebagainya. Sekali lagi, watak seorang agen Barisan Nasional terserlah di sebalik topeng sebagai Presiden FOMCA yang sepatutnya meletakkan kepentingan pengguna melebihi dari mana-mana pihak.

Justeru, saya mencadangkan agar Dato' Marimuthu meletakkan jawatan sebagai Presiden FOMCA dan bertanding di dalam mana-mana pilihanraya di negara kita selepas ini sebagai calon Barisan Nasional. Jangan cuba jadi jagoh isu-isu kepenggunaan tetapi pada masa yang sama menikus takut menongkah arus dengan mengikut telunjuk sang pemiimpin rakus Barisan Nasional.
Sekian..

Source: Unkown
*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: