Sunday, February 24, 2008

Setiap Kerusi Ditanding Satu Lawan Satu / PAS letak 65 calon Parlimen, 230 calon Dun

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Setiap Kerusi Ditanding Satu Lawan Satu

Kuala Lumpur, 21 Feb - Pihak Pembangkang Malaysia akan bertanding setiap kerusi untuk kali pertama dalam sejarah negara Malaysia.

�Pada pilihanraya- pilihanraya yang lepas BN ada menang beberapa kerusi tanpa dicabar dan kami mahu memastikan setiap kerusi ditanding kali ini,� kata Timbalan Presiden KeADILan Azmin Ali.

�Ini adalah perkembangan yang besar untuk pihak pembangkang,� kata Azmin.

�Kami mahu menunjukkan bahawa kami berwibawa dan berkemampuan untuk berlawan dengan BN. Kami juga ingin memberitahu para pengundi bahawa kami bersedia untuk memimpin.�

Pihak pembangkang telah bertungkus lumus untuk memastikan tiada kerusi yang bercanggah dan setiap kerusi dijangka ditanding satu-lawan satu.


PAS letak 65 calon Parlimen, 230 calon Dun seluruh negara
Nyza Ayob & Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin
Thu | Feb 21, 08 | 9:42:34 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS meletakkan 65 kerusi Parlimen dan 230 kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkara tersebut diumumkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media selePAS pelancaran manifesto PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

ImageUstaz Abdul Hadi turut mengumumkan beliau akan bertanding di Parlimen Marang dan Dun Rhu Rendang.

"Saya menawarkan diri untuk diletakan di mana-mana kawasan termasuk di Kepala Batas. Dan saya jemput Abdullah untuk bertanding di tempat saya,"katanya yang disambut ketawa kalangan wartawan.

Ditanya mengenai latar belakang calon sama, beliau berkata, PAS meletakkan gandingan antara muka baru dan veteran yang mana calon veteran berperanan membimbing calon yang baru.

Mengenai sokongan rakyat terhadap PAS, Ustaz Abdul Hadi menegaskan, sokongan terhadap PAS di Kelantan juga semakin bertambah dan terdapat ahli Umno menyertai PAS.

"Rakyat sudah faham dengan agenda-agenda yang kita bawa sejak dulu, sebagaimana yang boleh diterima oleh rakyat Kelantan dan Terengganu. Apa yang penting hari ini kita telah berjaya memecahkan tembok yang dibina oleh kerajaan BN.

"Malah tembok ini dipecahkan orang-orang bukan Islam yang mana mreka boleh menghadiri majlis-masjlis yang dianjurkan oleh PAS. Bahkan berlaku anjakan paradigma mereka menyokong kelab penyokong PAS," katanya.

ImageAbdul Hadi juga sewaktu ditanya mengenai kebebasan media berkata PAS bersikap terbuka dan gembira sekiranya media mendedahkan kelemahan dan mengkritik.

"PAS pernah meminta kebenaran untuk mengendalikan stesen TV sendiri tetapi tidak dibenarkan kerajaan pusat. Bahkan media rasmi PAS, Harakah juga disekat penerbitannya. Jika dahulu dua kali seminggu tetapi sebaik sahaja mendapat sambutan masyarakat, ia dihadkan kepada hanya dua kali sebulan.

"Ini sebuah kerajaan demokrasi dan kerajaan perlu memberi kebebasan bukan sahaja kebebasan dalam pilihan raya tetapi kebebasan menyampaikan maklumat. Sebab itu kebebasan media amat penting. Apabila kita mengetahui kelemahan kita, kita boleh memperbaikinya. Ini yang berlaku di negara Barat apabila media bebas mengkritik," katanya.

Selain itu, apabila wartawan mengemukakan soalan bahawa terdapat rungutan pengundi di beberapa kawasan yang kurang bersetuju dengan tindakan PAS meletak calon bukan kalangan orang tempatan, jelas Abdul Hadi persoalan itu bukan perkara baru.

Beliau memberi beberapa contoh di kalangan pimpinan PAS yang bukan berasal dari daerah berkenaan tetapi menjadi calon bagi kawasan tersebut.

Image"PAS pernah meletakkan Dr Zulkifli Mohammad dari Perak bertanding di Parlimen Bachok dan Dato' Onn Jaafar yang berasal dari Johor pernah mewakili Parti Negara dan bertanding di Kuala Terengganu," katanya.

Terdahulu, beliau menjelaskan teras utama PAS untuk membuat perubahan ialah membina kebajikan rakyat dan kepentingan negara melalui ekonomi dan pembangunan seimbang, mesra manusia dan mesra alam.

Selain itu katanya PAS juga melindungi keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak dari ancaman jenayah di samping memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, manifesto tersebut juga menekekankan PAS akan mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan kewibawaan dan integriti institusi kehakiman.

Di samping itu manifesto PAS juga mengembalikan amalan demokrasi tulen dan pilihan raya bebas, adil dan bersih. Selain itu menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno di Parlimen dan di negara tercinta.

Katanya lagi, perubahan yang akan dilakukan PAS juga bagi menamatkan keangkuhan dan penguasaan mutlak Umno dan BN di Parlimen dan negara tercinta.

Katanya, manifesto PAS juga memastikan masjid dimakmurkan masyarakat dan tidak boleh dimusnahkan tanpa rundingan daripada PAS.

Sementara itu Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad yang turut serta dalam sidang media tersebut menaruh keyakinan PAS dapat melaksanakan ngera berkebajikan dan mencabar BN bahawa negara tidak akan bankrap dengan pengurusan beramanah.

Katanya, seorang pakar ekonomi mentafsirkan tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), jika dihitung RM 18 bilion mengalami 'ketirisan'.

Jelasnya pada tahun 2007 keuntungan Petronas RM 80 billion dan ditafsirkan kerajaan akan memperolehi RM 40 billion. Sehubungn itu PAS akan mengambil tidak kurang daripada RM10 bilion untuk pembiayaan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan sekiranya memenangi pilihan raya nanti. - mr

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: