Tuesday, February 12, 2008

SPR tentukan tempoh kempen / Video: Ceramah DSAI diganggu polis

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Detikdaily
Terpulang SPR - bukannya PM - untuk tentukan tempoh kempen
Posted on Monday, February 11 @ 12:09:16 EST by reformis
Minda Lutfi Catatan Lutfi

Tiba-tiba ramai pula yang sebut angka 1313, cantuman no 13 yang dikatakan begitu digemari PM Abdullah Ahmad Badawi. 1313 diterjemahkan sebagai petunjuk kepada pilihan raya umum ke-12. Iaitu Parlimen dibubar pada 13 Februari dan hari mengundi pada 1 haribulan 3 (Mac).

Sebelum ini tarikh popular hari mengundi yang disebut-sebut ialah pada 8 atau 17 Mac, yakni pada cuti sekolah.

Saya hanya ingin tekankan bahawa Perdana Menteri boleh mencadangkan tarikh sesuai untuk pembubaran Parlimen, dan Agong boleh menerima atau menolak. Kita harap Agong akan menggunakan kuasanya sebaik mungkin dan tidak perlu terikat dengan nasihat PM, yang juga Pengerusi dan Presiden Umno, yang pastinya mempunyai banyak kepentingan dengan tarikh yang dicadangkannya.

Selain daripada kuasa Agong untuk menolak cadangan PM, saya kira SPR juga turut mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi. SPR diberi kuasa untuk menentukan tempoh kempen, dan ia bukan lagi tertakluk kepada kemahuan Perdana Menteri (yang mengetuai parti pemerintah sebelum Parlimen dibubar).



Inilah ketikanya SPR menunjukkan kebijaksanaan dan rasa tanggungjawabnya untuk mengendalikan satu proses yang begitu penting dalam amalan demokrasi.

Jikalau dalam hal-hal lain SPR terutama pengerusinya selalu mendakwa beliau tiada kuasa, maka untuk menentukan selama mana kempen harus berjalan, ia terletak kepada kuasa SPR untuk membuat keputusan. Banyak permntaan agar sekurang-kurangnya diberikan tempoh kempen selama tiga minggu, ataupun dari hari pembubaran Parlimen, Dun kepada hari hari mengundi tidak kurang sebulan.

Terpulang kepada SPR sama ada mahu terus kelihatan menjadi barua Umno atau cuba bertindak bagi menampakkan ia mengambil kira kepentingan semua pelanggan setianya, iaitu semua parti-parti yang bakal bertanding.




Roslan SMS Corner
Klip video:





http://www.youtube. com/watch? v=JUHo6SAnG6o


Saksikan terbaru dari WTV8 Ceramah DSAI diganggu polis hanya di WTV8 Saluran Alternatif Anda.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: