Tuesday, February 5, 2008

Umno menghina orang Melayu / Kaum India terletak Kepada BA

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

ALHUSSEYN

Umno menghina orang Melayu

Pimpinan Umno menghina orang-orang Melayu apabila Najib berkata :

�Pemusnahan Kuil Padang Jawa di Klang beberapa hari sebelum Deepavali, tidak akan berulang dan "di pihak mereka, mereka silap, kami minta maaf."

Demikian sikap �apolojetik� Najib bila berhadapan dengan kaum India yang naik marah hingga muncul gerakan �HINDRAF� dan Makhal Sakthy� yang mengancam bukan sahaja kedudukan S.Samy Vellu, malah undi kaum India akan beralih kepada parti Alternatif khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Keadaan tersebut pastinya akan mengancam pihak BN yang bergantung harap kepada undi orang-orang India selama ini.Abdullah Badawi mengakui keadaan tersebut . disini

Tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap pimpinan BN terhadap isu perobohan surau dan masjid orang-orang Islam.Najib tidak bersikap �apolojetik� sebagaimana dia berhadapan dengan orang-orang India yang cuba dipujuk supaya mengundi BN.

Mungkin Najib menjangka orang Melayu sudah lupa tentang peristiwa merobohkan surau dan masjid dan perkampungan mereka; sebab itu Najib lebih bersikap apolojetik kepada orang-orang India.

Sikap Najib dan kenyataan Abdullah menunjukan betapa gundah gulana dan keresahan yang sedang melanda BN semenjak tuntutan HINDRAF dan Makhal Sakthy mengancam peranan MIC yang mewakili orantg-orang India selama ini.

Najib menghina dan memperbodohkan orang-orang Melayu yang dulunya mengundi dan menyokong Umno apabila berkata :

"Malah dalam Umno pun kita kata dulu letak songkok pun boleh menang tapi sekarang kami memberitahu anggota Umno jangan harap ia akan berlaku hari ini,"

Najib mengakui tentang kebijaksanaan rakyat hari ini berbanding sewaktu pilihan raya yang lalu dimana rakyat memberikan undi mereka tanpa mengambil kira siapa yang menjadi calun.

Memang betul kata si Najib � dulu rakyat mengundi atas nama Umno atau BN.

Tetapi kini performance Umno atau BN dah terlalu teruk! Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap Umno atau BN, bermakna rakyat sudah menolak kepimpinan Umno atau BN. Jelasnya , rakyat sudah muak dengan janji-janji Abdullah Badawi dan pimpinan-pimpinan BN ; seperti Samy Vellu , Ong Kah Ting dan termasuklah Najib sendiri!

Statistik menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah kaum India ialah RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022 dan juga kaum Bumiputera RM2,522

Statistik tersebut adalah bukti kegagalan Umno dalam memperjuangkan ajenda Melayu sebagaimana yang selalu dilaung-laungkannya dan hanyalah sebagai retorik untuk menagih simpati dan sokongan semata-mata.


CINA ISLAM

Masa Depan Kaum India terletak Kepada BA bukannya BN

BN makin terdesak dengan situasi kaum India yang jelas beralih sokongan kepada BA. Semakin hampir dengan tarikh PR semakin banyak janji yang kita yakin akan keluar dari mulut Pemimpin BN untuk kaum India. Terkini Najib nampaknya bersungguh-sungguh ingin membantu orang India.


Najib Tun Razak hari ini berkata, masa depan kaum India Malaysia terletak pada BN dan mereka harus bekerjasama di dalam sistem itu dan bukan menentangnya. Najib yang juga timbalan pengerusi BN mengingatkan komuniti India bahawa hanya kerajaan BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka."Teruskan mempercayai BN. Ini merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya, " katanya semasa merasmikan konvensyen khas satu hari MIC untuk pengerusi cawangan di sini hari ini.

Persoalannya sekarang orang India sudah bersama-sama dengan bangsa lain iaitu Melayu dan Cina untuk menentang dasar BN yang berat sebelah. Umumnya mengetahui dasar BN hanya mementing kroni dan adik beradik. Apa yang disifatkan Sang Kelembai dengan "kerajaan tiga beranak" adalah sesuatu yang telah menjadi rahsia umum.

Sudah sekian lama sejak 50 tahun lepas semua bangsa di Malaysia memberi peluang kepada BN untuk memerintah Malaysia. Namun nasi telah menjadi bubur atau telah hangit semuanya. Kalau beruk dibagi bunga mungkin dikeroyoknya sahaja. namun UMNO dan BN diberi bunga, bukan dikeroyok namun dimakannya sekali. Demikianlah rosaknya negara akibat dasar BN yang tidak betul.Teruknya.

Marilah kita beralih selama 5 tahun dengan memberi peluang kepada kerajaan BA, kalau kami tidak baik dari BN atau sama saja dengan BN dalam melaksanakan amanah rakyat. Kami persilakan rakyat memilih kembali BN.



(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: