Tuesday, March 11, 2008

ANALISA : Statistik undi popular

"nayan man" nayan_mn@yahoo.com

STATISTIK UNDI POPULAR
Sampai kini masih belum ada statistik mengenai jumlah undi popular. Barisan Najis dan SPR janganlah main sorok-sorok lagi. Sila tunjukkan ketelusan. Sampai semalam, penganalisa- penganalisa jemputan oleh RTM1, Astro AWANI, TV3 dan BRTV masih lagi "talk cock". Itulah akibatnya kalau menggunakan media arus perdana secara keterlaluan. Sehinggakan penganalisa- penganalisa ini menjadi begitu stereotaip dan tidak berupaya untuk menganalisa sesuatu itu dari pelbagai sudut. Yang paling mengaibkan mereka ialah kesemuanya bergelar profesor, penasihat menteri dan "penganalisis politik". Yang paling mengkelakarkan ialah mereka menunjukkan simtom terkejut beruk apabila keputusan diumumkan satu persatu secara langsung di tv arus perdana. Betapa kelihatan bodohnya "profesor" dan "penganalisis" di rancangan siaran langsung. Nampaknya mereka jauh ketinggalan dengan masyarakat internet di negara ini terutamanya muda mudi orang biasa akibat dibutakan oleh media arus perdana.

Penggunaan media perdana kini diisytiharkan sudah lapuk. Rakyat telah membuktikannya. Semakin diguna, semakin menyampah rakyat. Semakin banyak tayangan iklan BN, semakin banyak rakyat memikirkan wang pengiklanan yang dibazirkan, entah-entah duit pembayar cukai.

Bila sudah makan diri, semua rancangan keputusan pilihanraya ditamatkan secara anti-klimaks. Mesej BERSIH amat jelas iaitu platform yang adil untuk pilihanraya telah diabaikan. Perogolan media arus perdana samada sebelum atau selepas pilihanraya hanya akan memburukkan lagi luka kerana rakyat merasakan kecerdikan mereka dicabar.

Bila pembangkang menang, BN canangkan bahawa SPR adil. Siapakah BN kepada SPR sampai BN pulak yang mempertahannya? Bodoh bukan? Ia secara tidak langsung menambahkan lagi kepercayaan rakyat tentang konspirasi antara SPR dan BN. Lagi mengkelakarkan ialah SPR tak cakap apa-apa pun, yang BN melompat macam beruk kenapa? JANGAN ANGGAP RAKYAT MASIH BODOH!!! Barisan Rakyat sepatutnya telah memerintah jika bukan kerana penipuan demi penipuan yang terpampang dan terdedah di dalam internet yang nyata lebih kredibel daripada pelacur-pelacur media perdana.

Semua rakyat internet kini lebih berhak digelar profesor dan penganalisa politik daripada pengampu-pengampu yang dibutakan oleh media arus perdana.

KEBEBASAN MEDIA IALAH INTIPATI DEMOKRASI. BN MUDAH LUPA......


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: