Tuesday, March 25, 2008

Adat Melayu Menderhaka Pada Sultan???

"r r" alternatif2007@yahoo.com

Tarikh : Monday, March 24 @ 20:38:34 MYT
Topik : Artikel


Saya terpanggil untuk menulis dalam laman ini setelah sekian lama hanya menjadi pelayar pasif. Memang adat melayu yang diajarkan oleh UMNO(masakini? ) untuk menderhaka pada sultan dan raja melayu. Cuba kita renungkan kembali sejak dari tahun-tahun 80an hingga sekarang.

Apabila pihak istana mengeluarkan sesuatu kenyataan yang tidak memihak kepada kepimpinan umno/bn, maka para juak-juak ini akan berkata istana tidak boleh masuk campur dalam urusan pentadbiran negara atau politik. tetapi sekiranya sesuatu kenyataan itu sesuai dengan kehendak mereka, maka mereka berkata raja yang adil, bertanggungjawab dan sebagainya.

Marilah kita renung keadaan ini. Dan tidak hairanlah perkara yang berlaku di Terengganu sekarang ini berlaku. Mereka ini akan melakukan apa sahaja walaupun menderhaka kepada raja asalkan niat dan matlamat mereka tercapai. Pergi mamposlah orang melayu, orang cina, orang india dan orang malaysia asalkan aku dapat apa yang aku mahu. Ini budaya UMNO yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Adakan dengan memanggil "natang" kepada istana itu satu perlakuan yang buka sahaja biadap tetapi juga menunjukan kejahatan yang teserlah dari hati nurani mereka ini. Sekiranya dengan sultan mereka boleh buat begini, apatah lagi dengan rakyat jelata.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: