Monday, March 31, 2008

ADUN22 - Menelan Ludahan Adalah Budaya Mereka

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com


Posted on Monday, March 31 @ 08:35:31 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Ibrahim Baba



 Beberapa ahli professional yang menjadi kenalan rapat IB sejak beberapa tahun bertanya berhubung berakhirnya kemelut perlantikan MB di Terengganu. Mereka ini yang terlalu asyik dengan bidang keprofessionalan mereka, ramai yang tidak kisah untuk mengundi, hairan dengan tindak-tanduk ADUN22 yang hadir dalam majlis angkat sumpah MB baru Terengganu hari ini.


Kenalan IB mempersoalkan bahawa bukankah ADUN22 ini bertekad untuk memboikot majlis angkat sumpah Mat Said sebagai MB dan bermatian mahukan Idris kekal menjawat MB serta mengugut untuk meletak jawatan dari ADUN jika Mat Said jadi MB?

IB tersenyum sambil memberitahu kenalan-kenalan yang amat kurang berminat dengan politik sebelum ini bahawa itulah budaya orang UMNO. Orang UMNO akan sanggup menelan kembali ludah mereka sendiri malah sanggup juga menjilat najis ketua mereka untuk kepentingan politik peribadi mereka.

Para pemimpin UMNO tidak akan bermatian untuk kepentingan orang lain apatah lagi untuk bersungguh membela nasib orang Melayu kecuali mereka sendiri mendapat sesuatu manafaat dari usaha yang “dijuangkan” mereka itu.

Kalau sesuatu tindak-tanduk itu mengugat kedudukan mereka, tidak akan berani mereka bersuara. Lihat sahaja semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO. Siapa yang berani menegurnya? Malah kita maklum ramai yang berkobar-kobar melaungkan sokongan kepadanya dan menghentam sesiapa sahaja yang menegur Presiden mereka.

Apabila Mahathir sudah tidak lagi berkuasa dan menegur Pak Lah - orang-orang yang sama taat setia dengan Mahathir sebelum ini menjadi musuh-musuh nombor satu Mahathir pula. Itulah budaya orang UMNO.

Begitulah kisahnya apa yang berlaku di Terengganu 2-3 minggu yang lepas. Menurut percaturan ADUN22, jika mereka tidak menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Idris yang disokong oleh Pak Lah, dan jika Idris berjaya menjadi MB untuk penggal kedua, mereka amat takut tindakbalas Idris terhadap mereka jika tidak menyatakan sokongan kepadanya. Mereka semua kenal Idris dengan kesamsengan dan dendam kesumatnya.

Sebenarnya ramai dari ADUN22, dalam pada berlakon untuk berdiri “teguh” bersama Idris, amat mengharapkan orang lain menjadi MB (sesiapa sahaja) asalkan tidak Idris. Empat tahun di bawah pemimpin yang angkuh dan kuku besi itu mereka kerap dimalukan di depan orang, mereka tidak dapat menonjolkan bakat masing-masing kerana sentiasa diperkecilkan oleh Idris dan mereka tahu banyak mana dibolot oleh Idris yang tidak dikongsokan. Sebab itulah Mat Said berani dan yakin untuk terus melawan arus kerana beliau mendapat sokongan tidak kurang dari 11 orang ADUN yang sedia untuk menyokongnya jika tiba pada saat undi tidak percaya.

Setelah tekun mendengar penerangan IB, mereka bersetuju dan kemudian bertanya kenapa pula Mat Said menjadi pilihan Sultan? Insha Allah IB akan cuba ulas dalam posting berikutnya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: