Monday, February 4, 2008

Tidak munafiqkah menyokong si kaki bohong?


Penarik Beca

Tidak munafiqkah menyokong si kaki bohong?

Ketika belum selesai lagi isu siapa bohong, bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad membangkitkan pula satu lagi isu yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pembohongan.

Sebelum ini orang yang mengangkat Abdullah ke jawatannya kini, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa telah wujud persefahaman bahawa Abdullah menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja.

Abdullah pula menafikan dan berkata, tidak wujud perjanjian dengan Dr Mahathir bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri hanya sepenggal.

Tidak diketahui siapa yang bercakap bohong. Dr Mahathir atau Abdullah?

Tetapi, satu lagi kenyataan Perdana Menteri dikatakan meletakkan beliau di dalam kandang pembohong.

Berita Utusan Malaysia (29 Januari 2008) bertajuk "Kita ke-6 terbaik dunia - Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis" melaporkan seperti berikut:
Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.
NST pada hari yang sama pula melaporkan:
"If last year was the start to an improved public service delivery system, this year should be the year for us to attain a standard of excellence on par with the best or best in its class."

In terms of competitiveness, the prime minister said Malaysia had gained world recognition alongside some developed countries such as the United States and Japan.

The Institute of Management Development, in its 2007 World Competitiveness Year Book, placed Malaysia in eighth place in terms of competitiveness for countries with populations of more than 20 million.

Abdullah said Malaysia was placed fourth in terms of business efficiency and 10th for infrastructure last year. "We were placed at number 19 among the world's leading trading countries last year.

"This, however, should not make us complacent as other countries like China, India and Vietnam will continue to increase their level of competitiveness. We should continue our efforts to achieve a first-class standard in public service."
Bernama melaporkan seperti berikut:
Daya kompetitif Malaysia telah mencapai tahap yang lebih baik apabila menduduki tempat kelapan dalam ranking daya kompetitif dunia pada tahun lepas, berbanding tempat ke-10 pada tahun 2000.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memetik statistik World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland.

Malaysia masih berada di belakang Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China, Jerman, Taiwan dan United Kingdom tetapi mendahului negara lain termasuk Jepun dan India, daripada segi daya kompetitif secara keseluruhan, katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di Pusat Konvenysen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Menurut laporan itu, Malaysia di tempat keenam daripada segi prestasi ekonomi tahun lepas, kedudukan yang dipegang sejak 2000.

Malaysia hanya perlu menyaingi lima negara terbaik - Amerika Syarikat, China, United Kingdom, India dan Taiwan.

"Sumber menarik. Angka itu bagus. Kita tidak menipu orang ramai. Kerajaan tidak akan kekal jika menipu," kata Abdullah.

Sejurus sebelum beliau memetik kedudukan negara daripada segi kecekapan perniagaan, Abdullah secara berseloroh berkata: "Ini bukan angka Rafidah."
Menarik juga apabila Bernama memetik Perdana Menteri sebagai berkata: "Ini bukan angka Rafidah."

Kenapa? Kalau angka Rafidah, angka bohongkah? Mungkin Perdana Menteri tidak cuba menyatakan demikian. Tetapi, kalau itulah yang difahami oleh rakyat, tentu semakin ramai yang tidak percaya penjelasan Rafidah mengenai permit import kereta (AP).

Kalau ada yang menuduh Rafidah kaki bohong, jangan tuduh Rafidah sahaja. Perdana Menteri juga dituduh pembohong.

Bertentangan dengan dakwaan Perdana Menteri itu, dalam postingnya bertajuk "Rating Kecekapan Malaysia: Kenapa Bohongi Rakyat Jelata?", Ruhanie menyatakan beliau menerima email bertajuk "Rating yang digah oleh Pak Lah tu betul ke palsu?":
“I naik jelak tengok Pak Lah dok gah rating Malaysia dalam TV dan newspapares yesterday. Betul ke fakta yang dia dok hebah tu? Dari mana dia dapat maklumat tu? Dari petikan paper yang saya tengok ialah dari "The World Competitiveness Scoreboard". So saya pergilah ke laman tersebut dan semak. Dari mana dia dapat maklumat, kata kita duduk ranking no. 6. Sebab yang saya tengok dari laman tersebut kita duduk no. 23, jatuh 1 tangga dari no. 22 tahun 2006 dengan score point 74.09."
Ruhanie juga memetik surat pembaca yang menggunakan nama Zack dalam Malaysia Today:
Setelah saya belek dalam internet, saya telah jumpa satu bukti paling besar! Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berbohong kepada rakyat mengenai kedudukan Malaysia dalam penilaian tahap kecekapan (competitiveness) negara yang didakwa berkedudukan nombor enam di peringkat dunia

Perdana Menteri semasa berucap didalam satu program bersama semua Kakitangan Kerajaan beberapa hari yang lalu memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk menduduki tangga ke 6 mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

"Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan. "Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya," katanya.

Tapi sebenarnya kita menduduki tangga ke 23. Sila klik disini untuk melihat sendiri laporan dari World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD. Kemudian klik di "Overall Scoreboard 2007" dan anda akan nampak dimana kedudukan Malaysia dan siapa di atas dan siapa dibawah. Bandingkan dengan kenyataan PM kemudian anda akan tahu pembohongannya. War-warkan pembohongan ini.

Announcing 2007 results - World Competitiveness Yearbook (WCY)
Aisehman juga menyatakan, secara keseluruhannya, Malaysia berada di tempat ke 23 pada tahun 2007.

Malah, katanya lagi, Malaysia jatuh satu anak tangga kerana pada tahun 2006, negara ini berada pada kedudukan ke 22.

Jika tidak ada kesilapan teknikal dalam apa yang difahami oleh pengirim email kepada Ruhanie, Zack yang menghantar surat kepada Malaysia Today dan Aisehman, nyatalah Perdana Menteri berbohong apabila dilaporkan berkata "kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia".

Jika benar Perdana Menteri berbohong, adakah mereka yang selama ini mengundi parti yang dipimpin oleh si kaki bohong akan terus memberi sokongan? Oleh kerana Perdana Menteri menyatakan beliau bukan Perdana Menteri satu penggal, jika benar Perdana Menteri berbohong, sehingga berapa lama lagikah negara ini akan diperintah oleh si kaki bohong?

Bahagian Hal Ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menyiarkan rencana bertajuk "Berbohong antara ciri-ciri orang munafiq". Jika benar Perdana Menteri berbohong, tidak munafiqkah menyokong si kaki bohong?

Nanti sat, tak habis lagi, bak kata Mat Salon, this applies to all the liars.


Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!

JOM BERSIH!!! bersih.org/



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: