Wednesday, March 12, 2008

Anwar: Kami kerajaan dalam penantian

"Chemical Romance" poji2ya@gmail.com

Anwar: Kami kerajaan dalam penantian
Mar 11, 08 5:18pm
Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiga parti yang bergabung tenaga mencatat kemenangan besar dalam pilihanraya umum Sabtu lalu adalah merupakan "kerajaan dalam penantian".

"Saya tidak gemar istilah 'ketua pembangkang'. Kami adalah 'kerajaan dalam penantian'," katanya ketika ditanya sama ada beliau melihatnya diri sebagai bakal perdana menteri yang akan datang.

Ketua umum PKR itu, yang juga timbalan perdana menteri, juga berkata, beliau tidak tergesa-gesa untuk kembali ke parlimen apabila tempoh larangan ke atasnya bertanding dalam pilihanraya tamat bulan depan.

"Keutamaan saya sekarang ialah membantu dan menolong kerajaan-kerajaan negeri (yang dimenangi barisan pembangkang) ," katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Barisan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS berjaya merampas empat kerajaan negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dengan tambahan kerusi.

"Saya akan menghadiri sidang parlimen. Tetapi duduk di galeri awam," katanya.

Anwar sebelum ini berkata, beliau akan kembali ke parlimen dengan bertanding dalam pilihanraya kecil di salah sebuah kerusi parlimen yang dimenangi partinya, apabila tempoh larangan ke atasnya tamat.

PKR menang 31 kerusi parlimen - jumlah terbanyak di kalangan parti-parti pembangkang - diikuti oleh DAP (28) dan PAS (23). Barisan Nasional (BN) pula menang 140 daripada 222 kerusi parlimen.

Turut terpilih ialah isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Islam yang juga presiden PKR di parlimen Permatang Pauh manakala anak perempuan mereka, Nurul Izzah, yang berjaya menewaskan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil di parlimen Lembah Pantai.

Source: Unknown

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: