Monday, February 4, 2008

Umno Johor Di Landa Badai

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com



Kegusaran dan kebimbangan pemimpin-pemimpin Umno negeri Johor baik yang bertanding di Parlimen mahupun dewan undangan negeri bukanlah menjadi suatu rahsia lagi.
Masing-masing cuba menaikkan nama secara politik murahan di media-media lapuk dan puaka milik parti pemerintah. Makanya disana sini banyaklah kenyataan seolahnya merendah diri tidak kisah bertanding di manapun samada bertanding di Parlimen atupun DUN dan ada juga yang tidak kisah sekiranya tidak terpilih untuk bertanding.
Pada piliharaya kali ini negeri Johor akan mempunyai 1,100 peti undi untuk 26 kerusi Parlimen dan 56 DUN untuk dipertandingkan.
Di Johor sekurang-kurangnya empat nama disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Johor, menggantikan Dato' Abdul Ghani Othman yang dikatakan akan ditukarkan dan dibawa kembali ke pusat.
Mereka-mereka yang tersenarai ialah Dato' Dr Abdul Latiff Ahmad, Dato' Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (Ahli Parlimen Pulai), Razali Ibrahim (Ahli Parlimen Muar) dan Dr Shahruddin Md Salleh dan tidak lupa juga Dato' Mohamad Khaled Nordin yang heboh pada pilihraya umum tahun 2004 yang lalu sebagai bakal MB.
UMNO Johor juga dijangka akan meletakkan calon yang benar-benar berkemampuan dan berkaliber untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang yang dimenangi secara percuma oleh PAS melalui Dr Mohd Ramli Md Kari bilamana pencalonan wanita Umno di tolak oleh SPR gara-gara kesilapan teknikal.
Nampaknya keyakinan Umno Johor semakin goyah, biarpun disuatu sudut negeri ini adalah kubu kuat dan selamat untuk sesiapapun pun bertanding, apa guna kegusaran itu kerana calon bukan menjadi persoalan buat rakyat yang sudah lama ditipu. Sekiranya calon itu diganti dengan 'tong gas' pun UmnoBN pasti menang.
Kredibiliti Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman juga semakin tercalar gara-gara beliau adalah penerus dan penyambung legasi jahat Tan Sri Muhyidin Yasin yang menggadaikan tanah-tanah orang melayu kepada bukan bumiputra dan bangsa asing sehingga bangsa melayu hilang jati diri terhimpit dalam arus kemodenan negeri walhal masih ramai lagi orang melayu yang duduk disetinggan dan rumah-rumah flat rakyat.
Sesiapa yang pernah bertandang di Johor Bahru pasti tidak akan lupa dengan bangunan-bangunan tinggi yang semakin banyak menjadi gajah putih dan ditinggalkan pembeli dan penyewa yang tidak mampu meneruskan perniagaan.
Begitu juga nasib kilang-kilang dan gudang yang ada di negeri Johor semakin lama semakin banyak ditinggalkan kosong tidak berpenghuni gara-gara perniagaan yang semakin rugi dan tidak mampu berdaya saing.
Johor yang terkenal sebagai pintu masuk utama pelancong dari selatan juga semakin menjadikan rakyat terbanyak tersepit dan terhimpit dengan kuasa beli rakyat Singapura yang mampu membeli apa sahaja barangan dan aset rakyat Johor akibat nilai wang dolar Singapura yang semakin tinggi.
Di Johor bawalah apapun isu semuanya tidak mampu untuk membuka mata rakyat untuk membuat perubahan, yang pentingnya bagi Umno mereka lebih senang untuk melihat rakyat terus bodoh dan menderita asalkan rakyat terus mengundi dan menyokong mereka.
UmnoBN sebenarnya adalah sampah kepada masyarakat dan umat Islam, Johor juga adalah juara murtad, juara sumbang mahram dan zina, juara rogol dan juara jenayah dan ia menjadikan negeri ini adalah negeri yang tidak selamat didiami selepas Selangor dan Pulau Pinang.
Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi perintis kepada projek-projek koridor di negeri-negeri lain juga dilihat sebagai satu ancaman kepada negara yang bakal tergadai kepada Singapura.
Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew semalam membuat kenyataan Malaysia dan Singapura melalui WPI akan mendapat manfaat jangka pendek dan panjang.
Persoalannya siapa yang akan kaya dan siapa yang akan tergadai...
Ayuh rakyat Johor bangkitlah dari lamunan puaka yang menghantui kita selama ini, selagi UmnoBN dibenarkan memerintah negeri ini selagi itulah rakyat akan terus dibala dengan pelbagai ujian, dan pastilah menjadi kewajipan kepada rakyat Johor untuk menderhaka dari pemimpin yang zalim dan jahat...
Selamatkan Johor, Rampas Terengganu ,Pertahankan Kelantan, Tawan Kedah,Perlis, Pulau Pinang dan Selangor dan Selamatkan Malaysia.... AllahuAkbar. ...

Sumber : Jundullah




*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: