Thursday, February 7, 2008

Umno Johor Bahru Ada Ajalnya

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Umno Johor Bahru Ada Ajalnya
Perang saraf adalah perang biasa dimana-manapun suasana perangan pilihanraya di dunia ini.
Perang diantara PAS dan UmnoBN telah wujud sejak sebelum merdeka lagi, apabila sekelompok kalangan alim ulama dari Umno keluar Umno untuk menubuhkan PAS.
Tindakan ini diambil setelah melihat parti Umno tidak serius untuk mendaulatkan Islam apabila mereka meletakkan undang-undang ciptaan manusia sebagai perlembagaan parti mereka.
Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Johor sehingga kini terus mentadbir negara setelah menang pilihanraya umum pada tahun 1955 dan sekarang sudah hampir masuk penggal ke-12 pilihanraya dengan mentadbir negara dan negeri secara sekular, iaitu memisahkan agama dengan politik.
Makanya timbullah kerajaan yang ditadbir secara zalim dan kapitalis. UmnoBN sehingga sekarang sangat berbangga dapat mengekalkan kuasa seolahnya mereka tidak akan dapat dikalahkan sampai bila-bila.
Johor Bahru adalah kubu kuat UmnoBN yang paling kebal untuk dikalahkan, rekod pilihanraya menunjukkan Parlimen Johor Bahru adalah kawasan majoriti undi yang paling banyak dimenangi oleh BN didalam negara ini.
Makanya kami pembangkang terpaksa bekerja keras untuk membetulkan kembali kesilapan ini. PAS Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1953 sehingga sekarang ini masih belum mampu menjadi pembangkang yang kuat.
Cumanya kebelakangan ini, kehadiran kami cukup digeruni oleh UmnoBN yang telah menjadikan pihak berkuasa tempatan sebagai balaci untuk membunuh PASJB dari peta Johor Bahru.
Poster-poster dan kain-kain rentang kami ajalnya terlalu pendek untuk kekal digantung ditempat-tempat umum. Orang Umno sangat 'alergic' melihat poster dan kain rentang kami.
Dalam beberapa insiden, poster yang ditampal tidak sampai lima minit sudah ditanggalkan oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan kami. Cuba tuan-tuan bayangkan sifat busuk dan jahat Umno ini wujud dalam setiap hati dan jiwa penduduk Johor Bahru.
Bawalah apapun isu, semuanya tidak mahu didengar oleh mereka. Alhamdulillah PASJB semasa era reformasi tahun 1998-1999 yang lalu telah menjadi perintis kepada gerakan-gerakan ceramah besar yang telah berjaya mengumpulkan 10,000 ribu orang.
Suasana sekarang sudah berubah Johor Bahru sudah kembali sunyi dengan orang ramai yang mahukan perubahan, sudah ramai rakyat yang kembali kepangkuan Umno dan masih ada aktivis pembangkang yang tidur.
Makanya gelombang ini telah diteruskan oleh PAS Pasir Gudang yang bakal menggalas harapan rakyat Johor untuk menang di zon selatan ini.
InsyaAllah, peluang tetap ada... sekiranya Allah mentakdirkan kemenangan itu adalah bonus buat pembangkang, sekiranya kalah itu tandanya Allah sayangkan kita sebagai pejuang Islam untuk terus bekerja demi kemenangan Islam.
Umno Johor Bahru ada ajalnya, PAS Johor Bahru juga ada ajalnya. Tidak ada orang yang mampu kekal di bumi Allah ini. Mereka tidak akan mampu mentadbir sampai bila-bila... tunggulah disaat itu masanya akan tiba....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: