Monday, February 4, 2008

Tak cerita indeks lain dalam GCI? / Mainstream media BN propaganda channels


Kenapa Abdullah tak cerita indeks lain dalam GCI?
Shirzad Lifeboat
Sun | Feb 03, 08 | 2:56:56 pm MYT
Tidak seperti Forum Ekonomi Dunia sebelum 2004 di mana Malaysia diwakili oleh Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, adalah mudah untuk mencari gambar pemimpin Malaysia dalam browser popular Internet. Ini menunjukkan ketokohan Dr. Mahathir begitu terbukti sehingga dunia mengenali dan dalam kes tertentu menghormati Malaysia.
Berbanding dengan Forum Ekonomi Dunia yang baru berakhir di Davos, Switzerland akhir Januari lalu, gambar Bono, penyanyi utama kumpulan rock U2 dan gambar pelakon British Emma Thompson yang turut sama hadir dalam Forum berkenaan nampaknya lebih banyak berbanding dengan gambar Perdana Menteri Malaysia yang disiarkan oleh agensi berita Reuters menerusi Yahoo.

Dua keping gambar yang disiarkan dalam rencana ini (dari koleksi gambar Reuters menerusi Yahoo) itu adalah gambar kereta rasmi Malaysia yang terpaksa ditolak oleh pemandunya dan beberapa orang pegawai keselamatan kerana terlekat dalam salji dan gambar Pak Lah sedang menghadiri sesi Peranan ASEAN dalam Forum Ekonomi Dunia.

Di zaman Dr. Mahathir, Malaysia dikatakan lebih dihormati dunia kerana bukan sahaja beliau memiliki daya keintelektualan dan buah fikiran yang turut menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi dunia tetapi setidak-tidaknya Malaysia kelihatan menempa pelbagai kemajuan yang bersifat fizikal.

Walaupun beliau tidak membawa idea besar seperti Islam Hadhari tetapi apa juga pandangannya mengenai isu berkaitan dunia Islam terus mendapat perhatian. Sebaliknya idea Islam Hadhari yang cuba dipromosikan oleh Abdullah tidak begitu diterima, termasuk oleh negara-negara Islam sendiri.

Hari ini dunia tidaklah lagi memandang tinggi kepada Malaysia sebagaimana mereka melihat negara kita di zaman Dr. Mahathir. Oleh itu, Abdullah tidak perlu terlalu ghairah dengan kedudukan atau ranking kecekapan kerajaan Malaysia dalam membayar bil-bilnya. Abdullah sepatutnya turut juga menceritakan perkara lain yang dilaporkan oleh indeks tersebut.

Bagaimana pula dengan pelbagai peraturan kerajaan yang membebankan rakyat dan juga para pelabur asing dan tempatan. Malaysia berada di tempat ke-5. Nampaknya Malaysia antara paling terkemuka dalam soal beban yang wujud kerana peraturan kerajaan ini.

Kita juga sepatutnya diberitahu bahawa dari segi pembaziran wang kerajaan kita juga turut berada di tangga ke-6, iaitu antara 10 tempat teratas dalam senarai 131 buah negara. Interpretasinya mudah sahaja. Umno/BN yang memerintah selama ini tidak mampu menguruskan dana awam dengan efisien dan optima. Dan ini begitu ketara menerusi pelbagai projek yang melebehi dari kos asal, projek yang tidak diperlukan dan sebagainya.

Abdullah banyak bercakap tentang ketelusan. Sepatutnya dari segi ketulusan ini juga berada di tangga yang teratas dan kalau menurut apa yang dihebohkan oleh Umno/BN kita patut mempunyai ranking di antara 10 teratas. Namun ranking kita dari segi ketelusan ini Cuma ke-16 sahaja.

Bagaimana pula dengan efisiensi kerangka undang-undang kita dari segi melincinkan pentadbiran awam. Global Competitiveness Index (GCI) meletakkan kita pada ranking ke-18.

Bagaimana pula dengan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli politik yang berkuasa. GCI meletakkan Malaysia juga pada ranking ke-18 walaupun Abdullah dan pemimpin Umno/BN yang lain terus merasakan parti mereka mendapat keperyaan yang tinggi daripada keseluruhan rakyat. Sepatutnya kalau ikut apa yang dicanangkan oleh pemimpin Umno/BN, kepercayaan rakyat juga, setidak-tidaknya ada pada kedudukan ke-6.

Dari segi pembelian peralatan teknologi canggih, kita menduduki tempat ke-3. Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab kerajaan memang suka membeli pelbagai perkhidmatan dan barangan yang canggih-canggih untuk kegunaan golongan tertentu. Cuma kalau alat itu digunakan untuk rakyat biasa, seperti helikopter pengangkutan anggota tentera misalnya, maka ia tak perlulah teknologi yang canggih sangat. Second hands pun memadai.

Keberkesanan perkhidmatan polis pula berada pada tangga ke-31. Kebebasan kehakiman, ke-30; pilih kasih pegawai kerajaan dalam membuat keputusan, ke-23; talian telefon, ke-69; hutang kerajaan, ke-69; inflasi, ke-54; prestasi bank, ke-43; pengawalan ke atas bursa saham, ke-33 dan banyak lagi yang kita tidak hebat seperti yang dicanangkan oleh oleh Umno/BN.

Jika rakyat diberitahu semua ini, sudah tentu ini semua akan menjadi igauan buruk bagi Abdullah dan Umno/BN terutama menjelang PR-12. Petanda buruk semacam sudahpun berlaku di Davos apabila kereta pemimpin (tidak dinyatakan siapa) dari Malaysia tersekat di atas salji dan terpaksa ditolak oleh pemandu dan pegawai keselamatan. Mungkin Umno/BN tidak sanggup menghadapi petanda-petanda buruk seterusnya. Tidak mustahil inilah yang memberikan ilham kepada Abdullah untuk mengadakan PR-12 dalam masa terdekat ini.
JOM BERSIH!!! bersih.org/



anilnetto.com

Mainstream media poised to turn into BN propaganda channels

It has already started. I mean, the propaganda over the mainstream media. This time we can expect it to be worse, given that the Barisan Nasional is going to face stiff contests in many areas.

So what are we to do? It does get sickening as polling day approaches when whatever remaining journalistic ethics are thrown out of the window. The mainstream media, on the whole, are then transformed into full-blown propaganda organs of the ruling coalition. Corporate propaganda is also likely to make its presence felt as certain large firms all but openly endorse the ruling coalition through not-too-subtle advertisements.

MEDIA-MALAYSIA: Call To Boycott Newspapers For Biased Reporting
By Anil Netto


PENANG, Jan 31 (IPS) - Fed up with what they see as biased and distorted reporting, a group of concerned Malaysians has launched a campaign urging the public to boycott newspapers ahead of a general election widely expected in March.

The mainstream print media are largely controlled by ruling coalition parties or business interests close to them. Though already pro-establishment in their reporting, they usually turn into full-blown propaganda tools of the ruling coalition in the days leading up to a general election, say critics.

The call for a ”Paper-less Tuesday” — calling on the public to abstain from newspapers on Tuesdays, for a start — was launched on Monday by a working committee under the ‘People’s Parliament’ initiative.



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: