Saturday, March 22, 2008

Anwar larang wakil rakyat PKR digelar YB

"Syed Mohamed" smsj44@gmail.com

Untuk maklumam semua ahli Keadilan:

Saya telah diberitahu, bahawasanya pada perjumpaan di rumah resmi MB
Selangor pada Isnin 17 Mac lalu, yang melibati ahli-ahli MPT dan semua wakil
rakyat PKR dari seluruh negara, DSAI telah mengeluarkan arahan berikut:-

1. Semua wakil rakyat Keadilan akan terus dipanggil oleh ahli Keadilan lain
dengan nama biasa mereka, iaitu tanpa gelaran YB di depannya. Ini kerana
gelaran YB akan mewujudkan satu tabir yang tak sepatutnya wujud diantara
kita yang dulunya sama-sama berjuang, sama-sama merasa keperitan ditindas,
diburu, disembur air asid, disembur gas pemedih mata, dsbgnya.
Oleh itu, semua AP dan ADUN PKR tidak dibenarkan digelar sebagai YB oleh
mana-mana warga PKR sendiri.

2. Semua wakil rakyat Keadilan tidak dibenarkan bertindak atau berperangai
angkuh kerana kemenangan mereka adalah sebenarnya di atas usaha, perjuangan,
dan pengorbanan oleh beribu-ribu ahli-ahli dan penyokong Keadilan semenjak
1999 lagi, dan tidaklah sangat atas kelebihan peribadi mereka sendiri.

Justeru itu, ADUN Kota Anggerik telah pun meminta warga PKR di kawasannya
memanggilnya dengan nama lamanya sahaja, tanpa YB di depan , iaitu Hj Yaakob
Sapari.

Wassalam
Syed Mohamed

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: