Sunday, March 16, 2008

APA SUDAH JADI DENGAN NEGERI KECIL DI UTARA INI

"dsjkamarul" dsjkamarul@gmail.com

Majoriti wakil BN sokong Isa
Mar 15, 08 8:21pm
Majoriti wakil rakyat BN menyokong menteri besar baru Perlis Datuk Mat Isa Sabu.

Malah, satu-satunya wakil PAS Rus'sele Eizan dilaporkan turut menyokong keputusan Raja Perlis.

Wakil Pauh, yang juga adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Radzlan Putra Jamalullail, berkata 10 wakil rakyat BN termasuk beliau sendiri telah bertemu Perdana Menteri dan Raja Perlis semalam menyatakan sokongan kepada Mat Isa (foto), lapor laman web New Straits Times hari ini.

Laporan itu menyebut hanya empat wakil rakyat menyokong bekas menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dua daripada mereka - Abdullah Hassan dan Jafperi Othman - di bahagian Arau, masing-masing menang di Sanglang dan Guar Sanji.

Shahidan ialah ketua bahagian Arau. Sementara kerusi parlimen itu pula dimenangi adiknya Datuk Ismail Kassim.

Dua lagi yang menyokong pengerusi BN negeri itu, Khairi Hassan (Mata Ayer) dan Mansor Jusoh (Chuping).

Istana melantik Mat Isa dengan mengetepikan Shahidan yang disokong pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mat Isa, orang lama dalam politik Perlis, ialah bekas setiausaha sulit Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, seorang daripada dua ahli parlimen di negeri itu yang didakwa Shahidan terlibat dalam peminggirannya.

Sementara itu Bernama melaporkan Perdana Menteri berjanji menyelesaikan krisis pelantikan MB Perlis yang membingungkan rakyat negeri itu secepat mungkin.

Wakil Beseri, Mohd Rawi Kassim - seorang daripada 10 yang menyokong Mat Isa - berkata Abdullah akan berbincang dengan istana Perlis berhubung perkara itu.

"Saya jumpa Perdana Menteri dan tiada keputusan (siapa Menteri Besar)," beliau dipetik sebagai berkata hari ini.

Mat Isa turut hadiri di pertemuan itu yang diundang oleh Abdullah dan berlangsung selama selama 45 minit.

Mat Isa bagaimanapun enggan bercakap kepada media.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: