Tuesday, February 5, 2008

Sertai Pilihanraya Untuk Rakyat / Adnan Mansor Jamin Tidak Diambil Tindakan

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

aHmadHazieq yahoo.com> wrote:

PAS akan sertai Pilihanraya Untuk Membawa Suara Rakyat-Dato� KJ

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato� Kamaruddin Jaafar, yang merasmikan Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan semalam menegaskan bahawa PAS akan tetap bertanding walaupun SPR kini masih lagi tidak bersih sepenuhnya.
�Kita tetap menyertai pilihanraya ke-12 bagi menafikan cita-cita BN yang mahukan zero pembangkang di Parlimen dan DUN. Kita tidak mahu memberikan kemenangan mudah kepada mereka dan tetap berusaha untuk menjadi pembangkang yang kuat di Parlimen dan Kerajaan yang memerintah di beberapa negeri yang disasarkan�
�Kita mahu tunjukkan pada rakyat bahawa PAS bersungguh untuk membawa suara rakyat yang kini semakin ditindas. Walaupun SPR masih lagi tidak bersih, itu tidak bermakna kita harus mengaku kalah dan penyertaan ini adalah satu cabaran kepada SPR untuk mereka lebih berhati-hati dalam pilihanraya kelak.� kata beliau.
Himpunan Petugas Pilihanraya PAS Wilayah yang berlangsung diperkarangan Markas PAS Titiwangsa ini turut dihadiri oleh 1000 orang petugas dari seluruh Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Antara pimpinan yang hadir adalah, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohama, Ketua Muslimat PAS Pusat, Hjh Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo�Lo Hj Ghazali, dan pimpinan-pimpinan PAS Wilayah Persekutuan serta beberapa wakil parti KeADILan Wilayah Persekutuan.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Mohamad Nor Mohamad dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS Wilayah Persekutuan kini telah bersedia untuk mengempur Umno-BN menjelang pilihanraya akan datang.
�PAS Wilayah Persekutuan bersedia untuk menghadapi Umno dalam pilihanraya akan datang dan kita bersedia pada setiap masa untuk turun bertemu dengan rakyat bagi mendedahkan penipuan Umno-BN selama 50 tahun mereka memerintah negara ini�- kata beliau.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad menyokong kata-kata Pesurujaya Wilayah sambil mengikrarkan bahawa Pemuda juga bersedia 24 jam dan sentiasa on-call sehinggalah hari pengundian kelak.
Di akhir himpunan, Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Wilayah, Hj Ishak Surin menegaskan bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.
�Kita telah bersetuju dan bersedia untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak. Oleh itu setiap ahli dan petugas harus melipatgandakan usaha bagi memenangi Pilihanraya kali ini� kata Ishak.


Adnan Mansor Jamin Kakitangan Kerajaan Undi PAS di Putrajaya Tidak Diambil Tindakan

Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor memberikan jaminan penuh kepada kakitangan awam yang ingin aktif dan mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.
Dalam kenyataannya yang dipetik dari NST, 4 Februari 2008, beliau mengakui bahawa terdapat kakitangan Kerajaan termasuk di Kementeriannya sendiri yang menjadi ahli PAS. Walaubagaimana pun beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada mereka walaupun beliau kalah pada pilihanraya akan datang ditangan PAS.
Kakitangan awam wajib menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tiada sebarang undang-undang pun yang boleh melarang mereka mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.
Seandainya terdapat kakitangan awam yang dipecat atau diambil tindakan tatatertib kerana mengundi PAS pada pilihanraya akan datang, peguam-peguam PAS bersedia untuk membantu mereka dalam mengemukakan saman kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato� Fadhil Noor pernah menyaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana memecat beliau ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.
Tindakan pihak UTM itu dinafikan oleh mahkamah dan beliau diberikan gantirungi diatas pemecatan berkenaan.
Dalam keadaan sekarang kenyataan Adnan Mansor boleh dijadikan satu peluang kepada kakitangan kerajaan untuk tampil lebih berani bagi menyertai dan mengundi PAS.
PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik jaminan Adnan ini dan akan mempastikan undi kepada PAS di Putrajaya akan menjadi dominan pada pilihanraya akan datang.

Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp. wordpress. com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: