Monday, February 4, 2008

umumkan lagi projek ‘multi billion dollar’! / CARA BN ISI DANA

BuletinOnline
Selamat datang Pak Lah, bubarkanlah Parlimen segera, umumkan lagi projek ‘multi billion dollar’!

Selamat datang Pak Lah, bubarkanlah parlimen segera, umumkanlah lebih banyak projek ‘multi billion dollar’! Pak Lah apa susah, bukan duit Pak Lah. Gunakanlah sebanyak-banyaknya untuk bantu UMNO Terengganu.

Jangan lupa, kalau datang ke Terengganu, bawa sekali waris-waris hantu, kroni-kroni Patrick Badawi ke, Patrick Khairy ke! Mari ramai-ramai. Jangan membazirkan minyak kapalterbang. Kalau datang dua orang saja dengan Jeanne, tak meriah. Jangan mari dengan jet lama, datang dengan jet yang baru.

Ramai anak-anak nelayan miskin di Tok Jembal, di Seberang Takir nak ‘melangut’ kat tepi ‘airport’, tepi pantai Tok Jembal sebab nak tengok jet baru sekali dengan isteri baru Pak Lah tu.

Kalau nak sampai kat airport nanti tolong jangan lupa, telefon si Shapian ADUN Seberang Takir dengan Si Nasir anak To’ Brahim Fikri tu. Tawarkan kepada dia orang apa-apa projek yang munasabah. Biar dia orang hidup senang asalkan jangan berbalah. Mungkin si Shapian akan mengalah, sebab dia tu kecik sikit dari Nasir. Nasir memang besar, besar kepala. Apa taknya, cita-cita dia nak jadi MB Terengganu, macam Pak dia, walau pun sehari!

Lepas itu dalam perjalanan ke Bukit Besi nanti, minta kereta pengiring tu singgah kat Bukit Payong, ambik Dr Latiff, kalu dia tak sambut Pak Lah di airport. Man Bakar dah pasti sambut, pasal dia duk kat cabinet. Tapi Dr Latiff tu payah sikit. Maklumlah orang ‘educated’. Kalu tak ambik dia takut malu pulak masa perasmian tapak UiTM nanti, takkan Exco Pendidikan tak gi sekali.

Jangan lupa tu Pak Lah wei…. Masa makan tengahhari di Tasek Puteri Bukit Besi tu, kena selesaikan sungguh masalah Man Bakar dengan Dr Latiff tu. Baru ni, Najib mari tak selesai ‘setabok’. Malah kohor parok! Pakat nak ‘kerekoh’ belakang masing-masing!

Kemudian, ‘on the way’ dari Bukit Besi ke Hulu Terengganu tu, pasti kan Ku Putera duduk dekat Pak Lah. Takut dia lari pulak. Sebab hari tu Pak Lah pecat dia dari timbalan Menteri kan! Kena pastikan dia ada. Pasal nak bincang jugak masalah ‘orang-orang ulu’ tu. Kalu tak bincang nanti tak selesai. Timbang tengoklah Pak Lah. Ku Putera tu nak sangat balik ke negeri, nak bertanding kat DUN Terengganu, nak balik tempat asal. Jadi tengoklah, timbanglah, boleh kut si Rosol duk kat Parlimen. Tak pe kalu kurang ‘speaking orang putih’ sikit pun. Dia ngaji ugama, macam Pak Lah jugak. Takkan tak boleh bersaing bila duduk di Pusat nanti.

Jadi, bila selesai hok tu, selesailah masalah tiga bahagian, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu. Kalu tiga bahagian ni selesai, tinggal nak selesaikan hok Jertih. Ikut Pak Lah, nak beri dia bertanding kat mana.

Cuma nak beritahu Pak Lah, kat Jertih tu nampak si Deris tak berapa boleh dah. Sebab silap juga mula-mula hari tu, bila Pak Lah awal-awal pilih dia jadi Pengerusi Perhubungan UMNO masa UMNO kalah hari tu, semua ‘gedebe’ dia dah naik tocang. Sekarang kat Jertih, orang tak hormat kat Pegawai Kerajaan, sebab pegawai kerajaan hok ada-ada di Jertih tu semua duduk di bawah gedebe belaka.

Bila dah ramai gedebe dok ‘pom’ dia hari-hari, Deris pun jadi naik semangat juga. Jadi habis dia baham belaka, sampai orang kampong sendiri pun dia khianat. Kesian ke Pok Nong, pesara JKR, rumah dia kena roboh, dia reda dalam paksa. Sebab hari tu Deris janji nak beri tanah ganti, tapi rupanya Deris ‘berlebong’ je.

Sebab itulah kalu nak bawa Deris ke Pusat pun, molek juga. Pada dia jatuh terguling gitu, lebih baik dia duk kat Pusat. Berilah dia jawatan Menteri penuh, sebab ‘nyaya’ kat Terengganu, dah lama tak ada Menetri Penuh. Cuma Pak Lah kena bincang dengan si Dollah Mat Zin pulak. Tak pe, dia orang akademik. Beri je dia jawatan Naib Kanselor ataupun apa-apa di Universiti Darul Iman atau mana-mana universiti, beres lah tu.

Jadi, bubarkanlah segera parlimen. Paling molek buat pengumuman masa Pak Lah rasmikan Taman Tamaddun Islam malam esok (3 Feb) kemudian isytiharkan Deris bakal jadi Menteri penuh dan Wan Farid jadi MB. Pak Lah Tak perlu bimbang, kalau UMNO tak menang pun, PAS yang akan menang! Pak Lah tak perlu bimbang, kalau UMNO kalah di Terengganu pun, Pak Lah boleh jadi PM sepenggal lagi. Itu pun kalau selesai masalah dengan puak-puak HINDRAF dan juga susu-sakat MCA yang nak minta Timbalan Perdana Menteri kedua!


DPP Bukit Katil

CARA ISLAM HADHARI ISI DANA ORANG SAKIT DENGAN AMALAN MAKSIAT

Inilah Islam Hadhari. Matlamat menghalalkan cara. Apa juga program yang boleh mendatangkan hasil boleh dilakukan walaupun ianya jelas bertentangan dengan islam.

Malah Imam Hadhari sendiri menyaksikan konsert Sheila Majid bagi mengisi dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Pada majlis sama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini itu, Perdana Menteri turut menerima sumbangan bagi mengisi dana Yayasan IJN sebanyak RM870,000 daripada lima penyumbang terbesar.

Penyumbang terbesar dana Yayasan IJN adalah Enfiniti Production sebanyak RM500,000, CIMB Group sebanyak RM120,000, Berjaya Group (RM100,000), KL Kepong Berhad (RM100,000) dan Sapura (RM50,000).

Turut hadir menyaksikan konsert tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dr. Aishah Ong.

Sementara itu, dalam buku cenderamata konsert Sheila Majid untuk bantuan Yayasan IJN, Perdana Menteri memberitahu, konsert itu merupakan satu projek besar anjuran yayasan tersebut dengan matlamat untuk mengutip derma bagi mengukuhkan dana yayasan.

''Kehadiran kita pada malam ini bukanlah semata-mata untuk berhibur tetapi yang lebih penting untuk menghulurkan tangan dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,' ' katanya.

HALAL HARAM TOLAK TEPI. ISI DANA UNTUK ORANG SAKIT DENGAN PROGRAM MAKSIAT. ALAHAI ISLAM HADHARI

JOM BERSIH!!! bersih.org/



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: