Monday, February 18, 2008

TOLONG KAMI BANTU KAMI DI P-18 KULIM

Mohamed Fudzail@

zul4kulim.blogspot. com

PROJEK OTAK: OPS TAWAN KULIM
PARLIMEN P-18 KULIM BANDAR BARU
Assalammu'alaikum shbt/rakan2 sekelian. Pertama saya memanjat rasa syukur kehadrat ALLAH atas kurniaNya saya diberikan shbt/rakan saperti sdra/sdri yang sudi membantu dalam satu projek kami untuk mendapatkan kerusi Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu-projek yang saya codename sebagai OTAK= Ops Tawan Kulim Bandar Baharu.
Asalnya saya sepatutnya bertanding di Parlimen Pandan Selangor, yang mana saya telahpun membuat groundwork sejak tahun 2006 lagi dengan pelbagai program & aktiviti. Namun musibah telah menimpa calun yang dititip untuk bertanding di Kulim iaitu Sahibus Samahah Dato' Sheikh Azmi Sheikh Ahmad (bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang) apabila beliau ditimpa penyakit diabetic menyebabkan kaki kiri beliau terpaksa dipotong diatas paras lutut 2 minggu lepas.
Pihak pimpinan telah menapis beberapa calun yang berpotensi dan mendapati saya harus menggantikan Dato' atas alasan saya berasal dari Baling-daerah yang bersebelahan dengan Kulim. Juga pihak PAS Kawasan dibawah pimpinan Ust Yaakob dan PKR Bhg. Kulim dibawah pimpinan sdr Irwan bersetuju sebulat suara untuk saya menjadi calun P.18. Ini juga dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS negeri Kedah dan Badan Perhubungan Negeri PKR. Oleh itu saya menerima mandate yang diberikan walaupun saya berasa ramai lagi diluar sana yang lebih layak daripada saya.
Walaupun saya ahli PAS (sekarang menjawat Pengerusi Tetap PAS Kwsn Bandar Tun Razak), namun dipinjamkan ke PKR kerana kerusi Parlimen P. 18 adalah kerusi PKR.
Secara umumnya kerusi P.18 mempunyai 51,444 pengundi dengan pecahan kepada 2 DUN iaitu DUN N.35 Kulim dan N.36 Bandar Baharu yang pecahan pengundi adalah saperti berikut:
N.35 Kulim : 28,072 pengundi (23 saluran)
Melayu : 16,939 (60.34%)
Cina : 6,820 (24,29%)
India : 4,312 (15.36%)
Lain2 : 1 (0%)
N. 36 Bandar Baharu: 23,372 pengundi (41 Saluran)
Melayu : 17,728 (75.8%)
Cina : 4,048 (17.32%)
India : 1,595 (6.82%)
Lain2 ; 1 (0%)
P.18 Kulim Bandar Baharu : jumlah pengundi 51,444 (64 saluran)
Melayu : 34,667 (67.39%)
Cina : 10,868 (21.13%)
India : 5,907 (11.48%)
Lain2 : 2 (0 %)
Terdapat juga Undi Pos daripada Kem Battalion Ke 2 PGA Kulim berjumlah 1,640 undi.
Kawasan Parlimen KBB ini sebesar negeri Melaka. Walaupun pengundinya tak ramai, tetapi bertaburan dan isolated. Kebanyakan pengundi Melayu adalah daripada kalangan masyarakat kampong yang banyak bergantung kepada pertanian getah, kelapa sawit dan padi. Di Kulim kebanyakan melayu adalah daripada kelas menengah sederhana. Ramai yang bekerja di kawasan perindustrian Kulim Hitech dan kakitangan kerajaan. Terdapat ramai juga dari kalangan miskin yang ditempatkan diperumahan PPRT KEDA. You people won't believe it. They are given a house size 15' x 10' dengan beranda 5' x 3'. Bilik mandi pun xde..just one big tong drum behind the house. Will supply the pictures in due course. Most of them ambil upah potong getah atau petik buah sawit. Their life is always under threat-ugutan is the order of the day for them. Jangan kata undi BA..kalau dilihat menghadiri ceramah BA pun mereka di ugut akan dihalau dari rumah sekangkang kera tu. It has happened. And yang buat perangai menghalau ni not even KEDA officers..but as you know it..puak2 JKK.
Well, I am going against the odds. I've to cover such a big area..from Bandar Baharu to Kulim is a 1 ½ drive..But as they say it..lawan tetap lawan. There's a big fuss here within UMNO as the former calun Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzir is going to be dropped. He is lobbying very hard to get his brother Datuk Aziz Sheikh Fadzir (former UMNO Youth deputy head & currently ADUN Kuala Ketil) for the seat. At the same time, Datuk Azimi Daim (currently ADUN Bandar Baharu who gave way to Khairy for Deputy Youth post) has also indicated that he is interested to go for parliamentary seat.
I was told that there is also another interested party by the name of Datuk Azeez Rahim also known as Azeez Rempit..ketua Briged Putra UMNO. He was lobbying very hard to get Parlimen Baling..but Datuk Mashitah, the darling of hadharian is there. So he got to find another place..and worse part is he is from Kg. Medan Subang..not even a local.
Well, in term of cost, I need a lot of support. So far I have got fantastic logistic support. I've got three houses in Kulim and one in Bandar Baharu. I've been given one Storm and Rexton to be used during campaign. But I need a wireless set (like long range walkie talkie) cos surprisingly. .Kulim Bandar Baharu yang didakwa membangun oleh UMNO/ BN ni..ada vast area yang xde handphone coverage. That sets cost RM1,200-00 per set..and I need at least three.
Estimate Cost:
1. Deposit Calun RM15,000-00
2. Sewa Bilik Gerakan (3) RM 3,000-00
3. Biaya 41 Unit Pusat Undi (@ RM500 per UPU) RM25,500-00
4. Poster, risalah, banners etc RM12,000-00
5. Keraian (untuk jamuan masyarakat Cina etc) RM10,000-00
6. Kos transportation petugas RM15,000-00
7. Makan minum/ lodging petugas RM20,000-00
8. Set long range walkie talkie RM3,600-00
9. Pembiayaan PACA dihari mengundi (41 UPU) RM4,100-00
8. Pelbagai RM15,000-00
Jumlah RM123,200-00
Well, I would appreciate it very much if you guys could help. As it is, PKR hanya memberi RM3,500-00 untuk duit belanja personal calun. I've been informed that a particular Chinese businessman has pledged to cover my duit deposit calun (it's refundable anyway..so he got nothing to worry unless aku kalah teruk sampai hilang deposit..hehehe. .).
Aku harap selain bantuan kewangan..I also appreciate it very much if you people could give me some ideas on strategies, planning and program yang patut aku buat. Remember..I only have 13 days to cover such a big area. I am writing off ceramah style program as it not only doesn't reach the voters..it gives you a false indication of support. Dalam ribu-ribu yang datang ceramah entah berapa kerat je pengundi. And biasanya yang datang ceramah pun memang dah hardcore kita.
Aku sekarang ambil approach hands on..touch on..jumpe pengundi direct di surau masjid, pasar-pasar (malam & siang)..apa- apa gathering, kenduri dll.
Aku harap ngkorang boleh bagi idea. How do I approach the undi pos. What about those untouchables estates/ kampong..well guarded and controlled by UMNO/BN? Should I concentrate on the non Malay areas?
It looks tough..it sounds tough..(peh. .macam bunyi Lingam pulak.. sound like me..looks like me..but it is not me.. ). But I find it very encouraging bila jumpa orang-orang kampong ni. Ada satu nyonya penjual buah potong-potong dekat rumah persinggahan aku di Kulim. Tiap kali aku lalu dia huloq sebungkus buah kat aku..you know sebungkus dia hantar margin profit dia drop tau..Di satu tempat di sebuah estet, satu orang aci jumpa aku masa buat lawatan. Dia pegang aku nala punya kuat..aku ingat dia nak ambik aku buat menantu. Tapi dia kata dia nak tolong aku..dia kata dia tau aku takkan menang tapi dia nak aku bawak suara orang kampong ke Parlimen. Dia bukak dompet kecik dia..aku ingat dia nak huloq sireh. Tau tau dia bagi aku 30sen..tu je yang dia mampu. Ngkorang tahu, nak menangis aku dibuatnya.. here one old Indian lady sacrificing her lunch money for me. It may not be a lot for most of you..but I tell you.. if you see their living condition..it is big sacrifice on her part to give me that 30sen. You can see into her eyes..the eyes of hope..hoping that their little voices are heard.
Dan itulah perjuangan aku..aku nak bawa suara rakyat bawahan..suara marhaen..tangisan pak tani..rintihan aci nyonya..biar suara-suara kerdil itu menggegar jiwa rakus di Parlimen sana..
And every single sen you people contribute will go a long way to help me carry those voices..
Btw..all financial contribution can be bank in direct to my maybank a/c Jalan Masjid India Branch No: 164593029443. All cheques may be issued in favor of "ZULKIFLI BIN NOORDIN" and send to me at d/a Tetuan Zulkifli Noordin & Associates, Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur.
Thank you..seh seh.. nandre..jazakallah. .
Makkhatal Sakhti..Peoples Power..Suara Rakyat Suara Keramat..
May ALLAH bless all of you.
Adios & Wassalam.
Zulkifli Noordin
Calun P-18 Parlimen Kulim Bandar-Baharu

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: