Wednesday, February 13, 2008

Tanah Wakaf Masjid Port Dickson Dibuat Bengkel

"Suara N9" pasn9@yahoo.com

Sudah terdapat orang Melayu beragama Islam, berani
memohon bagi menjalan aktiviiti perniagaan (bengkel
baiki kereta) di atas tanah rezab kubur orang Islam di
Jalan Bypass Port Dickson.

Pagar telah didirikan dan tiang-tiang sudah di
tegakan.

Asal tanah tersebut telah di gazzetkan sebagai tanah
wakaf untuk perkuburan orang Islam di sekitar pekan
Port Dickson dan Jln Seremban.

Tanah wakaf tersebut adalah di bawah kelolaan Masjid
Jamek Port Dickson, yang mana pihak masjid tersebut
telah berusaha menghalang aktiviti-aktiviti ini,
secara bermesyuarah dengan pemilik bengkel tersebut,
dan enggan meninggal tempat tersebut.

Mesyuarat antara AJK Masjid Jamik dan Masjid Khariah
Kg Paya telah di adakan, persetujuan telah dibuat,

1. Menghantar surat bantahan kepada MB, salinan kepada
Pejabat Tanah Port Dickson, JAINS, Pegawai Daerah dan
Jabatan Mufti N. SEMBILAN. (Sudah dikeluarkan) dan
jika tidak berhasil,

2. Menanda tangani surat bantahan oleh semua penduduk
yang bermastautin di sekitarnya akan diserahkan kepada
MB N. SEMBILAN dan jika masih gagal, maka

3. Piket akan diadakan berhampiran tapak perniagaan
tersebut ditepi jalan Bypass Road, bagi meraih
perhatian dan simpati orang awam dan akhbar tempatan.

Ini boleh di kategorikan SALAH GUNA KUASA terhadap
tanah wakaf di N. SEMBILAN.

Harap dapatlah kita menghalang perkara saperti ini
berlaku dan ini adalah yang pertama kali berlaku dalam
Malaysia setelah 50 tahun Merdeka

Berita lanjut di sini
http://chegubard. blogspot. com/2008/ 02/angin- pilihanraya- makin-kencang. html


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: