Monday, February 18, 2008

Terengganu: bangunan dan pembinaan tidak siap / Lawatan DSAI Ke Negeri Sembilan

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


BuletinOnline
Terengganu di penuhi dengan bangunan dan pembinaan tidak siap
The image  “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu, 15 Feb - Tahukah anda, satu lagi rekod kejayaan Idris Jusoh adalah, Terengganu dipenuhi dengan bangunan dan pembinaan yang separuh siap (Foto: LPT belum siap,jadual dipinda lagi)
The image “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap4.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Hampir semua pembinaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu sehingga kini adalah bangunan yang separuh siap dan terbengkalai.

(Foto: Airport yang belum siap)
The image “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap3.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Antara bangunan yang paling lama terbengkalai dalam sejarah negeri Terengganu ialah Plaza Paya Bunga. Selepas 10 tahun pembinaan dibuat sewaktu zaman Wan Mokhtar, Idris telah berjanji untuk siapkan pada tahun lalu. Namun sehingga kini ia masih belum boleh dimasuki kerana beberapa masalah teknikal.

Selain itu, semua projek kerajaan pusat yang menjadi tajuk ‘Impian menjadi realiti’ juga masih belum menjadi realiti. Tiga projek Mega yang bukan projek kerajaan negeri iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium, Lebuhraya Pantai Timur telah mengalami kelewatan.
(Foto:stadium masih dibina)
The image “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap5.gif” cannot be displayed, because it contains errors. Namun begitu, beberapa pembinaan telah dibuka untuk kegunaan orang ramai, walaupun didalam keadaan yang separuh siap. Antaranya adalah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Taman Tamadun Islam dan Masjid Hadhari di Jerteh.

Implikasinya adalah sangat merbahaya. Apabila sesuatu bangunan atau pembinaan itu belum siap bermakna ia tidak mendapat sijil menduduki(CF) . Dengan itu, sekiranya berlaku kemalangan kepada para pengguna, kemungkinan tuntutan insuran tidak akan dilayan oleh syarikat-syarikat insuran.

Selain dari itu, kos pembinaan tambahan keatas bangunan atau pembinaan yang telah digunakan tetapi masih belum siap, akan bertambah. Contohnya Lapangan Terbang yang telah digunakan akan mengalami kerosakan. Kos pembaikpulihan akan menjadi kos tambahan yang mengakibatkan kos pembinaan sesuatu
bangunan akan bertambah.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap2.gif” cannot be  displayed, because it contains errors.
(Foto:Replika di TTI yang belum siap)
Sehubungan dengan itu, sumber Buletin Online memberitahu bahawa atap utama Stadium belum boleh dipasang sehingga hari ini. Keadaan ini berlaku kerana kontraktor dari Korea yang sepatutnya membuat pemasangan telah meninggalkan projek. Selain dari itu, ramai sub-kontraktor projek pembinaan stadium tidak memperolehi bayaran dan meninggalkan projek.

Stadium utama dijangka akan menjadi tapak utama Sukan Malaysia(SUKMA) yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun, 2008. Sebelum itu, pada bulan Mac, akan diadakan satu kejohanan yang dipanggil pra-SUKMA yang juga dijadualkan menggunakan stadium sebagai lokasi kejohanan. Mungkin kejohanan tersebut juga akan berlangsung di stadium yang belum siap lagi!

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/taksiap1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Penggunaan bangunan atau pembinaan separuh siap kini telah menjadi satu amalan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu. Ia adalah melambangkan sikap Idris yang gelojoh dan tergesa-gesa, dengan angkuh untuk menunjuk-nunjuk bahawa dialah seorang Menteri Besar yang hebat!

(Foto: Hotel Felda yang ditangguh pembinaan kerana belum dihantar laporan alam sekitar-EIA)


Anwar Ibrahim

Gambar Lawatan DSAI Ke Negeri Sembilan

15022008-1.jpg
15022008-2.jpg
15022008-3.jpg
15022008-5.jpg
Gambar-gambar oleh Md. Salman, anwaribrahimclub. com
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: