Wednesday, March 12, 2008

Abdullah Ahmad, letak jawatan dan bawa sama penghisap darah

"shah alam" tai_ci_master@yahoo.com

Abdullah Ahmad, letak jawatan dan bawa sama penghisap
darah

Abdullah Ahmad tidak seperti Koh Tsu Koon, bekas Ketua
Menteri Pulau Pinang. Koh sanggup meletak jawatan
sebagai pemangku Presiden parti Gerakan setelah
prestasinya dan prestasi parti Gerakan begitu jijik
sekali dalam pilihanraya kedua belas pada 8 Mac 2008.
Koh kelihatan seperti bermaruah dalam hal ini.

Abdullah sama perangai seperti Samy Vellu. Setelah
orang India Malaysia memberikan markah merah dikad
prestasi wakil yang mereka sokong selama ini, wakil
yang mereka anggap sama seperti tuhan dan wakil yang
sepatutnya membantu mereka, Abdullah dan Samy dengan
muka tak malu masih mahu mengekalkan kuasa.

Sikap Abdullah dan Samy di'ciplak' oleh Tajol Rosli,
bekas Menteri Besar Perak. ADUN Pengkalan Hulu (Keroh)
di kampong saya. Tajol yang saya ibaratkan seperti
lalang, entah dimana dia sekarang. Masih menangiskah
dia?

Tajol pernah melalui stiausaha politiknya, Hasbullah
Othman, marahkan saya kerana surat empat muka saya
kepada beliau yang mencadangkan pembangunan di Hulu
Perak. Tajol dan Hasbullah masih kekampungan. Tidak
dapat menerima pandangan yang bernas.

Saya kurang mengerti kenapa masih ada pengundi di
kawasan saya yang mahukan Tajol. Demokrasi agaknya.

Adakalanya saya berfikir-fikir untuk bertanding dalam
pilihanraya di tempat saya . Menjadi wakil kepada
masyarakat di Hulu Perak terutama sekali di Keroh.
Membangunkan minda penghuni kampung’ku’. Membangunkan
mereka dari segi kerohanian juga.

Apa kata AJK UMNO Bahagian Pengkalan Hulu (Keroh) dan
Gerik pada ketika saya melontarkan fikiran saya itu ?
Mengejutkan.

“Kalau hang takdak duit, hang jangan cuba bertanding.
Sekarang masa duit. Apa yang hang boleh buat kalau
setakat ayak liok(air liur) sahaja. Tak kira parti
mana hang masuk”. Inilah agaknya yang diajar oleh
Tajol kepada anak buahnya di Keroh dan Gerik.

Maka akan rebah dan menangislah kroni Tajol dengan
runtuhnya legasi ‘UMNO dan duit” itu.

Apapun, Abdullah Ahmad, PM Malaysia sewajibnya sudah
pergi. Abdullah pembawa bencana politik di Malaysia.
Kata Tun Dr Mahathir, “dia sepatutnya bertanggungjawab
dengan kekalahan teruk ini”.

Apa lagi Abdullah. Masih belum fahamkah ?

Berangkatlah. Bawa bersama Samy, Tajol, Shafie Afdal
dan Rafidah serta konco-konco penghisap darah rakyat
Malaysia selama ini.

Rumah sudah berkata pergi, kuburpun sudah berkata
mari. Apakah masih mahu tunggu arahan Khairy?

sumber: http://www.alkerohi .blogspot. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: