Wednesday, February 6, 2008

Surat dari Kamunting / Pengkhianat Kecil Pengkhianat Besar!

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Detikdaily
Surat dari Kamunting: Sudah ada yang dilanjut tempoh hingga 8 tahun
Posted on Tuesday, February 05 @ 09:58:51 EST by reformis
Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa. Pak Cik Bon ada sebut tentang pilihanraya yang semakin hampir. Abah harap. pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini…..

Oleh Mat Sah Satray
ABDULLAH DAN ISTERI BARUNYA (Apakah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang menandatangani perintahan lanjutan tahanan ISA langsung tidak mempunyai belas kasihan atau naluri kemanusiaan terhadap kelauarga tahanan ISA yang dipisahkan daripada orang tersayang).

Menemui yang dikasihi anak Abah tersayang, semoga sihat sejahtera dan dipelihara Allah sentiasa…..Amiin.

Suhaib,

Abah di Kemta sihat, Alhamdulillah… .

Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan Abah iaitu Terhamid, Ahmad dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari empat tahun kepada enam tahun. Pak Cik Yazid Sufaat, juga telah ditambah lagi dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun.

Memang tension juga Abah memikirkan kisah pelanjutan penahanan ini, tetapi bila fakir pahala yang Allah janjikan….. apalah sangat ujian seperti ini.Bila Abah baca buku pengalaman Zainab Al Ghazali yang disiksa di penjara Mesir, terasa malu pulak dengan ujian yang tidak seberapa ini.

Suhaib,

Kawan-kawan Abah, berebut-rebut nak baca buku Zainab Al Ghazali itu. Sesiapa yang membacanya memang terasa mendapat suntikkan baru, menggantikan semangat yang semakin longgar.
Tuan buku tu bernama “Harun dan Salina”, mungkin mereka antara kawan-kawan Umi, dan harap dapat sampaikan ucapan terimakasih pada keduanya kerana sudi pinjamkan buku itu.
Lain kali, kalau ada buku seperti itu, bawalah ke Kemta….

Semalam, Selasa 30 Jan 2008, satu rombongan peguam telah datang ke Kemta.
Salah seorang dari mereka ialah Pak Cik Bon(Edmund Bon), orang kuat Majlis Peguam.
Ada ramai peguam India dan seorang peguam perempuan berbangsa Melayu.
Peguam itu menceritakan pelbagai aktiviti hak asasi mereka dan juga kerja-kerja GMI.
Sebelum bertemu tahanan “Jemaah Islamiyyah” (JI), Pak Cik Bon dan kawan-kawannya berjumpa 5 orang pemimpin Hindraf yang turut ditahan di Kem Kamunting ni.

Peguam Edmund Bon minta pengesahan dari Abah sama ada hendak meneruskan Habeas Corpus (HC) atau tidak. Abah, Pak Cik Murad Sudin dan Pak Cik Sufian Saleh bersetuju HC tu diteruskan saja kerana, jika tidak buat apa-apa pun, kami akan terus ditahan juga di Kem.
Jadi… lebih baik teruskan dengan HC, paling tidak pun, kes itu akan dedahkan kejahatan ISA.
Insya-Allah, kami dapat pahala. Mungkin Suhaib dan Umi boleh tengok Surah Taubah ayat 120 dan cuba fahamkan maksud ayat itu.

Selepas pertemuan itu, peguam telah belanja kami semua( tahanan yang bertemu peguam saja) makan tengah hari.
Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa.
Pak Cik Bon ada sebut tentang pilihanraya yang semakin hampir.
Abah harap. pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini…..

Suhaib,

Abah sentiasa doakan Suhaib sentiasa bersabar dengan ujian ini. Abah rasa dah terlalu lama ketinggalan dengan urusan penghidupan di luar sana, terutamanya dalam membantu Umi mendidik Suhaib tentang aqidah dan akhlak…..
Abah selalu berpesan pada Umi untuk mengatur semuanya dengan sebaik mungkin.
Abah hanya mampu mendoakan saja dari penjara ini…….

Salam Sayang buat Suhaib dan Umi.

Abah,
Mat Sah Satray,
12.15 pagi, 1 Feb 2008.
Kem Tahanan Perlindungan.

Pengkhianat Kecil Pengkhianat Besar!

Mana lebih berbahaya pada pandangan anda, pengkhianat kecil atau pengkhianat besar?

Abdullah Ahmad Badawi telah menggelar mereka yang mencari keuntungan dengan menyeludup keluar barangan subsidi sebagai pengkhianat kepada rakyat dan negara. Malah beliau telah kecewa dengan sikap mereka-mereka ini yang merupakan pengkhianat, jual barang subsidi kerajaan kepada orang lain di negara jiran.

Namun beliau seperti tidak sedar bahawa beliau sendiri juga adalah sebahagian dari pengkhianat ini. Malah jika boleh diklasifikasikan pengkhianatan Abdullah Ahmad Badawi & Co, tentunya adalah lebih besar.

Abdullah Ahmad Badawi & Co sejak dari mula memegang kuasa di Malaysia telah melakukan pengkhianatan terhadap rakyat dan negara ini beberapa kali dengan skala yang besar. Antara pengkhianatan Abdullah Ahmad Badawi & Co yang paling utama adalah penjualan banyak syarikat milik Malaysia (swasta mahupun GLC) kepada Singapura melalui pembelian saham oleh Temasek Group atau proksinya.

Selain dari itu Abdullah Ahmad Badawi juga melakukan pengkhianatan besar dengan menjualkan Johor (secara atas kertas) kepada Singapura melalui projek SJER (WPI) yang terbukti menguntungkan Singapura secara total.

Malah Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati amanat yang diberikan oleh ibunya sendiri yang mahukan beliau berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat dan bukannya masyarakat dan rakyat berkhidmat kepadanya.

Abdullah Ahmad Badawi juga mengkhianati negara dengan menjadi proksi (dalang) disebalik isu Oil For Food untuk Negara Iraq pada masa pemerintahan Saddam Hussien. Malah menantunya juga terlibat mengkhianati negara dengan menjadi proksi kepada beberapa urusniaga (haram?) yang melibatkan penjualan beberapa entiti awam milik Malaysia kepada pihak asing terutamanya Singapura.

Ingin ditegaskan bahawa kesalahan pengkhianatan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co adalah jauh lebih besar daripada mereka-mereka yang menyeludup barang subsidi (termasuk barangan keperluan rumah, petrol atau diesel).

Dan jika Abdullah Ahmad Badawi mahukan satu akta tegas untuk mengekang dan mendakwa pengkhianat kecil ini, maka saya ingin cadangkan bahawa Akta Pengkhianatan juga dikenakan kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co tanpa sekatan.

Oleh itu, siapakah yang lebih khianat? Penyeludup barangan keperluan atau orang yang menjual negara ini kepada pihak asing (Singapura)? Mari kita tentukan.
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: