Tuesday, February 19, 2008

Tian, Amjal dan Ginie dibebaskan / Pendengar bangun beri sokongan terbuka

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Tian, Amjal dan Ginie dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan

KUALA LUMPUR, 18 Feb : Setelah ditahan lebih tiga hari, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Kordinator Media Ginie Lim dan aktivis reformasi Jalaluddin Abdul Manap (juga dikenali sebagai Pak Amjal) dibebaskan pada jam 2.45 petang tadi tanpa sebarang pertuduhan oleh Mahkamah Jalan Duta.

Tian Chua dan Pak Amjal telah ditahan polis pada jam 4 petang 15 Februari lalu ketika menyerah memorandum kepada pejabat DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

Ginie Lim pula ditahan pada jam 9 malam hari berkenaan di Ibu Pejabat Daerah Brickfieds ketika merakamkan gambar aksi-aksi ’samseng’ 10 anggota polis yang mengheret Tian Chua dengan kasar menuju ke van yang sedang menunggu di depan IPD berkenaan.

Berita berkaitan;


SIASAH

Pendengar bangun beri sokongan terbuka kepada Dr Lo' Lo'

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Apa perasaan anda ketika anda sedang berkempen, tiba-tiba seorang pendengar naik ke atas pentas dan menawarkan diri untuk berucap dan turut menyatakan sokongan terbukanya kepada anda.

Itulah yang berlaku kepada bakal calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali apabila tiba-tiba seorang perempuan India datang ke tempatnya berucap dan meminta untuk berucap kepada orang ramai.

Wanita India itu kemudiannya naik ke atas kenderaan pacuan empat roda tersebut (di bahagian belakang Storm) dan berucap kepada orang ramai dan meminta mereka memberikan undi kepada Dr Lo’ Lo’.

Itulah pengalaman manis yang dialami oleh Dr Lo’ Lo’ ketika hari-hari awal beliau memulakan kempennya di Titiwangsa sebelum Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri.
Dr Lo’ Lo’, AJK PAS Pusat telah diputuskan oleh PAS untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa. Pada hari Sabtu 9 Februari lepas, beliau bersama petugasnya mula turun ke kawasan itu sebagai bakal calon PAS.

Dr Lo' Lo' memulakan gerak kerja itu seawal jam 9.00 pagi. Beliau bersama petugasnya berkumpul di Pasti Al Hidayah, Kampung Baru.

Kawasan pertama yang beliau lawati adalah Pasar Keramat diikuti dengan Flat Keramat Jaya, Flat Kampung Padang dan seterusnya Quarters Hospital Kuala Lumpur.

Beliau juga bertemu dengan orang ramai yang makan di kedai-kedai makan sekitar Chow Kit dan Kampong Baru.

Dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, Dr Lo Lo memberikan ucapan kepada masyarakat tempatan yang beliau lawati.

Bagi menunjukkan sokongannya, suami beliau, Dr Aminudin bin Abdul Hamid Karim, 53, telah bersama beliau sepanjang sessi berkenalan dengan pengundi itu.

Yang menariknya, Dr Aminudin akan melakukan larian solo sejauh 12 km untuk mengutip derma bagi membantu kempen isterinya. Beliau berlari dari rumahnya di Gombak ke Markas PAS Darul Ummah, di Kampong Pandan.

Walaupun wanita, Dr Lo’ Lo’ tidak mahu sokongan diberikan kepada beliau kerana beliau adalah wanita tetapi kerana kebolehan dan kemampuannya untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Dari awal saya berkahwin lagi, saya bukan jenis surirumah sepenuh masa. Kalau tidak bergiat cergas dalam politik dan dakwah, saya bertugas di klinik atau hospital sebagai doktor,” kata Dr Lo’ Lo’, ibu kepada empat anak dan seorang cucu itu.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: