Monday, March 24, 2008

Apabila Tentera Mula Bersuara : Terkilan Dilayan Seperti Kelas Bawahan

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Sunday, March 23 @ 20:07:28 MYT by greenboc
Artikel Oleh reformasi_muda

"
Tahniah pada kerajaan BN yng berjaya memerintah negara. Sekalung tahniah juga kepada Barisan Rakyat iaitu PAS, DAP & PKR yang berjaya mentadbir 5 buah negeri yang menyaksikan Malaysia subur dengan demokrasi. Pada yang memerintah, lakukan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dengan telus dan adil. Jangan persiakan amanah rakyat kepada anda kerana "Suara Rakyat Suara Keramat".


Apapun, ingin saya tegaskan disini bahawa anggota tentera adalah berkecuali dalam berparti. Tak kira kerajaan sedia ada mahupun Parti Pembangkang yang memerintah, kami tetap menjalankan tanggungjawab yang tak berbelah bagi pada pemimpin dan Negara Malaysia Khasnya.


http://angkatantent era.blogdrive. com


Sebagai warga anggota Tentera, adalah terkilan apabila kehadiran tentera di negara ini dipandang sepi oleh pemimpin negara samada kerajaan mahupun pembangkang. Dalam belanjawan setiap tahun sudah pasti Polis diberi banyak kemudahan dan tambahan elaun bagi membantu sara hidup mereka yang kini semakin naik. Manifesto pilihanraya kerajaan mahupun parti pembangkang sekiranya mentadbir Malaysia tidak menyentuh pun soal kebajikan anggota tentera tetapi yang lebih di fokuskan adalah kebajikan anggota polis mahupun guru. Adakah kehadiran kami di Malaysia ini tidak berharga?


Umum mengetahui pertahanan tentera yang mantap adalah aspek utama dalam keselamatan Negara. Harapan bahagia selama ini apabila Dato Seri Najib diumumkan sebagai Menteri Pertahanan yang akan membawa sinar bahagia oleh warga ATM khasnya hanya umpama mengharap bulan jatuh ke riba. Suara dato Najib dalam membela anggota tentera dibawah kementeriannya tidak berkumandang. Apa lagi yang boleh kami harapkan agar nasib kami terbela?. Cemburu terlekat dihati ini apabila semasa Pak Lah memegang jawatan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri setiap tahun ada berita baik pada anggota polis samada kenaikan gaji, elaun mahupun sebaliknya ketika di bawah kementerian beliau.


Mungkin kerana kami sudah dilatih agar setia pada kepimpinan membuatkan kami tidak penting? Harus di ingat, kebanyakan calon yang menang pilihanraya melibatkan calon dari Parti yang ditunjangi kerajaan berjaya dan menang adalah disebabkan dari kami (Pengundi Pos). Seharusnya jasa kami tidak banyak pun, sedikit jadilah untuk di balas.


Umum juga mengetahui bahawa anggota tentera tidak dibenarkan membuat kerja sampingan di luar. Sekiranya ada, tindakan tatatertib akan di ambil pada yang engkar. Periuk nasi kami terhad pada gaji pokok serta elaun khidmat semata-mata. Kami juga insan biasa yang ada isteri di mana menanggung anak sekolah lagi, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya. Gaji bersih anggota ada yang sehingga RM400 sebulan di mana membayar kereta, anak bersekolah, pengasuh anak dan sebagainya memandangkan gaji pokok RM1350 sebulan belum lagi ditolak dengan lembaga Tabung Angkatan Tentera, Potongan makanan, insurans dan sebagainya. Hanya elaun RM115 yang diterima sebagai elaun khidmat sahaja yang kami merasa. Kenaikan elaun hingga RM600 bagi anggota Komando hanya di rasai oleh mereka sahaja dan bagi kami yang sebagai anggota biasa ini di pandang sepi seolah-olah tidak berkepentingan.


Kami juga tidak mengharapkan kecemerlangan apabila sudah bersara nanti kerana duit pencen kelak hanya akan kami nikmati separuh dari gaji sekitar 500 ke 600 ringgit sebulan. Pada pilihanraya lalu, tentera seolah-olah malas untuk mengundi memandangkan undi atau tidak nasib kami sama sahaja tidak seperti rakyat lain di janjikan dengan bermacam-macam janji pilihanraya.


Harapan yang teramat di harapkan agar suara kami dapat di suarakan di Parlimen nanti tidak kiralah usul ini dibawa oleh kerajaan mahupun pembangkang yang memandang berat kebajikan kami sebagai anggota tentera.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: