Wednesday, February 20, 2008

Semua Kaum Sudah Benci Pak Lah Dan Barisan Nasional

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Semua Kaum Sudah Benci Pak Lah Dan Barisan Nasional
Suasana sekarang adalah suasana terbaik buat pembangkang untuk melakar sejarah pilihanraya. Kitaran 10 tahun politik tanah air kembali menghangatkan bahang pilihanraya yang tinggal 18 hari lagi untuk menuju garisan penamat sesi ke 11 untuk masuk sesi ke 12.
Dikala ini, semua parti-parti yang bertanding masih mengemaskini nama calon-calon yang akan diamanahkan untuk bertanding dan tentunya seteru pembangkang kali ini ialah gabungan Barisan Nasional yang zalim dan kejam kepada rakyat.
UmnoBN kali ini masih belum pulih dari penyakit meroyannya, hingga kini kempen-kempen agresif sedang dijalankan untuk memastikan kerajaan PAS Kelantan dapat ditumbangkan.
Taburan wang ringgit yang dihambur oleh Umno semasa kempen adalah amalan yang tidak beretika dan berat sebelah kepada parti pembangkang.
Pastinya semua orang ada maklumat perincian tentang berapa banyak nilai wang ringgit dan kempen UmnoBN yang disuap secara haram kedalam mulut rakyat.
Disana sini semua kaum bercakap tentang Badawi iaitu Pak Lah Badawi beliau adalah pemimpin zalim dan tidak adil yang pernah dilahirkan oleh Umno sebagai legasi zalim UmnoBN yang berkongsi kuasa memerintah Malaysia lebih 50 tahun.
Kaum Cina sebut sahaja nama Pak Lah, mereka kata ini adalah pemimpin lemah, kaum India pula kata Pak Lah ini tidak mahu dengar masalah rakyat dan kaum Melayu pula berkata Pak Lah ini berat sebelah. Kaum-kaum di Sabah dan Sarawak juga semakin ditimpa malang dengan kadar kemiskinan yang tidak mampu dibela oleh kerajaan.
Sejak Pak Lah memerintah negara ini ekonomi negara semakin merudum dengan kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan. Kerajaan beliau dilihat sebagai kerajaan yang beretorik dengan slogan murahan. Lebih banyak temberang dari bercakap benar. Sana sini lancar koridor yang benarnya hanya gali lubang tutup lubang.
Hampir tidak ada ketelusan, yang ada hanyalah pemimpin yang korup dan membela kroni sebagai penerus kepada tradisi pemerintahan kapitalis yang zalim dan rakus menghisap darah rakyat.
Ini semua adalah manifestasi suara rakyat yang dahagakan demokrasi secara adil sekurang-kurangnya bisa menghirup udara kebebasan yang sebenar.
Kebanyakan penyokong dan juak-juak UmnoBN tidak menyedari antara parti yang mereka sedang lawan sekarang adalah Parti Islam SeMalaysia yang memperjuangkan politik Islam dan Deen Islam yang tunjang dan teras perjuangannya adalah Quran & Hadis sebagai panduan dan rujukan sepanjang zaman.
Makanya disini tidakkah mereka menyedari lagi bahawa penentang mereka ini ialah orang yang sentiasa takut dengan azab Allah di akhirat nanti disamping mengharapkan maghfirah dan rahmat dari Allah sebagai natijah dalam akhir kalam hidup didunia untuk kealam abadi diakhirat sana.
UmnoBN kata mereka ada banyak duit, kalau mereka menang mereka boleh buat apa saja, walhal mereka juga perlu sedar Abu Jahal,Abu Lahab dan pemimpin musyrikin Mekah juga banyak wang untuk menggagalkan dakwah Nabi Muhammad SAW untuk kembali kepada Allah tuhan yang sebenar, tuhan kepada sekelian alam.
Kebekuan air mata kerana penyakit jiwa, sakitnya jiwa kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana takutkan mati. Itulah perumpaan sebenar yang menggambarkan pemimpin dan penyokong UmnoBN tidak takut mati kerana mereka adalah manusia yang sudah hilang maruah dan jatidiri sebagai muslim, hatta bercakap soal mumayiz pun mereka tidak mengerti apa itu baik apa itu buruk.
PAS dan seluruh pembangkang tidak kalah cuba belum menang sahaja. Sekiranya rakyat belum dapat menerima kami sebagai kerajaan tidak mengapa, tetapi sekurang-kurangnya dapat menghantar kami kedalam Parlimen,Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai kuasa politik pembangkang yang seimbang untuk meluruskan UmnoBN yang sudah lama bengkok dan menanti rebah.
Jangan lagi kita leka, kemenangan menanti di muka pintu....

Sumber : Jundullah
Layari : http://www.pasjohor bahru.com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: