Sunday, February 24, 2008

Tawaran Pas Kepada Wanita

"baharudin baha" baharudinbh@yahoo.com

Tawaran PAS kepada wanita

0

Written on February 14, 2008 by admin

Macam-macam anda dapat di bawah pemerintahan Islam�.

1. Cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan tujuh hari untuk memberi ruang kepada ibu bapa meluangkan masa bersama bayi dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih sihat.

2. Pertingkatkan kebajikan wanita, khususnya ibu tunggal yang susah bagi meringankan beban kehidupan melalui Skim Armalah, yang dipraktikkan di Kelantan.

3. Perkenalkan akta yang menghalang wanita daripada dieksploitasi, khususnya dalam bidang komersial.

4. Perkenalkan akta yang mewajibkan majikan menubuhkan pusat asuhan di tempat kerja.

5. Menawarkan waktu kerja anjal atau konsep bekerja dari rumah.

6. Menubuhkan pusat kesihatan dan sukan khusus untuk wanita.

Akhirnya�Parlimen Bubar..

0

Written on February 14, 2008 by admin

Parlimen bubar berkuatkuasa hari ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Feb 13, 08
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran Parlimen di bawah peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Pembubaran ini dibuat selepas beliau menghadap dan mendapat restu dari Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktaffi Billah Shah pagi tadi.

Yang di-Pertuan Agong telahpun menandatangani peristiharan pembubaran Parlimen hari ini, dan dengan itu juga negeri-negeri dinasihati membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Perdana Menteri juga menyatakan semalam beliau enggan mengumumkan kemungkinan Parlimen dibubar hari ini kerana belum bertemu Yang di-Pertuan Agong lagi.

Perdana Menteri juga menyatakan, tarikh penamaan calon dan pengundian akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: