Wednesday, February 27, 2008

Ucapan Dato’ Husam yang diputarbelit: Video & Transkrip sidang media

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

JIWO KELATE

Ucapan Dato Husam yang diputarbelit

(Klik pada tajuk untuk tonton video.)



husammusa.com

Transkrip sidang media Dato Husam Musa 26 Februari 2008
ASSALAMUALAIKUM Hari ini saya mulakan dengan memberi peluang kepada saudara-saudara semua mengemukakan soalan.

Q : Senario kedudukan Pas dan BN dalam konteks Kelantan

Dato Husam : Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan. Malam tadi ada bekas wakil rakyat UMNO selama dua penggal, Mohd Hadi Hassan telah beri ceramah atas pentas Pas dan ceramah dia menarik dan dapat sambutan menggalakkan daripada penonton dan pendengar termasuk orang kuat Dr. Awang Adek, Bachok di depan Sekolah Sri Gunung yang dulu begitu gigih membantu Dr Awang Adek bersama keluarga menyokong Pas dan ini berlaku di seluruh negeri.

Q : Kita tengok strategi BN begitu agresif untuk membewa kembali pemerintahan ini

Dato Husam : Saya ingat BN sudah mengalami kecederaan yang parah dan calon-calon dari segi penerimaan rakyat. Mood on the ground untuk Pas dan mood ini seakan sama dengan tahun 1999, kita boleh rasa kehangatan mana-mana tempat kita pergi kita boleh rasa.

Masalahnya, anda boleh tanya apa masalah BN, ialah kerana 22 Adun mereka tidak menunaikan janji dan tidak memenuhi harapan rakyat tahun 2004, ini masalah yang paling besar sekali. Tahun 2004 rakyat beri harapan yang begitu besar sekali, tahun 2004 rakyat Kelantan beri harapan yang sangat tinggi dan pada waktu itu pimpinan Pak lah masih baru, wujud rasa girang kerana pertukaran kepimpinan dan mereka berharap kepimpinan baru ini boleh bawa perubahan termasuk peringkat negeri Kelantan tetapi selepas mereka memberikan mandat kepada 22 orang ini, janji-janji yang telah mereka tabur itu tidak ditunaikan.



Dato Husam : Antara janji macam di Bachok nak jadikan Bachok baru, Bachok baru Bachok maju dan banyak lagi janji-janji lain, saudara boleh semak sendiri nanti saya mengumpat pula.



Q : Hampir di setiap dun yang BN menanglah?

Dato Husam : Pada keseluruhannya hampir macam tu. Parit dan longkang yang dijanjikan tak dipenuhi, basikal pun tak sampai-sampai, macam-macamlah. Janji nak beri kolam ikan, ambil duit orang kampung pun tak terlaksana.


Q : Jadi pihak mana yang bertanggungjawab pada rakyat. Bila rakyat memerlukan siapa yang patut…

Dato Husam : Itu soalan yang kedua. Masalah dia on the ground sentiment ialah rasa marah pada calon-calon BN dan rasa hilang percaya pada BN secara keseluruhan. Nampak macam susah hati…(tuju pada RTM)


Q : Semalam Pak Lah lancar manifesto Aman, Makmur, Selamat…

Dato' Husam: Manifesto atau bajet?

Q: bagi saya ia manifesto..

Dato Husam : Saya rasa manifesto ini akan menikam BN sendiri kerana track rekod empat tahun lepas kita telah hilang rasa aman dan selamat tersebut terutama kerana peningkatan jenayah yang ketara selepas Pak Lah jadi PM berdasar statistik berbanding zaman Tun Mahathir telah alami penurunan jenayah antara tahun 1999-2004. Empat tahun tidak ada apa-apa tindakan constructive jadi pada saya rakyat menilai kredibiliti ini. Kalau empat tahun dulu dia berjanji tak boleh buat apa, apa bukti dia akan boleh laksanakan ikrar 61 ikrar baru untuk empat tahun akan datang. Tak pun, yang dia berjanji tu satu perkara tetapi kelekaan tidak ada penyelesaian yang constructive jadi pada saya manifesto ini hanyalah satu panadol. Tak boleh sembuh penyakit negara kita dengan makan panadol ini tiap-tiap hari. Doktor pun marah kalau makan panadol banyak sangat.



Q :……

Dato Husam : Dia boleh janji macam-macam, tapi dia buatlah dulu di Bachok dulu. Saya pun boleh cakap RM2juta tahun depan bajet. Dia nak ambil duit daripada mana. By 2010, saya yakin bajet kerajaan negeri akan capai peningkatan yang besar kerana pada waktu itu gas akan dikeluarkan di negeri Kelantan. Kita sudah ada perbincangan bahkan kita telah buat satu kiraan untuk tujuan gas memasak domestik. Kita jangka boleh kurangkan dan bagi subsidi sebanyak RM3 setong menjelang 2009 dan 2010 selepas gas didaratkan di Kelantan. Untuk Kelantan sahaja, satu tong sekarang RM24 harga refill dan agak membebankan pada rakyat. So ini cara kita berfikir untuk mengurangkan beban. Kita tak perlu ungkit balik yang kerajaan Malaysia membelanja RM16 bilion untuk subsidi petroleum kerana setiap kali minyak naik harga di pasaran dunia keuntungan Malaysia meningkat dan petronas membayar lebih royalty dan cukai apabila keuntungannya meningkat. Saya ingat sekarang ini Petronas bayar royalty dan cukai dalam RM50 bilion, kita baru habis subsidi minyak baru RM16bilion belum ambil kira keuntungan bersih RM80bilion Petronas. So kalau BA perintah Malaysia kita boleh kurangkan lagi harga minyak dengan tambah subsidi dengan lebihan untung hasil minyak yang meningkat sekarang. So dok ungkit cerita lama buat apa. So hari ini Najib beri kenyataan BN tak akan menaikkan harga minyak. Ini kenyataan politik, pilihanraya kerana dalam perhimpunan UMNO telah dibawa usul oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy supaya kerajaan mengkaji semula seluruh struktur subsidi minyak dan gas dengan tujuan menaikkan harga mengikut harga pasaran jadi dah datang pilihanraya kenyataan itu dibuat sebelum ini saya dah cabar Najib bila dia kata bahawa kalau tak naikkan harga minyak petrol Malaysia akan bankrap, sekarang tak bankrap pula. Jadi mana satu, dulu kata kalau tak naik bankrap, sekarang kerajaan kata dia tak akan naik. Tapi saya masih percaya kerajaan BN tetap menaikkan harga minyak selepas pilihanraya kalau mereka menang besar sekali lagi kalau menang kecil mungkin tidak.



Q : You said that the state have more money, more budget, so how much more…

Dato Husam : Recently tahun ini kita meningkat drastic RM24juta, just this is alone from one item our plantation which we took over from FELCRA. RM24milion immediately instantly, and that money we use for housing project.


Q : What focus in 2010?

Dato Husam : 2010, bila gas ini naik …..kita belum estimate but my friend in Petronas show me the plan by Petronas to start production by year 2010.


Q : The extra money would come from the royalty payment

Dato Husam : We hope, we hope and we fight that. Takkan Pak Lah sama dengan Mahathir. Kalau BA perintah Malaysia kita bagi pada Kelantan, tak boleh kata BN forever. Kebangkitan sekarang ialah kebangkitan rakyat menentang BN, bukan Pas, bukan PKR, bukan DAP, rakyat memerlukan satu check and balance. So kalau kita tengok Pas, DAP, PKR macam tu memang kita nampak kecil tapi bila kita lihat satu kebangkitan rakyat untuk memberi satu perimbangan kuasa pada BN, saya ingat kita ada satu kejutan perubahan di seluruh negara. Kalau tidak takkan TV3 ulas manifesto begitu panjang sekali.

Saya ingat statistik tak penting pada rakyat. Yang rakyat nak ialah apa yang mereka rasa hari-hari, awak boleh bawa datang statistic jenayah kita baik, apa semua tapi kalau kita letak motorsikal hilang, lepas tu anak-anak kita tak boleh bermain sampai polis marah ibubapa tak jaga anak bermakna macam anak-anak tak ada kebebasan pergi padang bermain bermakna negara kita tak begitu selamat sekali. Takkanlah setiap masa ibubapa memerhati anak-anak. So apa yang kita rasa tu yang mustahak, statistik kita boleh buktikan begitu begini, tapi improvement yang sebenar tak ada.



Q : Mungkin Dato boleh terangkan salah satu ikrar untuk mempertingkatkan keselamatan di taman permainan.

Dato Husam : Tadi saya dah cakap apa tindakan constructive ke arah tersebut. Konsep Islam ialah kita menekankan pembinaan sahsiah seseorang manusia dengan ajaran agama tak kiralah agama Islam atau agama lain, kerana manusia dikawal oleh jiwa atau hati ataupun minda mereka. Pengisian minda, pengisian jiwa adalah melalui ajaran agama, ini yang telah hilang selama 50 tahun. Ini hasil immediate yang nampak pada masa akan datang akan berlaku lebih banyak lonjakan, kekejaman apabila manusia tidak diikat dengan ajaran-ajaran agama. Saya rasa, ramai-ramai kita kalau baca manifesto BN tak ada apa rasa, gembira ke, satisfaction ke, new hope ke, saya rasa lah personally, bila baca tu saya ingat macam biasa saja, ke ada rasa new spirit, tak ada tarikan, tak ada magnetic.


Q : Stress for aman..

Dato Husam : Pasal Malaysia dah tak selamat. Orang Malaysia dah tak selamat. Makmur pula, kroni-kroni memanglah makmur tapi rakyat yang ramai-ramai yang masalahnya…


Q : Tiap-tiap hari kita ada sidang media, banyak laporan media adakah pihak Pas berpuas hati dengan laporan itu?

Dato Husam : Kita tak harapkan laporan positif, saya dah cakap berkali-kali. Tapi ini adalah satu exercise yang boleh merapatkan persaudaraan, persahabatan di antara Pas dan rakan-rakan media. Kita kena bantu mereka mendapat gambaran yang betul. Walaupun mereka tak siarkan saya jangka dalam pilihanraya ini tak mungkin media akan bersifat positif pada mana-mana pembangkang tapi saya rasa kita kena teruskan juga sampai akhir walaupun media ambil sikit-sikit yang untung untuk dia saja. Harakah organ parti bukan organ kerajaan. Wartawan ok semua.


Q : Adakah laporan itu nampak berat sebelah.

Dato Husam : Tak tahu, boleh tengok sendiri. Saya pun kadang-kadang tak nak komen sangat, tak keluar pun tak apa lah. Sekarang exercise kita ialah menyemak daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR dan membandingkan dengan senarai pemilih yang dikeluarkan oleh SPR dua minggu sebelum penamaan calon. Buat masa ini kita mengesan perubahan-perubahan tertentu tapi saya takkan umumkan lagi sehingga saya ada semua data-data tersebut dan ini pada saya adalah fenomena sangat, bukan bimbang kita sebagai ahli Pas tapi bimbang negara kita diperkosa sedemikian rupa sehingga boleh menggoncang susunan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini. So ini kita akan release, so itu mustahak diadakan sidang.



Q :…

Dato Husam : Sekarang yang dapat laporan saya di Kelantan, pertama di dun yang bertarung sengit. Macam saya Dun Salor alhamdulillah tak ada sebarang perubahan senarai pengundi tersebut, saya sangat gembira.



Q :

Dato Husam : Welcome, welcome ..pasal kalau you nak rosakkan sistem kehakiman di mahkamah its not that easy. MARA boleh keluarkan surat atas perintah, saya pun dah dengar laporan tu ada orang tertentu perintah MARA keluarkan tapi sistem di mahkamah mengikut peguam-peguam kita its not easy to manipulate.


Q : Tapi mengikut calon kata perkara itu dah selesai.

Dato Husam : Saya tak nak masuk campur, tapi kalau selesai mahkamah dia keluarkan satu discharge notice dia bukan selesai dengan kita sendiri selesai. Kalau selesai sekalipun bermakna rekod sebelum ini ada masalah. So, TPM kata mana-mana calon yang ada masalah kewangan tak akan dicalonkan.


Q : ..

Dato Husam : Saya yakin takkan ada by-election that document is very genuine, no way for them to manipulate it.



Q : Dato terangkan semula program Pas Kelantan yang dilancarkan semalam

Dato Husam : Pertama ialah tentang perumahan. Saya ingat dalam sehari dua lagi kita beri program kita dengan lebih detail. Macam grand bazaar, so kita akan beri pada saudara saudari berapa kos, dan facilities etc. Kita akan umum dari hari ke hari.



Q : Intipati manifesto Pas.

Dato Husam : Intipati ialah meneruskan perubahan, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan. Jadi intipati utama ialah meneruskan program keislaman yang telah kita laksanakan dan meluaskannya dalam bentuk program-program yang beri faedah pada rakyat di semua sudut termasuk perumahan. Contohnya Ladang Rakyat dibesarkan kumpulan sasar penerima, memberikan milik ladang FELCRA kepada rakyat yang pernah meneroka kawasan ini, perkara-perkara yang tangible yang nampak bukan perkara-perkara yang abstract dan perkara-perkara yang affordable untuk dilakukan oleh kerajaan negeri, mampu dilaksanakan, dan mampu diberi.




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: