Tuesday, March 4, 2008

Antara Keazaman Pas dan Kekejaman Umno

From: warga_kilang@yahoogroups.com on behalf of Zouls Ent.
Subject: [warga_kilang] Mengimbau Sejarah - Antara Keazaman Pas dan
Kekejaman Umno



resend artikel lama. Kejahatan Umno / BN (Perikatan) dan keazaman
Kerajaan Pas Kelantan. Di sebelah jambatan yg di dirikan Kerajaan Pas
inilah Pak Lah turun pada Ogos 2007 untuk merasmikan pembinaan jambatan
baru di sebelah jambatan Sultan Yahya Petra yg di dirikan Pas. Mungkin
bila siapnya kelak BN akan menukar sejarah dgn memahat monumen jambatan
di dirikan Kerajaan Barisan Nasional.


From: Zul zul@unisem.com.my
Subject: [warga_kilang] Mengimbau Sejarah - Antara Keazaman Pas dan
Kekejaman Umno

Mengimbau Sejarah -
Antara Keazaman Kerajaan Pas Kelantan Dan Kekejaman Umno Dan Pusat

Dari bentuk-bentuk penganiayaan dan diskriminasi ketara oleh penyokong
Umno dan kerajaan Pusat terhadap kerajaan Pas Kelantan telah melahirkan
suatu keazaman dan semangat yg kental di kalangan pemimpin dan Menteri
Besar pada masa itu. Ini di kuatkan dengan semangat dan dorongan
majoriti rakyat Kelantan pada masa itu yg bersama di belakang kerajaan
negeri pimpinan Pas.

Walaupun Kelantan tidak menerima peruntukan pembangunan dari Pusat,
tetapi pembangunan tetap di teruskan bagi melunaskan tanggungjawab sebuah
kerajaan yg di pilih oleh rakyat Kelantan. Dan pembangunan pada masa
itu walaupun perlahan tetapi berjaya membangunkan Kelantan mengikut kadar
dan kemampuan tersendiri.

Salah satu bukti kesungguhan kerajaan Pas pada masa itu ialah
menunaikan hajat rakyat Kelantan yg mahukan sebuah jambatan di bina bagi
menghubungkan jajahan Pasir Pekan dan Kota Bharu yg dipisahkan oleh sungai
Kelantan. Walaupun dengan kekurangan kewangan dan sumber dana kecekalan
kerajaan Pas pada masa itu telah mampu membina sebuah jambatan yang
berharga $5 juta (pada masa itu) dalam keadaan miskin dan tanpa mendapat
bantuan satu sen pun dari kerajaan Pusat. Nilai jambatan itu pada hari ini
melebihi $15 juta ringgit.

Antara permintaan rakyat dan usaha kerajaan Pas pada masa itu
orang-orang Umno ketika itu telah mengejek dan membuat bahan jenaka kedai kopi
terhadap usaha kerajaan Pas membina sebuah jambatan yg merentangi sungai
Kelantan. Mereka ketawa dan tidak percaya kerajaan Pas yg semua orang
tahu miskin mampu membina jambatan yg memerlukan belanja berjuta.
Sehingga kan pada masa itu, ada orang Umno yg bernazar akan telanjang bogel
berlari atas jambatan kalau ia mampu di bina oleh kerajaan negeri
(Pas). Itu antara cerita hangat pada masa pembinaan jambatan itu berjalan.

Dengan Kuasa Allah dan kecekalan kerajaan Pas, jambatan itu telah dapat
di siapkan walaupun dengan kesempitan wang. Ia dapat di siapkan dengan
sempurnya dan teguh di gunakan hingga hari ini.

Jambatan itu di beri nama Jambatan Sultan Yahya Petra. Ia merupakan
satu mercu tanda sebuah kerajaan yg berlandaskan Islam dan satu tamparan
hebat buat Umno lantaran tiada satu pun kerajaan negeri pimpinan Umno yg
mampu membina suatu binaan, projek besar untuk kegunaan semua rakyat
tanpa bantuan kerajaan Pusat. Kerajaan Pas Kelantan telah membuktikan ia
mampu. Tiada satu pun jambatan di Malaysia di bina sendiri oleh
kerajaan pimpinan Umno. Hatta untuk buat titi parit pun menuntut peruntukan
dari JKKK.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: